Bintang

salji


Saturday 17 November 2012

Model Kaunseling Kerjaya

Kaunseling Kerjaya
  • Brown & Brook (1986) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direka bentuk untuk membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya.
  • Sidek (2002) menegaskan kaunseling kerjaya merupakan proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan.

Bagaimana Melaksanakan Kaunseling Kerjaya
  1. Proses kaunseling mesti mantap (membina hubungan sehingga penamatan
  2. Mengambil kira teori perkembangan dan pemilihan kerjaya
  3. Penerapan teori kaunseling yang tradisional.

Model Kaunseling Kerjaya
  1. Model berdasarkan kaunseling dan Psikoterapi
  2. Model Tret dan faktor
  3. Model membuat keputusan
  4. Model Super
  5. Model Crites
  6. Model berorientasikan matlamat
  7. Model berbantukan ujian psikologi
  8. Model perkembangan
  9. Model Teori pembelajaran
  10. Model pendekatan kognitif
  11. Model pelbagai budaya

Model Berasaskan Kaunseling dan Psikoterapi

Berdasarkan teori tradisional seperti:

  1. Psikonalisis
  2. Pemusatan Insan
  3. Gestalt
  4. REBT
  5. Realiti
  6. Tingkah laku
  7. Psikologi Individu
  8. Transactional Analisis
  9. Existensial
Proses Kaunseling Tret dan faktor

  1. Bina hubungan dengan klien
  2. Penilaian personal berhubung dengan kerjaya melalui temuduga, ujian, inventori, senarai semak, maklum balas ujian dan kaunselor
  3. Penjelajahan pekerjaan
  4. Integrasi maklumat dan membuat pilihan
Model Perkembangan (Healy 1982)

Empat tahap :

Tahap 1 : Memperkukuhkan Diri Klien

  1. Matlamat
  2. Halangan
  3. Kemahiran untuk mencapai matlamat
  4. Percaya terhadap penyelesaian masalah dan kaunseling
  5. Tindakan yang diambil
  6. Perasaan
  7. Gaya pembelajaran
  8. Kegagalan dalam mencapai matlamat
Tahap 2 : Kenal pasti dan pilih strategi

Tahap 3 : Pengajaran dan pelaksanaan bantuan

Tahap 4: Menyemak pencapaian matlamat

  1. Matlamat kaunseling : Kenal pasti tingkah laku untuk intervensi perkembangan. Bina strategi belajar untuk memperbaiki status semasa dan bersedia untuk masa hadapan.
  2. Semasa temubual : Kenal pasti jaringan sosial, support system, kepercayaan individu dan jangkaan ekspektasi; motivasi dan masalah emosi; mengenengahkan pendekatan perkembangan sebagai fokus kaunseling.
  3. Penggunaan pentaksiran : Fokuskan kepada keupayaan klien, minat dan kemahiran perhubungan; meneroka kebolehan klien dalam memilih kerjaya.
  4.  Diagnosis : Fokus untuk ke arah pencapaian dan masalah diteliti secara spesifik
  5. Proses Kaunseling : Fokus kepada trait individu untuk perkembangan kerjaya; perincikan matlamat bersama klien; membina strategi pembelajaran untuk mempromosi perkembangan kerjaya.
Model Teori Pembelajaran - Learning Theory of Career Counseling (LTCC) (Walsh 1990) dan (Savickas dan Walsh 1996)

Stage 1: Interview

  1. Perkukuhkan hubungan kaunselor-klien
  2. Jadikan klien untuk komited dengan sesi kaunseling
  3. Mewujudkan celik akal dan melihat respons positif daripada klien
  4. Fokus kepada masalah kerjaya, kehidupan keluarga, pengaruh persekitaran, kestabilan emosi, kepercayaan kerjaya, halangan kerjaya, kemahiran, minat, nilai dan personaliti.
Stage 2: Pentaksiran

