Bintang

salji


Sunday 11 November 2012

Model-Model Kaunseling

MODEL BRAMMER


Dalam model Brammer terdapat dua fasa iaitu fasa membina hubungan dan menyelia tindakan positif.  Dalam fasa membina hubungan terbahagi kepada 4 fasa  iaitu kemasukan, meminta penjelasan, penstrukturan dan perhubungan.

Dalam fasa kemasukan kaunselor hendaklah membuatkan klien bersedia dan untuk membina hubungan sebelum sesi bermula. Kesediaan dapat membantu membuka sesi dengan resisten yang minimum. Tambahan pula, setting ini juga memudahkan untuk membina hubungan antara klien dan kaunselor. Kemasukan ini dimulakan dengan perhubungan yang tidak formal seperti percakapn sosial, bertanya khabar klien dan sebab klien datang untuk melakukan sesi kaunseling. Kaunselor juga boleh meminta penjelasan untuk mendapatkan penjelasan mengapa klien mahu dapatkan bantuan. Contoh penggunaan soalan seperti apa yang menyebabkan kamu berasa begitu? Apa yang menyebabkan kamu buat begitu? Kaunselor juga boleh menggunakan kemahiran penstrukturan iaitu formulasi kontrak dan penstrukturan hubungan. Dalam penstrukturan hubungan melibatkan tanggungjawab, masa dan peranan serta limitasi. Penstrukturan juga boleh dilakukan terhadap penstrukturan tingkah laku klien iaitu tanggungjawab klien terhadap tingkah lakunya dan juga kontrak normal.


Fasa kedua ialah menyelia tindakan positif. Dalam menyelia tindakan positif Brammer meletakkan penerokaan sebagai tindakan meneroka masalah, formulasi matlamat, merancang strategi-strategi, mengumpul matlumat, meluahkan perasaan yang mendalam dan mempelajri kemahiran-kemahiran baru. Selepas penerokaan ialah pengukuhan. Dalam pengukuhan perlu ada penerokaan alternatif, bekerja menerusi perasaan dan mempraktis kemahiran-kemahiran baru. Semua ini perlu dilakukan semasa sesi berlangsung dengan klien bagi menetapkan alternatif yang baru yang perlu dilakukan oleh klien. Kaunselor juga perlu membuat perancangan seperti membina pelan tindakan menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi klien. Tambahan pula pelan tindakan ini juga dapat mengurangkan perasaan yang menyakitkan serta menggabung dan menjana kemahiran-kemahiran baru atau tingkah laku baru untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kearah self-directed.

MODEL EGAN

Kemahiran kaunseling dalam model Egan yang dikenali sebagai tahap proses menolong. Proses perkembangan model Egan ini dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah senario sekarang. Senario sekarang tebahagi kepada tiga iaitu mendengar, pelawaan mencabar masalah klien dan membuat pertimbangan. Senario sekarang ini merupakan cerita untuk membantu klien supaya menceritakan tentang masalah yang dihadapi dan peluang yang tidak digunakan. Terdapat 4 matlamat bercerita iaitu :

a)    Mengurangkan tekanan awal
b)    Kejelasan dan
c)    Membina hubungan

Semasa bercerita, klien cuba untuk menjelaskan cerita yang ingin disampaikan supaya kanselor memahami dengan baik atau faham dengan situasi yang sebenar. Klien juga mahu dirinya difahami dengan tepat dan mahu bercerita secara terperinci. Sebenarnya sukar bagi klien untuk bercerita kerana dia perlu berfikur bagaimana hendak memulakan penceritaan, tidak tahu apa yang hendak diceritakan atau disampaikan kepada kaunselor. Kaunselor perlulah membantu klien untuk bercerita dengan menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling supaya cerita klien itu dapat berkembang. Bagi memastikan klien dapat bercerita kaunselor hendaklah mengikut rentak cerita yang disampaikan oleh klien. Tambahan pula kaunselor juga perlu memahami halangan-halangan yang membuatkan klien sukar  untuk mendedahkan kendiri dan beri sokongan kepada klien yang sukar bercakap tentang diri mereka.

