Bintang

salji


Tuesday 13 November 2012

Tafsir Mimpi Anda

MELIHAT ORANG TUA, KANAK-KANAK, ORANG YANG DIKENALI  DAN ORANG TIDAK DIKENALI



Melihat lelaki yang dikenali
  • Al-Ustaz Abu Sa’id – mimpi ini menunjukkan bahawa kita akan mendapat sesuatu daripada lelaki tersebut, orang yang mirip dengannya atau nama sama dengannya.
  • Menerima barang berharga daripadanya - mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya.
  • Menerima tali - ada berjanji dengannya.

Melihat orang tua
  • Melihat orang tua yang tidak dikenali - tidak terbatasnya umur orang tersebut.
  • Melihat seolah-olah dia mengikut orang tua - dia mengikut kebaikan.
  • Melihat orang tua Turki – mendapat kawan baik

Melihat pemuda
  • Takwil pemuda adalah musuh.
  • Melihat pemuda putih – musuh yang tersembunyi
  • Pemuda hitam – musuh kaya
  • Berkulit kemerah-merahan – musuh tua

Melihat kanak-kanak
  • Takwil kanak-kanak – musuh yang lemah.
  • Jika lelaki mimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak – hilang maruahnya
  • Melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab – dia lepas dari dosa
  • Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur – mendapat keringanan setelah menghadapi kesusahan
  • Mimpi mempunyai anak lelaki yang sudah baligh – itu merupakan kekuatan baginya
TAKWIL ORGAN TUBUH MANUSIA

Takwil warna
  • Ustaz Abu Sa’id – mimpi melihat kulit hitam takwilnya baik.
  • Mimpi seolah-olah mukanya hitam dan dia memakai pakaian putih – dia akan mendapat anak perempuan. Dalil al-Quran: “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padam) mukanya, dan dia sangat marah.” Al-Nahl:58
  • Melihat mukanya hitam dan pakaiannya kotor – dia ada mendustakan Allah S.W.T
  • Melihat mukanya hitam berlumuran darah – dia akan mati

Takwil kepala
  • Takwil kepala ialah kepala (ketua) seseorang – dia berada dalam kekuasaannya atau menjadi bawahannya.
  • Juga ditakwil sebagai kepala harta (modal).
  • Melihat kepalanya 2 atau 3 – dapat mengalahkan musuh jika sedang berperang.
  • Orang miskin bermimpi demikian – akan menjadi kaya.

Takwil kepala dan leher
  •   Melihat kepala dan leher ada kudis atau luka – penyakit yang berlaku untu semua orang secara sama.
  • Kepalanya terbang – dia akan banyak musafir
  • Kepala-kepala yang terputus – ramai orang tunduk kepadanya
  • Melihat seolah-olah dia mengambil modal dengan tangannya sendiri – akan mendapat harta yang banyak
  • Mimpi ini juga menandakan akan terjadinya perdamaian di antaranya dengan orang yang berhutang. Dalil al-Quran: “Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu.” Al-Baqarah:279
  • Melihat raja atau wali (pemimpin) memukul lehernya – wali tersebut adalah Allah yang melepaskannya dari duka cita.
  • Kepalanya berada di tangannya – baik akibatnya bagi orang yang tidak mempunyai anak
  •  Kepalanya berada di tangannya dan dia mempunyai kepala yang lain – dia membetulkan yang tidak baik.
  • Orang muda yang melihat di rambutnya ada putih – orang yang sudah lama menghilang akan kembali kepadanya.
  • Uban sebagai bertambah ketenangan atau bertambah umur. Hal ini berdasarkan dalil al-Quran.
Takwil mata
  •  Mata adalah agama seseorang dan basirahnya, dengannya ia dapat melihat yang baik dan buruk.
  • Dalam jasadnya banyak mata – bertambah baik agamanya
  •  Perutnya terbelah dan banyak mata di dalamnya – dia Zindiq berdasarkan dalil al-Quran “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang 2 buah hati dalam rongganya.” Al-Ahzab
  •  Seolah-olah kedua matanya hilang – anaknya akan mati
  • Mata yang hitam – diertikan sebagai agama
  • Biru – bid’ah
  • Hitam mata bercampur biru – menyalahi agama
  • Hijau – agama yang berlainan dengan agama-agama biasa