  1. Penggunaan instrumen untuk pentaksiran secara objektif termasuk berkaitan dengan intervensi pembelajaran
  2. Pentaksiran secara subjektif untuk mencapai ketepatan dan kesepaduan terhadap maklumat klien, kenalpasti matlamat klien dan strategi tidak realistik untuk mencapai matlamat
  3. Kepercayaan dan tingkah laku yang menyebabkan masalah dinilai menggunakan inventori untuk mencapai matlamat
Stage 3: Menjana Aktiviti

  1. Klien secara individu melaksanakan projek seperti mengambil pentaksiran yang berbeza, membuat ulasan bahan audio visual, program komputer atau membuat kajian terhadap kajian lepas.
  2. Ada klien mungkin terlibat dengan program kaunseling untuk menyelesaikan masalah personal mereka.
Stage 4: Mengumpul Maklumat

  1. Melihat kembali strategi intervensi
  2. Matlamat individu
  3. Format pembentangan pekerjaan
  4. Menggunakan kit kerjaya
Stage 5: Kongsi Maklumat dan Menjangkakan Kesan

  1. Kaunselor dan klien membincangkan maklumat yang dikumpulkan berkaitan pekerjaan dan bersama menjangkakan kesan setelah memilih kerjaya berkenaan
  2. Kaunselor menilai kesukaran klien dalam memproses maklumat
  3. Kaunselor menilai kegagalan strategi klien dalam memproses keputusan
  4. Kaunselor memperbaiki strategi intervensi
  5. Klien boleh mengumpulkan sebanyak maklumat sebelum pergi kepada langkah yang seterusnya.
Stage 6: Penilaian Kembali, Membuat Tentatif atau Menggunakan Kembali

  1. Kaunselor dan klien membincangkan kemungkinan kejayaan dalam kerjaya yang spesifik
  2. Kaunselor menyediakan ransangan untuk meneroka kerjaya akan datang, atau menukar arah untuk membuat keputusan semula
Stage 7: Strategi Mencari Pekerjaan

a.    Intervensi ke atas klien  termasuk mengunakan bahan-bahan untuk memilih kerjaya, latihan temuduga, latihan membuat resume, terlibat dalam kelab pekerjaan, main peranan dan membuat simulasi latihan untuk mengajar klien kesan dalam membuat keputusan.

Model Membuat Keputusan

  1. Membina hubungan kaunseling
  2. Meneroka latar belakang klien berkaiatan kerjaya
  3. Meneroka kekuatan dan potensi klien
  4. Mengenalpasti matlamat kerjaya
  5. Mengenalpasti alternatif yang ada
  6. Membuat pilihan kerjaya
  7. Membuat tindakan
  8. Penamatan
  9. Susulan
Model Teori Kerjaya Super
  • Menekankan pendekatan tidak terarah (non directive)
  • Klien mesti menerima dirinya dan setuju dengan kenyataan kaunselor.
  • Kaunselor bersifat tumpuan klien
  • Kaunselor memberi struktur dan arahan untuk mengendalikan sumber maklumat khusus seperti ujian-ujian, risalah pekerjaan, pengalaman bekerja, pencapaian akademik dan sebagainya.
  • Klien ditolong membuat pilihan sendiri tentang rancangan tindakan yang dipilihnya sendiri.

Model Berorientasikan Matlamat
  1. Teroka masalah ranting
  2. Teroka masalah pokok
  3. Membentuk matlamat
  4. Matlamat terakhir


Model Berbantukan Ujian Psikologi
  1. Bina hubungan kaunseling
  2. Meneroka latar belakang klien
  3. Meneroka matlamat hidup klien
  4. Meneroka parameter kerjaya
  5. Meneroka halangan kerjaya
  6. Interpretasi profil ujian
  7. Maklumat kerjaya
  8. Membuat keputusan
  9. Tindakan
  10. Penamatan

No comments:

Post a Comment