Bintang

salji

Tuesday, 13 November 2012

Teknik Membaca



TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN

Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi, kecerdasan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca.

Berikut beberapa teknik membaca:

      a)   Teknik Membaca SQ3R
      b)   Teknik Membaca KWLH
   c) Teknik Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA)(Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)


Teknik Membaca SQ3R

Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori oleh Robinson (1941).

S-SURVEY (Tinjau)
  • Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
  • Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.


Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)
  •  Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
  • Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
  • Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
  • Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
  • Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan – peramalan jawapan yang paling relavan.


R-READ (Baca)
  •  Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
  • Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
  • Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan.
  • Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
  • Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini bererti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.


R-RECITE (Imbas kembali)
  •  Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
  • Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
  • Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.


R-REVIEW (Baca semula)
  • Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
  • Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
  • Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.
  • Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question / pertanyaan.


Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

Teknik Membaca KWLH

Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan / teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

K W L H bermaksud:

K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.

W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.

L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.

H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.

Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran? Tujuannya ialah:

(i)Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 

(ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.

(iv) Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).

Jadual di bawah sebagai contoh penerapan proses membaca menggunakan teknik KWLH.

K – know
Apa yang sudah diketahui
W – want
Apa yang hendak diketahui
L – learned
Apa yang telah diperoleh/dipelajari
H – how
Apa lagi maklumat tambahan yang diperlukan
(dalam ruangan ini)

Pelajar dikehendaki mencatat perkara/maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk/perkara yang hendak dibincang
(dalam ruangan ini)

Pelajar dikehendaki mencatat perkara/maklumat yang ingin diketahui lebih lanjut berdasarkan tajuk/perkara yang dibaca. Catatan berdasarkan soalan
(dalam ruangan ini)

Pelajar dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bacaan yang dibaca berdasarkan tajuk/teks yang diberi. Pelajar menjawab soalan yang dibina sendiri
(dalam ruangan ini)

Pelajar dikehendaki mencatat bagaimana, bila, dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks/bahan yang diberi. Pelajar boleh membuat cadangan untuk merujuk sumber lain

Teknik Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA)( Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)

Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, (1969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan sari pati / isi maklumat yang dibaca.

Tujuan teknik DR-TA:

(i)Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/teks secara kritis dan reflektif.
(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.
(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca.
(iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.
(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.
(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.

Kelebihan teknik DR-TA

Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran
bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

(i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai.
(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan.
(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna.
(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa atau perkataan.
(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki.

1 comment: