Bintang

salji


Monday 12 November 2012

Program Kerjaya "Ini Cita-Citaku"

Pada semester lepas iaitu semasa Fina dalam semester 4, Fina dan rakan-rakan sepasukan iaitu Pazilah dan Noraini telah menjalankan satu program kerjaya kepada murid-murid sekolah rendah. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan pelaksanaan Program Kaunseling Kerjaya  “Ini Cita-Citaku” yang berlangsung pada 10 April 2012 selama 2 jam di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Jeniang,Kedah.


Peluang yang diberikan banyak membantu kami untuk menonjolkan diri sebagai fasilitator yang sememangnya perlu ada dalam diri seorang kaunselor. Melalui program ini kami dapat mendekati murid-murid sekolah rendah dengan lebih dekat dan mendapat pengalaman yang amat  berguna untuk dijadikan sebagai persediaan awal sebagai seorang kaunselor. Kemudian ribuan terima kasih kepada pihak sekolah iaitu Encik Abdul Majid selaku Guru Besar dan Puan Norimah selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang telah memberi kelulusan untuk melaksanakan program ini. Seterusnya terima kasih kepada kaunselor sekolah cikgu Mohamad Zaidi yang banyak membantu dalam melancarkan program ini.

 Objektif utama pelaksanaan program kaunseling kerjaya “Ini Cita-citaku” ialah untuk memberikan pemahaman kepada murid-murid dalam membuat pemilihan yang betul untuk kerjaya pada masa hadapan.  Seterusnya, memberikan pengetahuan kepada murid-murid mengenai kriteria-kriteria yang penting dan perlu dipenuhi untuk menceburkan diri dalam sesuatu kerjaya yang diinginkan.  Selain itu, program ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya pemilihan kerjaya yang tepat dengan diri mereka. 


Ice Breaking





Modul Karyaku Impianku





Murid Tahun 6/2012 SK Jeniang, Kedah

No comments:

Post a Comment