Bintang

salji


Saturday 17 November 2012

First Time Masuk Muzium UPSI

Kali nak cerita plak masa semester 3, terdapat sekumpulan murid daripada Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung datang melawat ke UPSI. Mereka berhasrat untuk melawat ke Muzium UPSI dan Perpustakaan Tuanku Bainun. Setelah itu mereka akan bersama dengan senior Fina untuk menjalankan sedikit program. Fina merupakan salah seorang AJK dalam program bersama adik2 SKTBR1 ini tetapi Fina dan rakan-rakan yang lain hanya ditugaskan untuk membawa mereka ke Muzium UPSI sahaja kerana kami terpaksa menghadiri kuliah selepas itu.

Pada hari kejadian iaitu pada 4/10/2011, Fina memang excited la sebab Fina sendiri tak pernah masuk ke Muzium UPSI ni walaupun dah setahun bergelar pelajar UPSI, hehehe…maklum la sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan yang perlu disiapkan. Tapi sebelum ni, bangunan muzium tu pun tengah renovate, so memang tak dibenarkan sape2 pun masuk la. Baru je buka balik masa adik2 SKTBR1 ni nk datang.

Kami tunggu kehadiran adik2 ni di bus stop depan library seawal jam 7.45 pagi. Setibanya mereka di sini, destinasi permulaan mereka adalah ke muzium la. Sebelum memasuki muzium, kami diberi taklimat ringkas oleh pegawai muzium mengenai serba sedikit sejarah penubuhan dan peraturan semasa berada di dalam muzium.

Setelah memasuki muzium tersebut bersama-sama adik2 ini dan guru pengiring, Fina memang teruja dengan apa yang ada dalam muzium tersebut. Tak pernah masuk la katakan…macam2 ada seperti barangan lama seperti buku rekod pengajaran dan lain-lain lagi. Memang best la kat dalam ni..
















Setelah selesai melawat keseluruhan kawasan muzium, adik2 ini akan pergi ke Perpustakaan Tuanku Bainun pula dan mereka akan diiringi oleh senior Fina untuk seterusnya. Walaupun dalam masa yang singkat bersama adik2 ini, kenangan ini tak dapat dilupakan sebab first time dapat masuk muzium..hihihi


No comments:

Post a Comment