Bintang

salji


Saturday 17 November 2012

Perbincangan dengan Kaunselor SMKTBR 1

Assalamualaikum…entri kali ni Fina saja nak kongsikan pengalaman bersama rakan-rakan dalam usaha untuk melakukan perbincangan awal dengan pihak sekolah untuk menjalankan program untuk kursus Pengurusan dan Konsultasi Sekolah. Kumpulan Fina bercadang untuk memilih SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung untuk menjalankan program yang dirancangkan. Hal ini disebabkan oleh sekolah ini lebih dekat dan mudah untuk kami ke sana. Perancangan awal kami adalah untuk menjalankan program di SMK Air Kuning, Kampar tetapi banyak halangan yang tidak dapat dielakkan. Kami terpaksa mencari sekolah lain dan kami memilih SMK Taman Bunga Raya 1. Perbincangan antara kami telah mendapat kata sepakat untuk menjalankan Program Jati Diri. Harapan kami semoga pihak sekolah dapat menerima kehadiran kami dan membenarkan kami untuk menjalankan program di sekolah tersebut.

Pada hari kejadian, Fina dan rakan-rakan iaitu Pazilah, Aini, Ain dan Zaini pergi ke SMK Taman Bunga Raya 1 untuk menjalankan perbincangan dengan kaunselor sekolah. Sampainya kami di sana, kami mendapati persekitaran sekolah tersebut sangat cantik kerana dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Sekolah ini kelihatan ceria sekali.
Kami dibawa ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling oleh sekumpulan pelajar. Wah..cantiknya bilik kaunseling sekolah ni hati Fina berkata. Rakan-rakan yang lain juga turut berkata hal yang sama. Bilik kaunseling sekolah ini sangat besar, cantik dan teraputik sekali. Maklumlah sekolahnya pun cantik kan. Selepas itu, kami memulakan perbincangan dengan kaunselor sekolah iaitu Puan Sabariah Buyung.

Setelah berbincang, kami telah diberi tarikh yang berkemungkinan boleh untuk menjalankan program iaitu 22 dan 23 Oktober 2012. Walau bagaimanapun, kaunselor sekolah akan memaklumkan tarikh sebenar kepada kami secepat yang mungkin. Pihak sekolah hanya membenarkan kami menjalankan program kepada pelajar tingkatan 3 sahaja kerana mereka sudah tamat peperiksaan PMR. Pelajar lain pada masa itu akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah. Kami berasa lega kerana semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. 






Harapan kami semoga sekolah ini dapat meluluskan permohonan kami untuk menjalankan program yang telah dirancang dan dapat memberikan kerjasama yang baik. :)


No comments:

Post a Comment