Bintang

salji


Wednesday 14 November 2012

Halatuju Profesion Kaunseling


TEKNOLOGI BARU DAN AKTIVITI ASAS KAUNSELOR
  • Teknologi baru memberikan perbendaharaan dan definisi baru bagi istilah lama. Di antara istilah yang perlu kaunselor ketahui iaitu :
        Internet
        Website (laman web)
        World wide web (www)
        Distance Education
        CD-ROMs
        The Information Highway
        List serves
        “Search Engines
        E-mail
  •  E-mel sbg sumber bagi individu untuk mendapatkan bantuan dari profesional kesihatan mental.
  • Dalam hub awal, proses penilaian boleh dilakukan terhadap klien dgn ujian berbantukan komputer, akses maklumat yg bersesuaian dgn keperluan klien, perbandingan data jika perlu.
  • Dapat memberikan banyak maklumat,cepat dan tepat serta menjimatkan masa.
  • Teknologi ini boleh diaplikasikan dengan berjaya peluang pekerjaan, pendidikan, maklumat perkerjaan, biasiswa dan kerja:
  • Di antaranya, www.counseling.org, kaunselor mendapatkan maklumat kerjaya seperti www4.usnews.com/usnews/edu/beyond/bccguide.htm; maklumat latihan dan pendidikan, www.utexas.edu/word/univ/; peluang pekerjaan spt 
  • Pencarian internet yang luas, boleh diakses dengan spesifik bagi tujuan penilailan. Banyak inventori yang boleh diperolehi spt Career Interests Game (www.missouri.edu/~cppcwww/hollands.html) serta deskripsi kerjaya  melalui Occupational Outlook Handbook (http://stats.bls.gov/ocohome.htm)
KAUNSELING DAN INTERNET
  • Terdapat beberapa keadaan kaunselor boleh merujuk dan membantu klien menggunakan internet seperti mendapatkan maklumat dan data
  • Perlu memahami tidak semua klien berkemahiran menggunakan internet.
  • Penggunaan internet berkesan di dalam kaunseling individu mengikut urutan berikut:

a)    Kenalpasti dan jelas tentang masalah klien
b)  Kenalpasti laman internet yang berpotensi untuk mendapatkan maklumat yang selamat selaras dengan keperluan klien
c)     Membuat penilaian maklumat yang selamat melalui pencarian internet
d)     Aplikasi terhadap maklumat klien
e) Menilai hasil dari sudut kepuasan klien dan juga resolusi keperluan mereka.


PERKEMBANGAN PROFESIONAL KAUNSELOR
  • Teknologi dapat memberi perkembangan kepada kaunselor dengan membolehkan kaunselor mengakses perpustakaan tanpa halangan/ perpustakaan maya (virtual libraries)
  • Perpustakaan ini membolehkan sumber diperolehi oleh dari pelbagai perpustakaan. Salah satunya adalah ERIC/CASS (Educational Resources Information Center/Counseling and Student Services Clearinghouse) yang dibangunkan untuk memberi banyak maklumat yang diperlukan kaunselor.
  • Walz and Reedy (2000) menyatakan tujuh ciri-ciri ‘perpustakaan maya’ iaitu;

a)  Sumber-sumber mudah diperolehi secara teks penuh dan muat turun yang mudah
b)     Memberi tumpuan dalam isu-isu kritikal, keutamaan (kaunseling)
c)     Tidak mempunyai kemahiran yang tertentu untuk diakses
d)     Perpustakaan yang sentiasa terkini
e)     Setiap ‘library’ mengandungi ‘frequently asked questions’ (FAQ)
 
f)        ‘virtual libraries’ yang diperkenalkan perlulah asas dan didemonstrasikan kepada kaunselor
g) Perolehan baru dari ‘virtual libraries’ merupakan dari sumber-sumber yang pelbagai

  •  ACES (Association for Counselor Education and Supervision) Technology Interest Network menyatakan program pelajar pendidikan kaunselor yang lengkap ialah memenuhi kecekapan teknikal berikut iaitu :

a)    Boleh menggunakan secara produktif perisian untuk membangun laman web, perbentangan kumpulan, surat dan laporan
b) Boleh menggunakan peralatan audiovisual seperti perakam  video, perakam audio, projektor dan video konferensi
c)     Boleh menggunakan pakej statistik secara komputer
d) Boleh menggunakan ujian, diagnosis secara statistik dan program membuat keputusan oleh klien
e)     Boleh menggunakan emel
  • Boleh membantu klien mencari pelbagai maklumat berkaitan kaunseling melalui internet seperti maklumat kerjaya, peluang-peluang pekerjaan, peluang latihan dan pendidikan, bantuan kewangan/biasiswa, prosedur rawatan dan maklumat peribadi dan sosial
  • Boleh melanggan, menyertai, keluar dari listservers yang berkaitan dengan kaunseling
  • Mengetahui kod etika dan perundangan berkenaan dengan kaunseling menerusi internet.
  • Mengetahui kekuatan dan kelemahan perkhidmatan kaunseling melalui internet
  • Boleh menggunakan internet untuk membuat pencarian dan menggunakan secara berterusan peluang-peluang pendidikan dalam kaunseling.
  • Boleh menilai kualiti maklumat yang diambil dari internet 

No comments:

Post a Comment