Takwil hidung
  • Hidung diertikan sebagai kerabat seseorang.
  • Melihat seolah-olah tidak ada hidung – tidak ada keluarga yang menyayanginya
  • Mempunyai 2 hidung – terjadi perselisihan diantaranya dengan keluarga
  • Mencium sesuatu yang wangi – dia akan mendapat kelapangan
  •  Kalau yang bermimpi itu wanita mengandung – akan mendapat anak yang menyenangkan hatinya.

Takwil mulut
  • Mulut adalah pembuka urusan seseorang atau penutupnya.
  •  Mulut tertutup atau terkunci – menunjukkan kekafiran
  •  Bibir adalah teman seseorang yang menambah kecantikan seseorang serta membantunya

Takwil lidah
  • Lidah adalah sebagai juru bahasa bagi yang mempunyai badan.
  • Jika pemimpin melihat lidahnya panjang – banyaklah senjatanya dan dia akan mendapatkan harta
  • Lidah terikat – kemiskinan dan penyakit
  • Mempunyai 2 lidah – akan bertambah ilmunya

Takwil gigi
  •  Gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki
  • Gigi atas – keluarganya yang lelaki
  • Gigi bawah – keluarga yang perempuan
  • Sebahagian gigi goyang – ada yang akan berpenyakit.
  • Gigi jatuh dan hilang – kematian atau hilang buat selama-lamanya.
  •  Giginyanya kotor – akan terjadi sesuatu yang memalukan keluarganya.
  • Gigi busuk – cacian yang akan datang kepada keluarganya.
  • Membersihkan gigi – menandakan pengorbanan harta untuk menghilangkan kesusahan.
  • Dia mencabut giginya – dia memutuskan silaturahim atau membelanjakan hartanya dengan cara terpaks
  •  Giginya dari emas – jika yang bermimpi itu orang berilmu, baik baginya mimpi tersebut.
  •  Giginya dari perak – kerugian harta.
  • Gigi dari kaca atau kayu – menunjukkan kematian.
  •  Gigi jatuh ke pangkuannya – kelahiran anak. Dalil al-Quran “Dan dia (Isa) bercakap  dengan manusiadalam buaian.” Ali Imran:46

Takwil dagu
  • Takwil dagu – ketua puak (kabilah) dan orang yang mempunyai keturunan yang banyak.

Takwil telinga
  • Telinga bermakna isteri seseorang atau anaknya yang perempuan.
  • Melihat seolah-olah mempunyai 3 telinga – mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak perempuan.
  • 4 telinga – memiliki 4 orang isteri dan 4 orang anak perempuan yang tidak ada   lagi ibu mereka
  • Telinga jauh daripadanya – akan menceraikan isterinya atau anak perempuannya akan meninggal dunia
  • 1 telinga – semua keluarganya akan meninggal dunia.
  • Setengah telinga – isterinya akan meninggal dunia dan dia akan berkahwin lagi.
  • Cincin tergantung di telinganya – akan mengahwinkan anak perempuannya dan anaknya itu akan melahirkan anak lelaki.
  • Menurut 1 pendapat : telinga adalah agama. Sesiapa yang melihat telinganya tersumbat bererti menandakan kekafiran. Hatinya tertutup untuk hidayat.
  • Melihat telinganya banyak – dia berpaling dari kebenaran. Hal ini berdasarkan dalil al-Quran : “Apakah mereka (berhala-berhala) itu mempunyai telinga yang mereka pergunakan untuk mendengar?” surah al-A’raf:195
  • 1 pendapat lagi mengatakan jika orang kaya melihat telinganya banyak dan cantik – dia akan mendengar berita-berita menggembirakan.
  • Jika tidak cantik – akan mendengar berita-berita buruk.
  • Telinganya terdapat 2 mata – dia akan buta dan semua penanggungannya akan didengarnya dengan 2 telinganya.

