Bintang

salji


Monday 12 November 2012

Teori Kerjaya

Teori-Teori Kerjaya

Teori

A  Menurut Heinen 1985 dalam Sharf 1997 teori adalah “a group of logically organized laws or relationships that constitute explanation in a discipline”.
A  Teori merupakan himpunan andaian dan konsep yang releven yang berkaitan antara satu sama lain secara sistematik.
A  Berdasarkan keada satu teori, kita boleh mngemukakan beberapa hipotesis tentang perhubungan antara pembolehubah yang terdapat dalam teori berkenaan.
A  Sebala hipotesis yang dikemukakan hendaklah diuji secara emperikal dan melalui pengujian sesuatu teori ungkin membawa kepada pemerhatian baru dan seterusnya perkembangan ilmu.
A  Cth; Teori Trait dan Faktor – pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga perkara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengatahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat antara kedua-dua perkara tersebut.

Prinsip-prinsip dalam menilai kesesuaian sesebuah teori:

A  Teori perlu dapat menerangkan fenomena-fenomena yang penting dengan berkesan-releven dengan peristiwa hidup.
A  Teori sharusnya menerangkan dapatan-dapatan dan pemerhatian-pemerhatian akan datang termasuklah yang telah sedia diketahui.
A  Istilah-istilah, gagasan dan petalian-pertalian antara usul-usul sesuatu teori dapat dijelaskan dengan jelas dan tepat.
A  Teori seharusnya komprehensif – cth; Teori perkembangan kerjaya dapat menerangkan tingkahlaku lelaki dan perempuan secara menyeluruh, bandar dan luar bandar.
A  Teori mestilah ‘parsimonius’ – pernyataan yang ringkas dan dapat menghuraikan idea dengan mudah dan jelas.
A  Teori mestilah heuristik – berupaya menerangkan set fenomena yang kompleks dan memerlukan verifikasi. Teori yang tidak mempunyai definisi operasional dan pertalian logik yang baik tidak akan memberikan sumbangan kepada pembentukan hipotesis.
A  Teori mestilah berupaya membantu kita memahami dan membuat jangkaan tantang sesuatu fenomena disamping berupaya mengawal fenomena tersbut.
A  Teori mestilah memberikan garis panduan untuk praktis-asas, panduan serta bahan-bahan untuk tujuan aplikasi.


Klasifikasi teori perkembangan kerjaya.

A  Osipow (1983) dalam Sidek (2002) telah merumuskan bahawa teori perkembangan kerjaya yang ada memfokuskan kepada empat aspek pendekatan iaitu
o    Pendekatan perkembangan
o    Pendekatan tret dan faktor
o    Pendekatan yang menumpu kepada personaliti
o    Pendekatan aspek sosiologi.

A  Sharf (1997) menyatakan pendekatan teori perkembangan kerjaya meliputi 3 perkara;
o    Perkembangan tret faktor
o    Perkembangan sepanjang hayat
o    Kognitif sosial.

Pendekatan teori secara ringkas

a)    pendekatan teori dan faktor
-  Mengandaikan tret yang ada pada diri individu adalah unik disamping dapat
   disesuaikan dengan keperluan dalam sesuatu pekrjaan.
-  Fokus kepada tret yang dimiliki individu spt personaliti, bakat , minat, nilai, sikap,
   pencapaian serta hubungan dngan sifat yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.

b)    pendekatan psikologikal
- Perkembangan kerjaya bergantung kepada latar belakang gabungan psikologikal  
               seseorang ondividu.
- Meliputi aspek motivasi, struktur personaliti, aspek sikap, peluang dan keperluan
  yang dipenuhi

c)    pendekatan sosiologikal
-  Struktur dan kumpulan sosial mempengaruhi perkembangan dan pemilihan kerjaya
   individu.
-   Struktur Ekonomi Semasa, taraf pendidikan, sekolah., komuniti, gender, agama dan
   sbg.  Cth: Teori Roe.

d)    pendekatan perkembangan
-      Fokus kepada perkembangan yang berlaku dalam individu berasaskan fungsi masa.
-      Tumpuan kepada tahap-tahap atau peringkat perkembagan yang berlaku sepanjang hayat.
-      Cth; Teori Super, Ginzberg

e)    pendekatan membuat keputusan kerjaya
-      Teori ini percaya bahawa setiap individu perlu membuat keputusan tentang kerjaya.
-      Tumpuan kepada – bagaimana individu menggunakan maklumat kendiri untuk membuat  keputusan.
-       Keperluan psikologikal penentu utama dalam pendekatan teori ini.
-       Cth; teori pembelajaran sosial.