Pelawaan mencabar masalah klien ialah kaunselor cuba untuk mengenalpasti beberap perkara yang perlu dibuat penjelasan. Kaunselor boleh mengajak klien untuk melihat perkara ini dengan lebih realistik atau benar dengan menggunakan kemahiran mencabar (konfron).kaunselor juga haruslah membantu klien memecah blindspot yang menghalang mereka daripada memahami situasi masalah dan peluang yang ada. Di samping itu, kaunselor juga perlu mencabar klien jika perlu kerana cabaran itu boleh memberi kesedaran terhadap tapisan, konflik atau ketidakongruenan dalam klien bercerita. Ini juga bertujuan untuk melihat sumber diri yang boleh digunapakai untuk meneroka klien dengann lebih berani. Matlamat mencabar terbahagi kepada 2 matlamat iaitu untuk membentuk perspektif baru terhadap pemikiran (kognitif) dan perspektif baru untuk tindakan (tingkah laku).

Membuat pertimbangan merupakan membantu klien untuk memilih isu / persoalan sebenar atau peluang untuk mengatasinya memasuki tahap laverage. Matlamat ini adalah untuk membantu klien memilih masalah, senang atau sukar atau yang hendak diterokai terlebih dahulu. Melalui penilaian ini kaunselor boleh mngesyorkan jenis-jenis perkhidmatan yang lain jika perkhidmatan yang diberikan tidak dikehendaki oleh klien.

Peringkat kedua pula ialah scenario yang diingini. Senario yang diingini terbahagi kepada kemungkinan-kemungkinan, agenda dan komitmen.  Kemunkinan-kemungkinan ini merupakan matlamat untuk membantu klien supaya beliau dapat satu panduan untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang boleh diambil untuk dirinya. Zemke (1999) menyenaraikan 4 langkah yang boleh diambil untuk dirinya iaitu :
  1.      Discovery : bantu kenalpasti kejayaan, kekuatan dan sumber yang lalu dan kini.
  2.   .  Dreaming : bantu klien kenalpasti kemungkinan masa depan yang lebih cerah.
  3.    . Design  : apa yang ideal? Bantu klien reka bentuk hasil bagaimana kehidupan klien  kelak.
  4.     Delivery  : bagaimana untuk bertindak? Bantu klien cari dan laksanakan cara terbaik untuk tahu tentang masa depan yang dirangka. Tahu bahawa masa depan terletak kepada usaha diri individu.
Kemungkinan yang dipilih itu perlu disusun dengan jelas seperti membuat satu agenda yang akan dibincangkan secara urutan dan spesifik. Panduan untuk membentuk agenda ialah seperti berikut :

             a)    Tumpuan kepada hasil bukan aktiviti
             b)    Spesifik yang telah dikenalpasti dan boleh buat tindakan
             c)    Mencabar dan ada kehasilan
             d)   Realistik dan boleh dikekalkan
             e)    Sesuai dengan nilai klie dan
             f)     Mempunyai masa yang mencukupi.

Komitmen merupakan peringkat dimensi yang penting dalam pembentukan matlamat. Matlamat dan keupayaan ialah melakukan dengann komited. Klien akan komited jika matlamat yang diingini itu menarik. Kaunselor hendaklah pastikan matlamat yang dikehendaki klien itu merupakan kehendak klien sendiri.

Manakala peringkat ketiga yang terdapat dalam kemhiran model Egan ialah peringkat membuat tindakan. Tindakan yang perlu diambil oleh kaunselor ialah seperti strategi, memilih strategi terbaik dan membuat rancangan untuk bertindak. Strategi merupakan cara untuk mengenalpasti dan memilih jalan tindakan supaya mencapai matlamat. Memilih strategi terbaik ialah untuk membuat pilihan strategi mana yang sesuai dengan keupayaan dan nilai sendiri. Strategi tidak perlu terlalu luas dan seeloknya perlu memberi makna kepada perubahan yang diingini klien. Seterusnya ialah membuat rancangan untuk bertindak. Rancangan membolehkan klien mengikut strategi dan agenda yang sudah ditetapkan, akur kepada disiplin yang dipersetujui, melihat sesuatu dengan teratur dan lain-lain yang berkaitan.