Takwil janggut
  • Janggut yang nampak bertambah panjang - hutang atau kesedihan
  • Janggut sampai ke tanah - kematian
  • Janggut panjang sampai menyentuh perut - akan mendapat harta dan kedudukan yang akan menyusahkannya
  • Janggut panjang pertengahan (sederhana)
  • Janggut sampai ke pusat akan mendapat harta,kedudukan dan kehidupan yang bahagia
  • Melihat janggut yang tepinya sahaja panjang sementara bahagian tengahnya tidak - akan mendapat harta tapi orang lain yang menikmatinya
  • Janggut sampai ke pusat sehingga mampu melihatnya - seorang muazzin yang suka mengintai keadaan jiran
  • Kanak-kanak yang melihat dia mengambil janggut orang lain kemudian menariknya - akan mewarisi hartanya dan memakannya
  • Janggut yang kurang apabila kurangnya tidak banyak - kemudahan,dapat menyelesaikan hutang dan kebebasan
  • Janggut yang kurangnya banyak - kehinaan dan kehilangan harta serta pangkat
  • Melihat seseorang yang janggutnya diatas dagu kita dan sedang bercakap dengan isteri kita - kita akan turun dari kedudukan kita dan akan berpisah dengan orang-orang yang kita kasihi seperti isteri
  • Janggut yang sangat hitam - kekayaan
  • Janggut yang kebiru-biruan - orang  yang bermimpi akan mendapat harta yang banyak tetapi dia menjadi sombong
  • Janggut yang kuning - kemiskinan dan harta yang sedikit
  • Janggut yang berwarna merah - kewarakan
  • Orang yang melihat seolah-olah dia memegang janggutnya dan bulu-bulu janggutnya itu berselerak di tangan tetapi tidak membuangnya - hartanya akan habis kemudian dia berhasil mendapatkannya kembali
  • Jika dia membuangkannya - hartanya akan habis dan tidak lama akan kembali lagi
  • Mencabut janggut bagi orang kaya - berpoya-poya menghabiskan hartanya
  • Mencabut janggut bagi orang miskin - maksud dua kesedihan,iaitu meminjam wang dari seseorang kemudian meminjamkannya kepada orang lain
  • Mencukur janggut - kehilangan harta dan pangkat
  • Uban pada janggut - kehormatan dan harga diri
  • Bermimpi mencelup (mengecat) janggut - penjagaan
  • Janggut yang dicelup dengan inai - keteguhan memegang sunnah
  • Orang yang bermimpi mencelup rambutnya sedangkan janggutnya tidak dicelup - menjaga rahsia pemimpinnya
  • Melihat mencelup kedua-duanya - betul-betul menyembunyikan kemiskinannya dan mengharap penghargaan daripada manusia
  • Janggut perempuan - perempuan itu tidak beranak
  • -menurut satu pendapat juga,perempuan itu akan di serang penyakit -harta dan kemuliaan suami dan anaknya akan bertambah
  • Janggut perempuan yang  perempuan itu sudah berkahwin - akan kehilangan suaminy
  • Jika perempuan yang melihat janggut perempuan - dia akan melahirkan ana
  • Janggut panjang dan rambut banyak - umurnya akan panjang dan hartanya akan bertambah
  • Kanak-kanak beruban atau berjanggut – kesusahan
  • Melihat setengah janggutnya dicukur - akan menjadi miskin dan kehilangan pangkat atau kedudukan
  • Jika oarang yang mencukurnya adalah anak muda yang tidak di kenalinya - hartanya akan hilang ditangan musuhnya yang tidak di kenali atau ditangan orang yang tidak setaraf dengannya
  • Jika yang mencukurnya adalah orang yang di kenali - pangkat akan hilang di tangan ketuanya yang kejam
  • Melihat janggutnya dipotong - hartanya akan hilang dan pangkatnya akan hilang sekadar janggut yang dipotong itu
  • Melihat janggutnya di cukur - harga dirinya akan hilang
  • Melihat memegang janggut pak ciknya lalu memotong sampai ke pangkal - Akan memakan harta pusaka pak ciknya dan dia tidak mempunyai waris selain darinya
  • Melihat janggutnya putih berseri - mendapat ketinggian,pangkat,dan nama yang baik
  • Melihat janggutnya putih bercampur hitam - mendapat pangkat dan penghormatan
  • Melihat janggutnya tersangat hitam dan lebih cantik dari sebelumnya - akan berhasil mendapatkan harga diri,ketinggian,pangkat dan kebaikan
  • Melihat janggutnya telah beruban dan yang hitam tinggal sedikit - akan miskin dan pangkatnya akan hilang