f)    pendekatan berkaitan dengan kehidupan.
-      fokus berkaitan dengan pilihan-pilihan yang boleh memenuhi keperluan diri dan potensi diri yang berkaitan dengan kerjaya.
-      Cth; psikoanalitik

Penggunaan teori perkembangan kerjaya oleh kaunselor

o    Perlu yakin
o    Dapat maklumat pemilaian dari segi kesesuaian dengan klien.
o    Perlu melihat kepada pandangan sendiri berkaitan dengan teori dan gaya kaunseling.
o    Perlu memilih teori yang dapat difahami dan mudah untuk diaplikasikan dalam sesi kaunseling.

Teori-Teori Perkembangan Kerjaya

Teori Trait & Faktor

A  Merupakan teori terawal yang menerangkan proses pemilihan kerjaya berasaskan teori perbezaan individu.
A  Trait merupakan ciri-ciri individu yang boleh diukur menerusi ujian
A  Faktor merujuk kepada ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan.
A  Ia merujuk kepada ciri-ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan.
A  Istilah trait dan faktor merujuk kepada penilaian ciri individu dan pekerjaan.
A  Diasaskan oleh Frank Parson – 1909.
A  Juga dikenali sebagai – Minnesota Point Of View hasil kerja E. G. Williamson dan rakan-rakan di Univ of Minnesota.
A  Idea Parson berasaskan 3 andaian berikut
a)    memahami diri sendiri
b)    mengetahui maklumat pekerjaan
c)    memadankan antara 2 perkara di atas dan membuat keputusan yang rasional berkaitan dengan kerjaya.

Memahami diri sendiri

A  tedapat pelbagai sumber – ujian, inventori, maklumat pekerjaan dan menerusi perbincangan dan temuduga.
A  Terdapat 5 trait dan asas yang boleh dinilai;
          i.    Apitud (bakat) – digunakan untuk meramal kejayaan masa depan sama ada dalam pendidikan dan latihan pekerjaan. Kaunselor perlu menyatakan bahawa ianya bergantung kepada keputusan yang diambil oleh klien.
         ii.    Pencapaian (achivements) – merujuk kepada keadaan dimana individu menyertai sesuatu keadaan dan berjaya memperolehi pencapaian terbaik di sepanjang kehidupannya. Pencapaian ini meliputi 3 jenis iaitu;
a)    pencapaian akademik,
b)    kerjaya
c)    pemadanan yang bersesuaian dan layak untuk memasuki sesuatu pekerjaan.
Diukur secara kuantitatif menerusi ujian yang berkesan. Cth; jururawat perlu lulus dalam lembaga peperiksaan yang dijalankan oleh lembaga.
iii)           Minat (interest) – menjalani ujian minat terhadap sesuatu pekerjaan.
iv)           Nilai (value) – terbahagi 2 iaitu nilai umum dan nilai berkaitan pekerjaan.
v)             Personaliti – berkenaan dalaman diri seseorang dalam memilih pekerjaan.
a) Memperolehi pengetahuan berkaitan dengan dunia pekerjaan.
- Jenis maklumat (penerangan berkaitan pekerjaan, keadan bekerja dan gaji)
-  Klasifikasi
- Syarat-syarat yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan- adakah padan dengan trait dan  faktor yang dimiliki.
            b) Memadankan maklumat mnengenai diri dan dunia pekerjaan.
 - menerusi cara manual iaitu memadankan skor yg diperolehi dengan pekerjaan yg  sesuai.
 - Menerusi bantuan komputer.

Bagaimana kaunselor boleh menolong dalam sesi kaunseling.

A  Fokus sesi banyak melibatkan penilaian kendiri yang dijalankan.
A  Kaunselor tidak boleh hanya memberikan cadangan dan penerangan sahaja.
A  Perlu menitikberatkan aspek sebab dan perasaan.
A  Cth, Pelajar: Saya Ingin menjadi guru? Kaunselor: Apa yang menyebabkan kamu ingin menjadi guru?

Kelemahan Teori Trait dan Faktor.

