Bintang

salji


Sunday 11 November 2012

Model Gaya Belajar


MODEL CARA BELAJAR DR RITA DUNN DAN KENNETH DUNN

PERSEKITARAN
  • selesa belajar di dalam suasana yang tenang dan aman.
  • suka kepada kedinginan dan nyaman suasana- ada muzik yang lembut yang menjadi latar belakang semasa anda belajar.
  • memerlukan bilik yang cerah dan terang.
  • tidak bermasalah belajar di luar kawasan bangunan seperti taman-taman, tepi laut, tepi sungai dan di tepi tasik.
  •  memilih suasana dan tempat yang paling selesa untuk belajar

EMOSI
  • perlukan satu dorongan yang kuat untuk belajar.
  •  memerlukan dorongan keluarga dan rakan-rakan.
  • perlu dicabar dan dirangsang untuk mendapatkan minat untubelajar. Dorongan mungkin berupa luaran ataupun dalaman.
  • suasana dan persekitaran perlu ditingkatkan agar rasa untuk belajar timbul di dalam diri anda.
  • peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, menggembirakan, melucukan semuannya memberi makna kepada anda untuk meningkatkan lagi minat anda dalam perkara yang anda pelajari.
  • Kata-kata perangsang merupakan nadi penggerak untuk anda belajar.



SOSIOLOGIKAL
  • perlukan  rakan sokongan untuk belajar.
  • kurang selesa untuk belajar sendirian. Anda perlu mendengar pendapat dan pandangan orang lain.
  •  perlukan rakan untuk menerangkan sesuatu perkara yang anda kurang faham. Di samping inginkan pendapat dan pandangan anda didengar oleh orang lain.
  • gemar kepada suasana perbincangan, kerjasama, bersoal- jawab, mengemukakan hujah dan memberi ulasan kepada maklumat yang diterima.
  • perkara penting di sini ialah orang lain adalah faktor penting untuk belajar. Tanpa mereka suasana belajar anda akan menjadi hambar. Minat belajar akan cepat hilang.
FIZIKAL
  •  tidak boleh duduk sahaja semasa belajar. Anda memerlukan aktiviti dan pergerakkan yang banyak.
  • semasa anda belajar, mungkin anda akan melukis sesuatu, bangun mengambil air, pen, pencil dan seumpamanya.
  •  belajar sambil berjalan seolah-olah kurang berdisiplin tapi hakikatnya itulah cara suasana belajar

PSIKOLOGIKAL
  • belajar menggunakan segala potensi yang ada dalam diri anda.
  •  kepelbagaian cara dan gaya mendapatkan maklumat dari pembelajaran.
  • menganalisis sesuatu dengan tekun dan membuat reflektif terhadap apa yang telah dipelajari.
  • menggunakan kemampuan kedua-dua otak kiri dan kanan anda untuk mendapatkan maklumat.
  •  membaca bermula dari yang asas kepada yang lebih kompleks.
  •  mengukuhkan konsep kendiri semasa membaca dan memperoleh pengalaman dari bahan bacaan.


MODEL GAYA BELAJAR KOGNITIF KLOB 1976
  • setiap individu ada gaya pembelajaran yg terdiri drp pemperosesan maklumat berdasarkan hemisfera otak berserta pengalaman dari persekitaran (experimential learning) .
  • Maklumat & pengalaman dlm bentuk :Konkrit : pengetahuan melalui panca indera Abstrak : pengetahuan yang memerlukan penganalisisan dan penaakulan.
  • Pemperosesan maklumat adalah dalam bentuk  kontinum dari bentuk aktif seperti mencuba sesuatu kepada bentuk realitif seperti memikirkan dan melihat semula.
  • Kolb (19 85 ) : nyatakan 4 Gaya Pbj ; pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konseptualisasi (pembentukan konsep) abstrak dan pengkajian aktif.
  • Kolb juga menyatakan 4 kumpulan Gaya Belajar ketika murid berinteraksi dgn maklumat iaitu.konverger, diverger, asimilator dan akomodator. 

MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu  gaya pembelajaran Visual , Auditori  dan  Kinestetik.

GAYA PEMBELAJARAN VISUAL
  • belajar dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat  dalam buku , papan hitam atau paparan komputer.
  • lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan
  • “Visual “  tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”  tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
  • selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

GAYA PEMBELAJARAN AUDITORI
  •   “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.
  • boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
  • dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

GAYA PEMBELAJARAN KINESTETIK
  •  Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
  • Mereka  biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.

No comments:

Post a Comment