  Takwil leher
  • Melihat leher bertambah panjang - bertambah kuat menjalankan syariat agama dan menunaikan amanah
  • Melihat leher pendek - kurang melaksanakan amanah
  • Melihat ular melingkar lehernya - dia tidak mengeluarkan zakat hartanya
  • Melihat dua urat yang ada pada leher mengeluarkan darah - dia akan mati
  • Melihat harta pada lehernya - menunjukkan keadilan dan kekuatannya melawan musuhnya
  • Tengkuk yang tebal - menunjukkan kekuatan mempertahankan kedudukan
  • Bulu tengkuk - menunjukkan mempunyai harta di tangan orang lain dan harta orang lain pun ada ditangannya
  • Mencukur bulu tengkuk - menunaikan amanah dan menyelesaikan hutang
  • Bermimpi seolah-olah tidak mempunyai bulu - bermakna dia akan bankrap
  • Seorang lelaki yang bermimpi seolah-olah lehernya tidak panjang dan tidak pendek - seorang yang berakhlak buruk  dan jika berani,keberanian akan bertambah  -jika kedudukan rendah,maka akan dihormati dan dimuliakan

Takwil bahu
  • Bahu - bermakna kawan
  • Tulang belikat - perempuan
  • Tengkuk - perhiasan dan kecantikan
  • Bahu yang tebal dan mempunyai daging yang baik - menunjukkan perjalanan dan perjalanan yang kuat
  • Melihat bahunya berpenyakit - bererti temannya akan ditimpa akan ditimpa penyakit atau mati
  • Bererti  seolah-olah ingin melihat satu tulang belikatnya tetapi tidak sanggup melihatnya setelah bangun tidur dia buta-kerana orang buta tidak sanggup melihat tulang belikatnya sekalipun berada disebelah matanya
Takwil tangan kanan
  • Melihat tangannya panjang - bagi seorang pemimpin adalah satu kemenangan,bagi seorang pedagang bererti akan mendapat keuntungan
  • Melihat tangan yang panjang lagi kuat - bagi seorang pemimpin negara bererti para penolong atau menterinya kuat serta umurnya masih panjang
  • Melihat tangannya menjadi batu marmar - bererti masih berkekalan dalam kebahagian
  • Melihat tangan itu sihat dan baik - bererti dia baik dalam memberi dan menerima sesuatu
  • Tangan kanan - kaum kerabat lelaki
  • Tangan kiri - kaum kerabat perempuan
  • Melihat hilangnya salah satu tangannya - bererti akan hilang sebahagian ahli keluarganya sama ada hilang dari pengetahuan atau mati
  • Bermimpi memasukkan tangannya ke bawah ketiaknya kemudian dia keluarkan tiba-tiba cahaya - bermakna dia akan memperolehi ilmu kalau dia seorang ahli ilmu dan mendapat keuntungan kalau dia seorang pedagang
  • Kalau ditangan itu nampak ada api - bereti dia akan memperoleh kekuatan,kemenangan dan ketinggian
  • Jika padanya terdapat air - bermakna dia akan memperoleh harta kekayaan
  • Tangan yang lebih dari dua - bermakna bertambah daerah kekuasaan,bertambah kekuatan dan juga menunjukkan pertambahan anak,kepulangan orang yang hilang dan lahirnya saudara (adik)
  • Bermimpi seolah-olah bekerja keras dengan menggunakkan tangan kirinya - bererti akan mencapai apa yang  dihajatkannya
  • Bermimpi  membukakan dua tangan - bererti pemurah
  • Bermimpi seolah-olah berjalan dengan dua tangannya - bererti bersandar kepada sebahagian keluarganya
  • Melihat seolah-olah dia melihat dengna dua tangannya sebagaimana melihat dengan mata - bererti banyak menyentuh perempuan yang haram dinikahinya
  • Melihat seolah-olah tangan kanannya mencakapinya dengan kata-kata yang baik - bererti kehidupannya baik
  • Jika tangan kiri mencakapinya dengan baik - bererti kaum kerabatnya berterima kasih kepadanya
  • Jika keduanya atau salah satukeduanya memcakapi dengan tidak baik - bererti perbuatannya tidak baik
  • Melihat tangan kanannya daripada emas - bererti rakan kongsi atau isterinya akan mati
  • Melihat tangannya berubah menjadi tangan raja - maka dia akan menjadi raja dan berlaku kepadanya apa-apa yang ada pada raja itu,sama ada tentang keadilan atau kezalimannya.
  • Melihat mempunyai dua sayap - akan mendapatkan dua anak