A  Perlu memberikan perhatian kepada kesan faktor-faktor biologi, geografi, dan sosiologi kepada proses pemilihan kerjaya.
A  Perlu membentuk usul-usul tentang kolerasi antara tret yang wujud dengan pemilihan kerjaya. Cthnya, apakah pertalian antara nilai-nilai, keperluan-keperluan, sikap dan minat mempengaruhi pemilihan kerjaya.
A  Pertalian di antara trait-trait dengan kebolehan membuat keputusan kerjaya memrlukan kejian dan penjelasan selanjutnya.

Kelebihan

A  Teori memaparkan konsep ringkas, mudah dan jelas.
A  Telah meransang ratusan penyelidikan dalam bidang trait.
A  Teori telah mengahsilkan skala, inventori dan ujian–ujian psikologikal yang banyak. 

Teori Pemilihan Kerjaya Ann Roe

A  Diperkenalkan oleh Ann roe
A  Membincangkan peranan ahli keluarga dalam teori kerjayanya.
A  Menumpukan kepada 2 bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan bertujuan untuk melihat hubungan semua bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa kanak-kanak.
A  Pengalaman awal kanak-kanak di rumah bersama ibu bapa merupakan asas kepada pembentukkan personaliti dan sikap individu terhadap pemilihan kerjaya.

Faktor mempengaruhi pemilihan kerjaya.

A  Latar belakang Genetik
·       Mempengaruhi pembentukan minat, kecerdasan, sikap dan personaliti – kepada pemilihan kerjaya.
·         Faktor genetik mempengaruhi sifat fizikal individu.

A  Pengaruh tenaga Psikik
·         Keupayaan individu juga ditentukan oleh tenaga psikik – diluar kawal.
·         Ditentukan oleh kepuasan atau kekecewaan yang dialami pada zaman kanak-kanak.
·    Keperluan paling asas zaman kanak-kanak – untuk dimiliki -  membentuk tenaga psikik dan mempengaruhi kerjaya individu.

A  Pengaruh hirarki keperluan.
·         Pengaruh hirarki keperluan dan perkembangan motivasi akan menentukan perbezaan-perbezaan dalam pencapaian pekerjaan seseorang.

3 Gaya layanan ibubapa

a) gaya layanan overprotective – terlampau melindungi
A  Selalunya dapat memenuhi segala keperluan fisiologikal anak.
A  Memberikan perhatian terhadap minat, memanjakan anak, memberikan kasih sayang, menjaga keselamatan, dan kurang memberikan kebebasan kepada anak.
A  Memberikan pujian dan ganjaran berlebihan, seandainya anak dapat memenuhi syarat yang ditentukan dan sering mencampuri urusan anak.
A  Terlampau menuntut – menyediakan piawaian yang tinggi untuk diikuti anak.
A  Peraturan yang keras, tegas dan anak tidak akan membantah atau memberikan pendapat.
A  Mahukan anak melibatkan diri dalam aktiviti berguna menurut pandangan mereka, cenderung mendenda dan membatasi perhubungan anak dengan rakan sebaya.

b) gaya layanan mengelak (avoidance)
A  Kurang memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Memberikan penjagaan fizikal yang minimum dan sealu tidak menepati janji.
A  Bersifat dingin, tidak mengambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan anak dan seringkali menghina anak.

c) gaya layanan penerimaan (acceptance)
A  Dapat memenuhi semua keperluan
A  Memberikan kemesraan dan kasih sayang serta cenderung memabntu anak-anak, memberikan pujian dan kebebasan munasabah kepada anak-anak.

Orientasi terhadap manusia.

A  Roe percaya kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang terlampau melindungi (overprotective) menjadi self centred dan bercita-cita untuk berada dalam keadan yang kuat di sisi orang lain.
A  Kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran dingin akan mempamerkan tingkahlaku berlawanan seperti agresif, defensif, minat bekerja dengan data atau benda benda berbanding manusia.
A  Kanak-kanak yang dibesarkan dikalangan keluarga yang menrima-berminat dengan manusia.

Kumpulan dan Orientasi pekerjaan.
Perkhidmatan
melakukan sesuatu untuk individu lain spt; psikologis klinikal, pekerja sosial, kaunselor, jururawat, pelayan.
Perniagaan
pekerjaan yang mempengaruhi orang lain spt; PR, penjual insurans, jurujual.
Organisasi
berkaitan pengurusan spt; akuntan dan setiausaha
Teknologi
bukan melibatkan manusia spt juruteknik
Kerja luar
menjaga alam sekitar dsb spt; perikanan, perlombongan, arkitek lanskap (bukan melibatkan manusia)
Sains
melibatkan aplikasi sains dalam pelbagai bidang spt ahli farmasi, pembantu perubatan, pembantu makmal (bukan melibatkan manusia)
Kebudayaan umum
berminat dalam aktiviti kebudayaan dan kemanusiaan spt; perundangan, sejarah dan pendidikan.
Seni & hiburan
melibatkan persembahan kepada umum.

Implikasi kaunseling

A  Kaunselor perlu menilai klien menerusi inventori tetentu dan menilai latar belakang keluarga dan keperluan individu.
A  Sekiranya kaunselor mendapati klien - dalam kedudukan yang sesuai – pupuk potensi dalam diri klien ke arah kepuasan alam pekerjaan.
A  Sekiranya tidak – membantu klien memahami persepsi diri terhadap keluarga dn apakah perkara yang menghalang potensi diri.

Teori Perkembang Kerjaya SUPER

A  Diperkenalkan oleh Donald Super 1952.
A  Mengatakan konsep kendiri amat penting dalam mempengaruhi pemilihan dan kepuasan dalam kerjaya.
A  Konsep kendiri pekerjaan terbina melalui pertumbuhan fizikal dan mental pemerhatian terhadap pekerjaan dan persekitaran.
A  Konsep kendiri – diri sendiri, kendiri moral, keluarga, individu yang paling rapat, sosial dan kepuasan diri.

Perngkat perkembangan konsep diri dalam pekerjaan.
1) peringkat pertumbuhan
A  Sejak lahir hingga 14 tahun.
A  Individu mendapat kesedaran bahawa pekerjaan adalah aspek dalam kehidupan.

2) Peringkat penerokaan
A  Umur 15 hingga 24 tahun.
A  Ada 2 fasa
a)    Tentatif – peringkat penerokaan dan menyempitkan pemilihan kerjaya-
                       ketidakpastian tentang aspek dalam pekerjaan.
b)   Realistik – masih dalam penerokaan dan menyempitkan pemilihan kerjaya kepada pekerjaan yang dapat dicapai.

3) peringkat pengukuhan
A  Umur 25 hingga 44 tahun.
A  Fasa percubaan dan fasa stabil.
A  Fasa percubaan - meninjau dan menilai pilihan yang dibuat direalisasikan
A  Fasa stabil – pekerjaan di bawa ke dalam konsep kendirinya dan diterima sebagai kepuasan dalam hidup.

4) peringkat pengekalan
A  Umur 45 hingga 64 tahun
A  Individu berusaha meneruskan dan membaiki situasi pekerjaan.
A  Akan meneruskan situasi kerja yang membrikan kepuasan kepada diri.

5) peringkat penurunan
A  Umur 65 tahun keatas
A  Waktu tugas dengan output minimum.
A  Mengalamai penurunan daya bekerja disebabkan penurunan fungsi fizikal dan mental.

Teori Ginzberg & Rakan-Rakan

A  Diutarakan oleh ahli ekonomi, sosiologi, psikologi dan psikiatri.
A  Ginzberg, Ginsburg, Axelrad dan Herma (1951)
A  Meletakan seseorang individu kepada tiga jangka waktu – fantasi, percubaan dan realistik.

Unsur –unsur teori Ginzberg.

A  Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan yang berlaku dalam jangka masa lebih 10 tahun.
A  Proses perkembangan ini satu proses yang tidak boleh berpatah balik.
A  Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila wujud kompromi antar minat dan, kebolehan nilai dan peluang
A  Dibahagikan kepada 3 peringkat perkembangan

Peringkat perkembangan kerjaya

a) Peringkat fantasi
A  Umur 6 hingga 11 tahun.
A  Berorientasikan permainan dan banyak dipengaruhi oleh orang dewasa.

b) Peringkat percubaan
A  umur 11 hingga 18 tahun
A  membuat pemilihan kerjaya berdasarkan kepada minat dan kesesuaian dengan diri.
A  terbahagi kepada peringkat
i)     minat – 11 hingga13 tahun
ii)    kebolehan – 13 hingga 14 tahun
iii)   nilai – 15 hingga 16 tahun
iv)   peralihan – umur 17 tahun.
A  mula bersedia ke arah realiti, pemilihan kerjaya yang sesuai dengan cita-cita mereka.

c) peringkat realistik
A  umur 17 hingga 20 tahun
A  mendapat maklumat dan pengalaman dalam pemilihan kerjaya
A  menilai semua faktor yang terlibat.
A  membuat pengkhususan pemilihan kerjaya
A  menukar pilihan yang kurang tepat sesuai dengan minat dan nilai yang ada.

