Bintang

salji

Wednesday, 14 November 2012

Model Gaya Belajar 2


Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford

Menurut Honey dan Mumford (1992), gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

i.              Aktivis

Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ’obses’ terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci. Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka kebiasaannya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran.
Golongan pelajar ini tidak memerlukan dorongan daripada orang lain ataupun menunggu seseorang yang akan memberi dorongan kepadanya. Mereka lebih selesa untuk mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada persekitaran dirinya sendiri. Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru dalam pembelajaran serta persekitarannya.

Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz

ii.            Reflektif/reflektor

Individu yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif/reflektor berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif. Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan perbincangan sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya.

Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka adalah tinggi.

iii.           Teoris

Seseorang yang mengamalkan gaya pembelajaran secara teoris mementingkan situasi-situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Masalah diselesaikan secara penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta mensintesis. Mereka berpegang kepada ‘jika ianya logik maka ia boleh digunakan’. Mereka sering mempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan. Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat global dan subjektif.
Aspek emosi adalah tidak begitu penting untuk individu yang mempunyai gaya pembelajaran teoris. Mereka lebih mementingkan rumusan atau kesimpulan yang dibuat berasaskan bukti, analisis, kenyataan atau idea. Oleh sebab itu, rumusan atau kesimpulan yang dihasilkan oleh mereka adalah kurang kreatif kerana terkongkong oleh bukti dan logik.
Secara saintifiknya, mereka cenderung untuk menggunakan otak kiri untuk memproses maklumat yang mereka perolehi. Mereka bersifat objektif dalam melihat sesuatu pandangan atau idea daripada pelbagai perspektif supaya mereka dapat melihat situasi tersebut dengan lebih jelas. Kajian mendapati golongan lelaki didapati lebih cenderung kepada gaya pembelajaran teoris.

iv. Pragmatis

Kajian mendapati mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis adalah lebih konfiden, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isu-isu yang praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan kaedah semasa yang digunakan. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya.
Golongan pragmatis berpegang kepada ‘kaedah sentiasa ada’ dan ‘jika kaedah itu berguna maka ianya baik’. Mereka gemar membincangkan perkara yang tidak mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetap kerana mereka adalah golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen. Pelajar pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.

Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977)
Canfield (1977) telah membina skala gaya pembelajaran membahagikan kepada 4 kategori utama iaitu keadaan pembelajaran (learning condition), kecenderungan mod belajar (preferred mode of learning), kandungan pembelajaran (learning content) dan jangkaan prestasi (perfomance expectation).

 Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977)
Keadaan
Mod
Keadaan
Jangkaan prestasi
Rakan sebaya
Mendengar
Kualitatif
Cemerlang
Organisasi
Membaca
Numerik
Baik
Penentuan Matlamat
Ikonik
Inanimat
Sederhana
Persaingan
Pengalaman langsung
Manusia
Lemah
Pengajar
Maklumat lengkap
Berdikari
Autoriti

Model Gaya Pembelajaran Rahil et al. (1995)

Model gaya pembelajaran Rahil et al. (1995) mempunyai empat kategori gaya pembelajaran iaitu arah tertumpu, arah bercapah, asimilasi dan akomodasi seperti yang boleh dilihat dalam rajah 2.5 berikut.

Model Gaya Pembelajaran Rahil et al. (1995)
PENGALAMAN KONKRIT
AKOMODASI
·         Mengimplemenkan rancangan
·         Melibatkan diri dalam pengalaman baru
TERTUMPU
·         Menyelesaikan masalah
·         Mengaplikasikan idea
BERCAPAH
·         Mengenalpasti masalah
·         Mencari idea baru
ASIMILASI
·         Mendefinisikan masalah
·         Membentuk teori
KONSEPTUALISASI ABSTRAK
(Sumber: Rahil et al.,1995)

No comments:

Post a Comment