Takwil lengan
  • Melihat sesuatu pertambahan pada lengannya - bererti keadaan saudara dan anaknya yang sudah akil baligh akan menjadi baik
  • Melihat sesuatu kekurangan pada lengannya - bererti saudara dan anaknya yang sudah akil baligh akan menerima musibah
  • Bermimpi seolah-olah ada kekurangan pada lengannya - akan menjadi seorang yang kurang akal dan pelupa
Takwil tangan
  • Melihat perempuan yang sakit pada dua tangannya - bererti,itu adalah dunia
  • Bermimpi melihat lengan sakit - bererti kesedihan dan batalnya segala sesuatu yang dikerjakannya dengan tangan
  • Melihat bulu pada hesta - bererti hutang
  • Telapak tangan yang terbuka - bererti hidup senang
  • Telapak tangan yang tertutup - bererti  hidup melarat
  • Bulu diatas telapak tangan - bererti hutang dan kesedihan-juga bermaksud harta yang hilang dari genggaman
  • Bulu di telapak tangan - bermakna kehilangan harta
  • Menyatukan jari jemari (memasukkan antara satu sama lain) - bererti kesusahan dan kesibukan mengurus urusan keluarga
  • Melihat jari-jari pendek - bererti sia-sia dan malas
  • Melihat jari-jari panjang - bererti memelihara sembahyang yang lima
  • Melihat jatuhnya salah satu jari-jari - bererti meninggalkan solat yang lain
  • Melihat menggigit ibu jari orang lain - bererti perangai orang yang digigit itu buruk sedangkan yang menggigit itu bererti sudah bersusah payah mendidiknya
  • Orang yang dilihat keluar susu dari ibu jarinya dan keluar darah dari telunjuknya lalu menghisap kedua-duanya - bererti mengadakan hubungan seks dengan ibu serta isterinya
  • Orang yang melihat jari-jarinya berbunyi - bererti ada perkataan yang tidak baik dikalangan ahli keluarganya
  • Pemimpin negara yang melihat ada pertambahan pada jari-jarinya - bererti ada pertambahan pada ketamakan dan kezalimannya dan sedikit keinsafan
  • Orang yang melihat kukunya panjang sehungga kuku itu ditakutkan terpotong - bererti kenaikan orang lain menjadi pemimpin dan rosaknya urusan ditangannya disebabkan dia berlebih-lebihan  dalam menggunakan kuasanya
  • Orang yang bermimpi memotong kukunya - bermakna dia mengeluarkan zakat fitrah
  • Seseorang yang bermimipi melihat lelaki tua menyuruh memotong kukunya - bererti undang-undang menyuruhnya menjaga janjinya srta memelihara jawatannya
  • Orang yang melihat kukunya dibuat inai - bererti banyak bertasbih
  • Perempuan yang melihat kukunya dibuat inai - bererti suaminya sayang kepadanya
  • Kalau dia bermimpi seola-olah membaut inai pada kukunya tetapitidak lekat - bererti suaminya tidak menunujukkan cintanya kepadanya
  • Seseorang lelaki yang melihat telapak tangannya diinai dengan inai yang tidak baik - bermakna dia akan mengalami kesusahan dalam hidupnya
  • Jika dia melihat tangannya diinai dengan inai yang buruk - bermakna dia akan membunuh orang
  • Jika dia melihat dua tangannya diinai - bermakna dia akan menampakkan apa yang ada padanya,sama ada kebaikan,kejahatan,hartanya,pendapatannyaatau pekerjaannya
  • Jika seseorang melihat dua tangannya diwarnai dengan inai - bermakna dia akan melakukan penipuan dirumahnya agar dia dapat menjual sebahagian peralatan rumahnya untuk kepentinagnnya disebabkan peendapatannya nyang sedikit

Takwil bulu ketiak
  • Jika seseorang melihat bulu ketiaknya banyak - bermakna dia adalah lelaki yang mencari harrta dengan melalui ilmu,kekuasaan,dan perdagangannya,namun tidak mementingkan harga diri dan agama
  • Bulu ketiaknya nampak banyak kutu - bermakna dia akan memiiki eluarga yang banyak

Takwil punggung
  • Punggung seorang lelaki - memberi maksud pertahanan
  • Melihat punggungnya miring - bererti akan mendapat kecelakaan
  • Melihat punggung teman - bererti akan meninggalkanya
  • Melihat punggung musuh - bermakna selamat dari kejahatannya
  • Melihat punggung naka dara - bererti perempuan itu lambat mendapatkan hajatnya
  • Bermimpi melihat perempuan yang berumur 30-50 tahun - bermakan menuntut sesuatu yang sulit
  • Tulang belakang - bermakna tetap pendirian dan anak serta kekuatan
  • Bermimpi melihat punggungnya kuat - bermakna dia diberi akal fikiran
  • Bermimpi melihat tubuh kita panjang - bermakna terpuji (baik)
  • Melihat tubuh terlalu panjang - bermakna ajal sudah dekat
  • Melihat tubuh pendek - bermakna ajal sudah dekat atau jawatan akan jatuh
  • Melihat tubuh kita gemuk dan kuat - menunjukkan agama dan keimanan kita kuat
  • Melihat seoal-olah badannya ular - bererti menunjukkan permusuhan yang sebelumnya disembunyikan
  • Melihat seolah-olah dia mempunyai buntut kambing biri-biri - bererti dia akan mendapat anak
  • Melihat tubuhnya keluar dari besi atau batu - bermakna akan mati
  • Melihat ada pertambahan yang tidak memudaratkan pada tubuhnya - bererti akan mendapat tambahan nikmat

Takwil bulu tubuh
  • Seorang lelaki melihat bulu tubunya tumbuh - bererti isterinya mengandung
  • Orang susah melihat banyak bulu tubuhnya - bererti  akan bertambah susah
  • Melihat bulunya berguguran - bererti akan hilang kesusahannya
  • Orang senang (bahagia) yang melihat banyak bulu tubuhnya - bermakna akan kebahagiaannya dan kekayaannya
  • Jatuh atau gugurnya bulu itu - bermakna hilangnya kebahagiannya
  • Orang kaya bermimpi melihat cahaya - bermakna akan musnah kekayaannya
  • Orang miskin yang melihat cahaya - bermakna akan dapat menyelesaikan hutangnya dengan kesungguhannya dan bersusah payah
  • Orang kaya yang melihat bulu tubuhnya putih - akan mengalami kerugian dan hartannya hampir musnah
  • Orang miskin yang melihat demikian - bererti akan sanggup menyelesaikan hutangnya
  • Orang yang melihat bulu tubuhnya menyerupai bulu binatang,seperti binatang buas -bererti akan mengalami kesusahan

Takwil dada yang sempit
  • Dada yang sempit - bermakna kesesatan
  • Dada yang berbulu banyak - bermakna hutang yang ditanggung banyak
  • Orang yang melihat dadanya keras seperti batu - bermakna dia seorang yang keras kepala
  • Melihatdadanya ditumbuhi bulu yang banyak sehingga boleh menyikatnya seperti rambut -bererti ada menerima amanah dan menunaikannya dengan baik
  • Melihat perempuan yang digantung dengan mengikat dua bua dadanya - bererti berzina dan melahirkan anak zina
  • Bermimipi seolah-olah mempunyai dua buah dada yang sangat besar sekali - bererti telah berzina dengan mahramnya
  • Lelaki yang melihat air susu pada buah dadanya,anak bujang, - bererti akan  berkahwin dan mendapatkan anak
  • Jika dia seorang yang miskin - bererti akn menjadi kaya
  • Jika dia masih muda - bermakna umurnya masih panjang
  •  Perempuan muda yang melihat demikian - bermakna akan mengandung dan melahirkan
  • Perempuan tua yang melihat demikian - akan miskin dan hartanya akan musnah
  • Anak dara yang melihat demikian - bermakna dia akan berkahwin
  • Anak kecil yang melihat demikian - bererti akan  mati
  • Buah dada lelaki,jika dilihat panjang sampai memenuhi dadanya - bererti  dia menuruti nafsunya pada selain yang dihalalkan Allah
  • Buah dada yang panjang bagi seorang lelaki - bererti kematian anak-anak
  • Bagi seorang perempuan,buah dada yang panjang - bermakna kesedihan yang sangat-sangat
  • Jika seorang lelaki yang bermimipi menyusu (menghisap) buah dada perempuan - brrmakna dia akan sakit
  • Kecuali kalu isterinya sedang hamil - bermakna isterinya akan melahirkan anak lelaki
  • Jika seseorang perempuan bermimipi seolah-oalh dia menyusu kepada perempuan lain - bererti akan melahirka anak perempuan

Takwil perut
  • Perut - bermakna harta,anak,kerabat dan barang-barang yang ada di dalam rumahnya
  • Orang yang bermimpi perutnya kecil - bererti dia hanya memiliki sedikit daripada yang disebutkan tadi
  • Melihat perut yang besar - bermakna sebaliknya
  • Perut yang kecil bukan disebabkan lapar - bermakna sedikit harta
  • Jika seseorang melihat dirinya lapar - bermakna dia seorang yang tamak dan akan memeperolehi  sekadar laparnya
  • Berjalan dengan menggunakan perut - bermakna berpegang dengan harta
  • Orang yang melihat perutnya menjadi kecil - bermakna akan mempunyai harta yang banyak
  • Kenyang - bermakna bosan dengan harta
  • Bermimpi haus - bermakna tidak menjalankan agama
  • Hati - bermakna keberanian seseorang,kekuatan,kebaikan,kepemurahan dan toleransinya
  • Keluarnya hati dari perut seseorang - bermakna baik dan ikhlas beragama
  • Mengosongkan perut - bermakna mendapat petunjuk kepada kebenaran
  • Seseorang yang sakit bermimipi melihat hatinya dipotong - bererti dia akan sembuh dari penyakitnya

Takwil jantung, limpa, dan buah pinggang
  • Jantung - bermakna anak-anak dan kehidupan
  • Bermimpi melihat keluarnya jantung dari perut - bermakna ditemui harta yang  ditanam
  • Bermimpi memakan jantung manusia atau mendapatkannya - bererti dia akan mendapat harta yang ditanamnya dan memakannya
  • Jika nampak jan tung itu banyak lagi dimasak atau dipanggang - bererti oarng yang bermimpi itu akan mendapat simpanan yang tertanam di dalam tanah
  • Orang yang melihat wajahnya pada jantungnya sebagaimana dia melihat dirinya pada kaca - bermakna dia akan mati
  • Limpa yang kuat bermakna keselamatan
  • Sesiapa yang bermimpi memotong hempedu manusia dengan giginya sehingga orang itu meninggal dunia - bererti orang yang memotongnya betul-betul dengki dengannya sehingga dia menghembuskan nafas yang penghabisan
  • Jika nampak dalam mimpi itu darah keluar dari hempedunya lalu dia meminumnya -bererti dia telah menghalalkan hartanya bagi dirinya di sebabkan kebodohannya dan keburukkannya
  • Melihat paru-paru dalm keadaan baik - bermakna panjang umur
  • Paru-paru yang rosak - bermakna pendek umur kerana paru-paru merupakan tempat roh
  • Dua buah pinggang - bermakna kekayaan dan kebenaran
  • Jika seseorang melihat keduanya gemuk - bermakna dia adalah lelaki kaya,disegani,dan benar
  • Buah pinggang yang kurus - bermakna kemiskinan