MODEL IVEY

 Dalam model Ivey terdapat 5 tahap kemahiran kaunseling iaitu membina rapo dan penstrukturan, mengumpul data, saling merangka matlamat, tahap bekerja iaitu meneroka alternative dan menilai melalui konfrontasi. Seterusnya ialah penamatan dan memanfaatkan apa yang diperolehi dalam sesi untuk masa depan.

Tahap pertama iaitu memulakan sesi dengan membina hubungan rapo den penstrukturan. Kaunselor hendaklah membina hubungan dengan klien agar klien dapat berasa selesa dengan kaunselor. Penstrukturan juga diperlukan untuk menerangkan tujuan sesi yang diadakan. Penstrukturan ini dapat menjelaskan tanggungjawab dalam sesi dan membantu klien tindakan apa yang boleh dibuat dan yang tidak patut dilakukan.
           
Tahap kedua pula ialah mendapatkan data dengan melakar cerita, masalah-masalah atau isu  iaitu apa yang klien fikirkan, apa kekuatan-kekuatan yang klien ada. Peringkat ini untuk mengetahui mengapa klien datang untuk sesi dan kaunselor berperanan untuk mendengar masalah masalah atau cerita yang dikemukakan klien. Kemahiran-kemahiran yang digunakan ini dapat mendefinisikan masalah klien supaya kaunselor tidak tersasar daripada topik dan menjadikan  sesi lebih terarah mencapai matlamat. Tambahan pula, ia adalah untuk mengenalpasti kekuatan klien yang positif dengan lebih jelas. Oleh itu klien akan berkembang daripada kekuatan yang ada padanya.

Tahap ketiga pula saling merangka matlamat. Dalam merangka matlamat kaunselor hendaklah fokus kepada matlamat klien dan untuk mendapatkan dunia yang ideal bagi klien. Arah yang diingini oleh kaunselor juga hendaklah selari dengan klien.

Tahap yang seterusnya ialah tahap bekerja iaitu dengan meneroka alternative-alternatif mencabar ketidakselarsan klien dan konflik serta bercerita semula. Bekerja ialah kearah resolusi terhadap isu klien. Tugas kaunselor hendaklah meneroka kemungkina-kemungkinan dan membantu klien mendapatkan cara yang baru untuk bertindak dengan lebih baik. Di samping itu ia juga melibatkan model penyelesaian yang kratif dengan menjana alternative dan memutuskan untuk membuat pilihan berdasarkan alternative-alternatif tersebut. Tahap alternatif ini juga mengambil masa yang lama kerana melibatkan tahap penerokaan personal yang panjang.  Pada umumnya tahap model ini ialah asas penyelesaian masalah iaitu jelas tehadap apa matlamat atau hasil yang diinginkan, menjana alternatif-alternatif  iaitu dengan membuat tindakan.

Tahap yang terakhir ialah penamatan. Tahap penamatan ialah rumusan dan bertindak kea rah cerita yang baru. Sesi penamatan ini memudahkan perubahan didalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien dalam kehidupan seharian.

KESIMPULAN

Setiap model kemahiran kaunseling mempunyai matlamat tersediri dala melakukan sesi kaunseling. Model Brammer hanya mempunyai dua fasa iaitu membina hubungan dan menyelia tindakan positif manakala model Egan pula lebih kepada proses menolong iaitu scenario sekarang dan scenario yang diingini dengan menetapkan 4 matlamat sebagai langkah yang harus diambil oleh kauselor dan model Ivey pula lebih tertumpu kepada 5 tahap dalam melakukan sesi yang sangat mementingkan kepada penerokaan terhadap penceritaan klien.

Setiap model ini memberikan panduan dan perbezaan kepada kaunselor dalam mengambil langkah semasa untuk melakukan sesi kaunseling bersama-sama klien. Panduan ini dapat mempelbagaikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor semasa sesi dilakukan.

No comments:

Post a Comment