Teori Holland

A  Diperkenalkan pada 1959
A  Dikenali sebagi teori pemilihan vokasional dan kerjaya.
A  Merupakan teori pendekatan struktur yang menekankan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.
A  Orang yang amat meminatti dan menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan tertentu mempunyai pola-pola personaliti yang sempurna atau hampir sama dengan itu. Mereka akan betindak balas kepada pelbagai situasi dan masalah dengan cara yang serupa atau hampir sama.
A  Kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam sesebuah pekerjaan bergantung kepada sejauh mana wujud keselarasan antara personaliti individu dengan persekitaran ia bekerja.
A  Holland 1973, mengatakan bahawa terdapat bebrapa unsur yang mempengaruhi kerjaya individu antaranya;
a)    Konsep kendiri
b)    Pengetahuan kendiri-merujuk kepada berapa banyak dan berapa tepat maklumat tentang seseorang individu mengenali diri.
c)    Pengaruh ibu bapa
d)    Orientasi individu
e)    Kestabilan semasa membuat pilihan.
A  Holland (1973) menyatakan bahawa terdapat 6 jenis persekitaran pekerjaan dan 6 jenis personaliti yang perlu dicari keselarasannya bagi setiap individu.
a)    realistik
b)    investigatif
c)    artistik
d)    sosial
e)    enterprising
f)    konvensional

Jenis
Personaliti
Persekitaran
1. Realistik

Agresif, suka kepada benda konkrit, suka menggunakan tenaga fizikal, kurang bergaul.
Kerja-kerja mahir seperti pemasangan paip, elektrik, operator mesin, makanik dbg.
2. Investigatif
Intelektual, abstrak, penganalisa bebas dan berorientasikan tugas.
Kurang kemahiaran interpersonal.
Ahli sains, seperti ahli kimia, fizik, dan metafizik yang menggunakan peralatan.
3. Artistik
Imaginatif, mementingkan diri, sukakan ekspressi diri melalui seni.
Kesenian seperti ahli ukir, pelukis, pereka, ahli muzik dll.
4. Sosial
Sukakan interaksi sosial, ambil tahu masalah sosial, khidmat masyarakat dan minat dalam aktiviti pendidikan.
Pendidikan guru, pentadbir, kerja sosiologi, kaunselor pemulihan dan jururawat.
5. Enterprising
Pentingkan luaran sahaja, agresif suka merantau, sukakan kepimpinan, dominan, lemah lembut, pemujuk dan gunakan kemahiran lisan yang baik.
Pengurus – pegawai pengeluar, pengawai pemasaran, pengurus jualan, insuran dsbg.
6. Konvensional
Praktikal, baik aris egi kawalan sosial, konsevatif, tugas yang teratur, bersih, berstruktur, mematuhi peraturan.
Perkeranian - kerani sekolah, perpuatakawan, penyambut tetamu.

Menurut Holland (1997) menyatakan bahawa:

A  Pekerjaan itu tidak bermaksud seseorang individu memiliki satu jenis persekitaran atau jenis personaliti sahaja.
A  Kebanyakan pekerjaan merupakan kombinasi daripada beberapa persekitaran kerja.
A  Beliau menggunakan 3 kod huruf sebagi pengenalan kepada kod pekerjaan.
A  Buku ‘Holland Occupation Finders’ menyenaraikan 3 kod kepada 1156 jenis pekerjaan.
A  Cth: seorang detektif adalah gabungan personaliti (SRE) sosial, realistik dan enterprising. Sosial merujuk kepada menolong orang lain, realistik  disebabkan kepentingan untuk memandu kenderaan, emnggunakan senjata dan mengesan cap jari.
A  Buku beliau “Dictionary of Holland Occupation Code” (Gotfredson & Holland, 1989) telah menyenaraikan 12000 jenis kerjaya yang disediakan berdasarkan kod-kod.

1 comment: