Bintang

salji


Tuesday 13 November 2012

Peranan Leader dalam Kaunseling Kelompok


Leader dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor. Dalam kajian Liberman, Yalom dan Miles (1973) telah mengenalpasti peranan leader yang asas iaitu:

          1.   Merangsang (stimulate) emosi
          2.   Mengambil berat
          3.   Memberi makna (meaning attribution)
          4.   Pelaksanaan tugas (executive function)

Merangsang emosi melibatkan perlakuan ketua yang berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri dan dia kerap mengambil bahagian sebagai ahli.

Mengambil berat adalah salah satu fungsi ketua yang penting kerana melibatkan faktor melindungi, menjadi sahabat dan menunjukkan kasih mesra.

Memberi makna pula ialah ketua menyediakan ahli untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan. Pada masa yang sama, dia menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima.

Melaksanakan tugas melibatkan faktor menentukan tempat pertemuan yang sesuai, mencadang atau menentukan peraturan dan norma-norma yang harus dipatuhi oleh ahli kumpulan, menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling kelompok.
 
Mengikut Rudestam (1982) fungsi ketua sebagai pakar adalah yang tertua. Dalam setiap interaksi kumpulan, terdapat banyak peluang bagi ketua untuk membuat komen tentang interaksi yang berlaku dalam kumpulan tidak kira apa juga teknik dan kemahiran yang digunakan. Selain itu, fungsi penting ketua juga ialah menggalak dan mengembangkan interaksi di antara ahli kelompok itu. Ketua yang berjaya berkongsi fungsi kepimpinannya dengan ahli lain lebih sedia mengetepikan perasaan mereka dan menggalakkan ahli menolong di antara satu sama lain. Ketua juga mempermudah sesuatu prose situ berlaku melalui kehadirannya dalam kelompok. Ketua menggalakkan kumpulan bertindak dan mengarahkan perhatian kumpulan pada perasaan hati yang sedang dilalui dan kebimbangan yang sedang dialami.

Di samping itu, ketua juga berperanan untuk menghalang campur tangan dalam kelompok untuk melindungi hak individu dalam kumpulan. Ini digunakan supaya setiap ahli dapat menggunakan haknya untuk mengeluarkan pendapat dalam kumpulan tetapi pada masa yang sama mengekalkan haknya untuk merahsiakan sesuatu. Seterusnya ketua berperanan untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku dalam kelompok. Adalah menjadi tugas ketua untuk memastikan sengketa yang berlaku diselesaikan dalam kelompok dengan suasana yang tenteram dan tenang supaya penyelesaian dapat dicapai. 

No comments:

Post a Comment