Takwil usus
  • Melihat usus (dalam mimpi) atau sesuatu yang terdapat didalamnya - bermakna orang yang melihatnya akan menemukan harta yang disimpannya -atau seseorang yang akan menjadi pemimpin muncul dari keluarganya atau dia sendiri yang akan menjadi pemimpin
  • Orang yang bermimpi memakan ususnya sendiri - bermakna dia memakan hartanya sendiri
  • Orang yang melihat memakan  usus orang lain atau sesuatu yang terdapat didalamnya - bermakna dia akan mendapat harta dari orangnya dan memakan harta tersebut.
  • Jika ternampak usus itu keluar - bermakna anaknya perempuan akan bertunang
  • Sesiapa yang melihat seolah-olah ususnya atau semua yang terdapat didalamnya keluar,kemudian perutnya di cuci - bermakna dia akan mati dalam redha Allah,sama ada yang keluar tadi di kembalikan ke tempatnya semula atau tidak
  • Jika sesuatu keluar dari perutnya - bermakna disisinya terdapat wasiat orang dan dia memelihara anak perempuan orang yang berwasiat itu,lalu berazam untuk mengahwinkannya
  • Jika sesuatu seolah-olah keluar dari perut seseorang - Bermakna aibnya akan terbongkar
  • Jika dia bermimpi melihat seorang raja membedah perut rakyatnya - bermakna raja itu memerangi mereka
  • Jika raja itu mengambil isi perut mereka - bermakna dia mengambil harta mereka
  • Jika seseorang bermimpi melihat perutnya terbuka sementara isi perut tetap pada tempatnya yang biasa - bermakna takwilnya baik bagi orang yang belum mempunyai anak dan orang miskin.
  • Jika seseorang melihat seolah-olah orang lain membedah perutnya dan mengeluarkan isinya - bermakna takwilnya buruk iaitu mereka akan saling musuh-musuhi dan segala rahsia mereka akan terbongkar
  • Jika seseorang bermimpi perutnya dibedah sementaraperut tidak mempunyai apa-apa (kosong) - bermakna rumah tangganya akan hancur atau ank-anaknya akan hilang mati

Takwil pusat
  • Jika seseorang yang kedua-dua orang tuanya masih hidup lalu dia bermimpi melihat pusatnya diserang penyakit - bermakna salah seorang daripada kedua orang tuanya akan ditimpa penyakit
  • Tetapi jika orang tuanya tidak ada lagi - bermakna tanah tumpah darah keduanya akan ditimpa bencana
  • Kalau dia seorang yang terasing (jauh daripada orang tuanya) - bermakna dia akan pulang ke kampung halamannya

Takwil bulu di sekitar pusat
  • Bulu yng tumbuh sekitar pusat iaitu diats dan dibawahnya - bermakna kekuatan tubuh dan harta benda yang dimilikinya.
  • Jika penyakit terdapat di bahagian itu – bermakna orang yang bermimpi itu akan ditimpa penyakit atau ditimpa kemiskinan

Takwil tulang rusuk
  • Tulang rusuk - bermakna perempuan kerana perempuan dijadikan daripadanya
  • Sesiapa yang bermimpi memperlihatkan auratnya atau sengaja dia buka semua pakaiannya atau sebahagiannya - bermakna aibnya akan terbongkar sekadar auratnya yang nampak itu

No comments:

Post a Comment