Bintang

salji


Thursday 1 November 2012

Penyakit lebih tidur...Hipersomnia

Kali ini Fina nak kongsi sikit berkenaan Hipersomnia ataupun penyakit tidur yang berpanjangan yang boleh dikategorikan sebagai salah satu kecelaruan dalam psikologi abnormal. Haa..spa-sapa yang rasa ada terlebih tidur tu boleh la check tengok sama ada cukup tak syarat untuk dikategorikan sebagai kecelaruan. Fina juga akan sertakan satu kajian kes yang telah dilakukan berkenaan dengan kecelaruan ini.


Apa itu Hipersomnia?

Ketika hypersomnia, pesakit mengadu rasa mengantuk yang yang berlebihan, gangguan semasa tidur dan juga mabuk tidur. Diagnosis yang dibuat untuk kecelelaruan ini tidak boleh dikira dengan kekurangan masa tidur, atau masalah kecelaruan tidur yang lain, psikitrik dan kecelaruan ubat-ubatan serta mengalami personal distress dan mengganggu kefungsian hidup.

Orang dewasa memerlukan 6 hingga 8 jam sehari untuk tidur manakala kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Golongan warga emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4 hingga 5 jam sahaja sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Hypersomnia merupakan salah satu jenis kecelaruan yang tergolong dalam  kecelaruan tidur. Hypersomnia adalah lawan kepada insomnia yang merupakan masalah atau gangguan untuk tidur. Kecelaruan ini mempunyai definisi yang tersendiri yang merujuk kepada salah satu rasa mengantuk secara berlebihan pada waktu siang dan berlarutan sehingga tempoh yang terlalu panjang.


Kecelaruan ini menjelaskan bahawa bertambahnya waktu tidur seseorang sehingga sampai 25% daripada pola tidur yang biasa. Hypersomnia merupakan gejala yang sering menunjukkan kemungkinan adanya penyakit yang serius. Hypersomnia temporer (sementara) biasanya akan terjadi kepada seseorang individu yang sihat selama beberapa malam  atau hari setelah mengalami kurang tidur atau keletihan fizikal yang luar biasa.

Hypersomnia juga ialah rasa mengantuk yang berlebihan secara berepisod pada waktu siang atau tidur yang berpanjangan pada waktu malam. Individu yang mengalami gejala ini akan mempunyai kesukaran untuk jaga dari tidur yang panjang dan mereka berkemungkinan akan berasa keliru. Simptom lain yang boleh terjadi termasuklah kebimbangan, keresahan, lambat untuk berfikir, hilang selera makan, halusinasi dan kesukaran ingatan. Sesetengah pesakit boleh hilang keupayaan untuk berfungsi dalam keluarga, sosial, pekerjaan dan seting lain.

Terdapat tiga jenis hypersomnia iaitu Recurrent Hypersomnia, Idiopathic Hypersomnia dan Posttraumatic Hypersomnia. Dalam Recurrent Hypersomnia, penghidap telah mengulangi rasa mengantuk yang keterlaluan dan memenuhi syarat-syarat tidur secara berlebihan. Mereka kebiasaannya akan tidur sebanyak 16 hingga 20 jam dalam masa sehari.

Idiopathic Hypersomnia pula penghidap akan mengadu rasa mengantuk yang berlebihan dan tidur berpanjangan pada waktu malam. Perbezaan kecelaruan ini dengan individu normal yang tidur secara berlebihan ialah mereka mengalami Non-Rapid Eye Movement (NREM) episod yang boleh bertahan selama dua jam. Walau bagaimanapun, kecelaruan ini berbeza dengan narkolepsi yang melibatkan individu tertidur secara tiba-tiba dan sukar mengawal otot yang mengaitkan dengan emosi. Manakala Posttraumatic Hypersomnia pula ialah rasa mengantuk yang disebabkan oleh hasil kecederaan fizikal atau penyakit dalam sistem saraf pusat. Contohnya, kecederaan otak, pembedahan saraf, jangkitan dan kecederaan saraf tunjang boleh menyebabkan kecelaruan ini. Hypersomnia jenis ini boleh terjadi selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Antara simptom kepada kecelaruan hypersomnia ialah seseorang individu akan mempunyai perasaan letih yang luar biasa sepanjang masa dan memerlukan tidur pada waktu siang walaupun sekejap. Selain itu, simptom kecelaruan ini juga akan membuatkan seseorang individu sukar untuk membuat keputusan dan berfikir serta kesukaran untuk mengingati dan memberi tumpuan.

Kajian kes

Kajian kes ini telah dilakukan kepada seorang yang mengalami kecelaruan ini iaitu Louisa Ball.


Dalam kisah atau cerita dongeng Sleeping Beauty, seorang puteri tidur selama seratus tahun kerana perbuatan ahli sihir yang jahat. Ciuman daripada seorang putera yang kacak telah menyebabkan puteri tersebut bangun daripada tidur yang panjang dan mereka hidup bahagia selama-lamanya. Kini, Sleeping Beauty ini memjadi panggilan kepada seorang gadis cantik yang berumur 17 tahun.

Louisa Ball berasal dari Worthing, Tenggara England dan tinggal bersama keluarganya. Bapanya bernama Richard Ball dan berumur 44 tahun dan bekerja sebagai seorang juruukur manakala ibunya ialah Lottie Ball yang merupakan seorang suri rumah berumur 45 tahun. Louisa Ball juga mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Ross.

Ia juga masih belajar di sebuah kolej dan mengikuti kelas tarian yang menjadi minatnya sejak kecil lagi. Ia mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang tarian dan bidang sukan juga menjadi salah satu minatnya dan dia merupakan seorang gadis yang cantik dan cerdas. Louisa juga mempunyai facebook untuk membolehkan orang ramai untuk berhubung dengannya.

Namun begitu, Louisa Ball ternyata menderita akibat gangguan yang amat luar biasa dalam hidupnya. Gadis ini dikenali dengan panggilan Sleeping Beauty oleh teman dan keluarganya. Namun, kisah hidupnya bukanlah sekadar cerita dongeng. Beliau mengalami masalah Kleine-Levin Syndrome iaitu keadaan yang amat luar biasa di mana seseorang boleh tidur selama berminggu-minggu pada satu masa.

Rekod paling lama Louisa tidur ialah selama 13 hari dan beliau hanya menghabiskan sebahagian besar dalam kehidupannya sejak beberapa tahun yang lalu dengan hanya tidur di atas katilnya sahaja. Dia boleh tidur selama dua minggu tanpa terjaga. Louisa mengalami gangguan tidur yang luar biasa ini dan gangguan ini tidak mempunyai ubat atau sebab yang diketahui pada masa ini.

Kriteria atau simptom

Penyakit Louisa mula dikesan pada Oktober 2008 ketika beliau berumur 14 tahun selepas sembuh daripada simptom selesema dan episod tidur Louisa bermula. Menurut ibunya pada ketika itu dia diberi ubat selesema untuk tempoh seminggu tetapi tidak pernah sembuh sepenuhnya. Ia merasa lelah dan keadaannya tidak pulih dan dia sering tertidur di sekolah dan melakukan perkara-perkara yang tidak wajar dan tidak masuk akal seperti mengigau semasa tidur. Hal ini telah menakutkan keluarganya dan selepas itu, keluarganya mendapati beliau mula tidur lena untuk jangka waktu yang luar biasa lamanya.

Sejak itu, Louisa sering tidur dan ia berpanjangan sehingga 10 hari. Keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa. Sebelum episod tidurnya berlaku, Louisa mula menjadi cepat marah dan kurang bercakap, dan itu bermakna keluarganya perlu bersedia untuk menghadapi waktu tidurnya yang panjang.

Kesan daripada episod tidurnya ini, Louisa sering terlepas daripada menduduki peperiksaan sekolah dan kelas tariannya akibat tidur yang berpanjangan. Louisa juga terlepas daripada menyertai pertandingan tarian, percutian keluarga dan hari lahirnya sendiri. Contohnya, keluarganya pernah bercuti di Malaga pada musim panas dan pada ketika itu Louisa mula untuk memasuki mood tidur. Beliau tidur selama tujuh hari semasa percutian tersebut dan ketinggalan semua perkara. Beliau benar-benar marah apabila mendapati percutian tersebut telah berakhir.

Selain itu, Louisa kehilangan berat badan sebanyak 10 pound semasa episod tidurnya berlaku. Walau bagaimanapun, ibu bapanya berusaha keras untuk memberinya makan dan membawanya ke tandas. Dia  tidak mampu membuat apa-apa dan ibu bapanya terpaksa memberinya makan dengan cepat selagi ada kesempatan. Ibunya sangat risau dengan hal yang menimpa anak perempuannya dan merujuk kepada seorang pakar diet. Nasihat yang diperoleh ialah dengan cara memberikan minuman smoothie kepada Louisa supaya beliau dapat semua nutrient yang diperlukan dalam badan.

Louisa sendiri juga mengaku bahawa beliau resah kerana boleh tidur dalam tempoh yang lama. Beliau tidak mampu mengigati apa yang berlaku setelah bangun daripada tidur yang panjang ini.

Gangguan yang dialami oleh Louisa bukan disebabkan oleh kesan substan atau GMC (general medical condition). Louisa hanya mengambil ubat selesema sahaja sebelum beliau dikesan mempunyai kecelaruan ini. Hal ini tiada kaitan dengan kecelaruan yang dialaminya iaitu Klein-Levin Syndrome. Walau bagaimanapun, dalam perubatan profesional tidak menemui jawapan kepada masalah yang dialami oleh Louisa dan mengandaikan bahawa dia mengambil sejenis ubat.

Louisa telah dibawa oleh ibu dan bapanya ke Hospital St George di Tooting dan beliau dirujuk kepada Konsultan Pediatrik dan hasilnya telah mendapati bahawa gadis cantik ini mengidap Kleine-Levin Syndrome. Penyakit luar biasa ini hanya berlaku kepada kira-kira 1000 orang di seluruh dunia. Menurut doktor, penyakit ini sering menyerang remaja terutamanya yang berusia antara 8 hingga 12 tahun.

Sindrom ini ialah satu bentuk kecelaruan yang luar biasa atau hypersomnia berkala. Penghidapnya akan mempunyai kecenderungan untuk tidur dalam tempoh yang lama. Doktor tidak dapat mengenal pasti penyebab masalah ini. Para doktor mengandaikan bahawa masalah ini berkemungkinan berkaitan dengan ketidakfungsian hipotalamus iaitu bahagian otak yang mengawal nafsu tidur.

Setakat kini, belum terdapat kaedah perubatan yang khusus untuk penyakit Kleine-Levin Syndrome tetapi terdapat doktor yang memberikan ubat stimulant kepada pesakit agar tetap berjaga. Louisa juga pernah diberikan pengubatan ini tetapi tetapi tidak berhasil dan setelah didiagnosis, ia sering tidur hinga 12 hari.

Ahli-ahli sains masih cuba memahami Sleeping Beauty Syndrome yang luar biasa ini dan penyelidik mengesyaki bahawa Kleine-Levin Syndrome berkemungkinan berasal daripada jangkitan virus yang boleh menjejaskan pusat otak. Penyelidikan mencadangkan bahawa sesetengah orang mungkin terjadi secara genetik apabila mendapat Sleeping Beauty Syndrome.

Louisa juga mengikuti terapi untuk membantunya dalam masalah gangguan tidur ini. Ibu bapanya berharap pengubatan ini akan menurunkan pola atau corak tidurnya yang  lama. Terapi ini menunjukkan kemajuan dan ibu bapanya berharap terapi tersebut akan mengurangkan tahap tidur berlebihan yang dialaminya dan beliau dapat menjalani kehidupan yang normal. Louisa hanya mampu berharap sindrom tersebut boleh hilang dengan segera dan bebas daripada masalah itu.

DSM-IV-TR
  1. Mengadu rasa mengantuk yang berlebihan dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan (atau kurang jika berulang) seperti yang dibuktikan dengan salah satu episod tidur yang berpanjangan atau episod tidur pada waktu siang yang berlaku hampir setiap hari.
  2. Rasa mengantuk yang berlebihan akan menyebabkan tekanan secara klinikal atau gangguan dalam pergaulan sosial, pekerjaan atau bidang penting yang lain.
  3. Rasa mengantuk yang berlebihan tidak boleh dijelaskan dengan insomnia, tidak berlaku dalam masa yang sama dengan kecelaruan tidur yang lain dan tidak boleh menerangkan mengapa tidur yang berlebihan tidak memadai.
  4. Gangguan tidak berlaku dalam masa yang sama dengan kecelaruan mental yang lain.
  5. Gangguan bukan disebabkan oleh kesan-kesan psikologi secara langsung melalui substan atau GMC.

Berulang: jika terdapat tempoh rasa mengantuk yang berlebihan sekurang-kurangnya 3 hari yang berlaku beberapa kali dalam setahun dan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Etiologi

Faktor biologi sangat memainkan peranan dalam peranan pada kecelaruan hypersomnia dan ia mempengaruhi faktor sosial dan psikologi.

Faktor Biologi
  • Penyakit Louisa Ball merupakan pengaruh baka secara poligenik.
  • Ketidak seimbangan penghasilan kalenjar dan hormon. Penghasilan kalenjar dan hormon yang berlebihan lalu menyebabkan rasa mengantuk yang berpanjangan.
  • Kekurangan hormon thyroid dalam badan yang menyebabkan rasa mengantuk dan letih.
  • Disebabkan oleh kerosakan saraf di dalam otak. Menghantar signal yang salah pada otak.
  •  Kepekatan toksik urea dalam darah yang menyebabkan individu berasa mengantuk dan letih.
  • Ketidakseimbangan neurotransmitter iaitu pada serotonin dan dopamine yang menyebabkan kecelaruan masa tidur.
  • Mempunyai keturunan yang mempunyai hypersomnia.
           Faktor Psikologi
  •     Cara menangani masalah yang maladaptif. 
  •     Global Impact. Ketidaksesuaian dengan keadaan sekeliling.
  •     Kemurungan dan pendaman.  
F        Faktor Sosial
  •     Pengalaman hidup yang tertekan.
  •     Keadaan persekitaran yang menggalakkan untuk tidur.
  •     Tekanan yang tidak tertanggung.
      Rawatan

          Rawatan Perubatan
  •      Terdapat beberapa cubaan rawatan yang menggunakan dadah untuk merawat hypersomia tetapi tiada badan besar yang menyokong bukti keberkesanan rawatan ini. Peransang biasanya disyorkan untuk merawat hypersomnia kerana mereka menganggap gejala ini tiada masalah asas. Beberapa orang penyelidik percaya bahawa mungkin rawatan hipotalamus boleh menjadi rawatan untuk hypersomnia. Doktor biasanya menetapkan peransang seperti methylphenidate,amphetamine, or modafinil (Guilleminault & Anagnos, 2000).

    Rawatan Persekitaran

    ·   Doktor akan mengenalpasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
    ·     Rawatan tingkah laku yang melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi diberikan.
    ·   Doktor mungkin akan memberi ubatan yang sesuai dan pencegahan masalah tidur dengan menggunakan pendekatan seperti mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pengurusan stress yang baik. Selain itu, hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain dan patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.
    ·    Berhenti merokok, tidak boleh tidur pada waktu siang hari, mengurangkan pengambilan alkohol dan kopi, membuat senaman pada awal hari dan bukan sebelum waktu tidur.
    ·     Menggunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain.
    ·   Mengikut jadual tidur yang tetap iaitu masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari termasuk hari minggu. Di samping itu, tidak mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur, tidur apabila rasa mengantuk sahaja dan berehat sebentar sebelum masuk tidur.
    ·   Menyimpan satu diari tidur iaitu dengan mencatat jumlah jam dan kualiti tidur semasa masuk dan bangundari tidur dan  menulis jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil.
    ·    Menggunakan cahaya terang untuk mengubah otak ke dalam jam biologi.Cahaya yang sangat terang boleh membantu orang yang mempunyai masalah corak tidur mereka (Terman & Terman, 2000).

    Rawatan Psikologi

    ·   Bagi sebahagian kumpulan, kaunseling atau sokongan yang paling membantu dalam menguruskan kesan-kean psikologi dan sosial tidur yang terganggu, dan ia sangat membantu bagi orang-orang yang mengalami rasa rendah diri dan kemurungan (Bootzin et al., 1993).

3 comments:

  1. Assalammualaikum fina... terima kasih atas perkongsian yg sangat padat dan berinformasi. Sebelum ni saya tak pernah dengar tentang hyperinsomnia ni sebab tak belajar tentang perubatan dan kaunseling. rupa-rupanya ada penyakit yang membuatkan seseorang individu itu mengantuk di siang hari dengan melampau. Selalu saya baca atai dengar tentang keletihan, mengantuk di tempat kerja, kurang fokus dll. Mohon saya copy di blog saya yer. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah lah tidur 24 jam sehari sebab solat kan, tapi siang hari mesti ngantuk/letih. Mlm kadang ok kadang penat jugak, ni kira simptom ka? Sbnarnya mmg dah lama semenjak sekolah rendah sekarang umur dah 20 lbih hampir 15 tahun tapi buat tak endah ja.

    Dan saya boleh jaga malam lebih lama dari siang, saya boleh stay up smpai lps subuh tapi kalau siang jam 1000 tu dah ngantuk, tambah waktu panas

    ReplyDelete