Bintang

salji

Wednesday, 31 October 2012

Apakah Kaunseling Kelompok?

DEFINISI

  1. Corey, G. (1978). Theory and Practice of Group Counseling. Tujuan kaunseling kelompok ialah pencegahan dan pengubatan. Kaunseling kelompok mempunyai satu matlamat/fokus yang tertentu seperti pembelajaran, kerjaya, masalah peribadi atau sosial. Ini mementingkan perhubungan individu yang menekankan aspek kelakuan, fikiran dan perasaan secara sedar. Biasanya kaunseling kelompok berkisar di sekeliling penyelesaian masalah. Isi dan fokus perbincangan ditentukan oleh ahli yang terdiri daripada individu yang normal. KK memberi sokongan dan simpati, yang perlu bagi membina suasana percaya-mempercayai untuk menggalakkan ahli secara sukarela berkongsi pengalaman dan pendapat. KK dijalankan di tempat yang tertentu seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, klinik dan hospital. Fungsinya ialah untuk perkembangan diri ahli dan fokusnya pada usaha mencari kekuatan dalaman diri tiap-tiap orang ahli (internal resources of strength).
  2. Gazda, Ducan dan Meadows (1967). KK ialah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana percaya-mempercayai., penerimaan, faham-memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Faedah terapi dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok biasanya terdiri daripada individu yang normal yang tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Ahli boleh menggunakan interaksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk meninggikan rasa faham dan penerimaan nilai dan matlamat hidup sendiri serta menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini.
  3. Gibson dan Mitchell (1981). Introduction to Guidance. KK boleh dianggap sebagai satu proses penyesuaian diri yang rutin atau satu kumpulan yang menyediakan pengalaman perkembangan diri ahli.  Fokus KK ialah menolong ahli menghadapi masalah penyesuaian dan perkembangan diri seharian. Contoh yang diberi berdasarkan kepada perubahan kelakuan, mempertingkatkan kemahiran berhubung, mengubah sikap dan nilai, atau merancang kerjaya serta membuat keputusan dalam hidup.

Fasa dan Proses Kaunseling


Proses kaunseling yang dijalankan ini ialah melibatkan beberapa proses yang utama. Proses-proses ini adalah terdiri daripada proses membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti masalah, membina matlamat, menyemak alternatif, mengambil tindakan, penamatan, dan susulan.

Proses Membina Hubungan

Proses yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina rapo. Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Oleh itu reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien.

Oleh itu pada tahap ini tanggungjawab seorang kaunselor pada tahap ini perlulah mewujudkan suasana yang teraputik supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien. Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada diri klien agar klien dapat membuat pendedahan tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya.

Di samping itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pemfokusan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam kaunseling. Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan kaunselor perlulah menjelaskan tujuan kaunseling ini dijalankan agar klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi olehnya.

Apa Itu Kaunseling Individu?


DEFINISI 

Kaunseling individu merupakan perhubungan bersemuka antara seorang klien untuk mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat-menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta perasaan klien. Selain itu, kaunseling individu juga ialah suatu pertemuan antara seorang kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan membuat keputusan terbaik daripada alternatif-alternatif yang diperlukan.

Terdapat pelbagai definisi yang telah dikemukakan, menurut Zuraidah Abdul Rahman (2002) telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.

Shertzer & Stone (1974) pula menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.

Kamaruzaman Jamal dan Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelesaikan konflik, atau penentangan yang belum diselesaikan.

Tuesday, 30 October 2012

Sejarah Kaunseling di Malaysia


PENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling mempunyai sejarah yang aktif di Malaysia. Sejarahnya dapat dilihat melalui beberapa dasar kerajaan, permulaan kursus-kursus latihan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran dan kebelakangan ini melalui perkembangan program-program ijazah, diploma, dan sijil untuk guru-guru bimbingan dan para kaunselor. Melalui proses perkembangan ini, beberapa artikel telah ditulis dalam beberapa jurnal. Artikel-artikel ini dapat memberi suatu pandangan tentang bimbingan dan juga menjadi petanda dalam proses perkembangan tersebut.

Tetapi, malangnya, jurnal-jurnal ini tidak dapat diedar dengan meluas. Pada umumnya beberapa terbitan yang awal tidak boleh diperoleh di perpustakaan universiti tempatan. Dengan itu, segala usaha penulis-penulis yang awal ini khasnya tidak lagi mendapat perhatian yang wajar pada masa ini.

Pada tahun-tahun awal sejarah pergerakan bimbingan di Malaysia, hanya sebilangan kecil individu yang telah menulis tentang bimbingan untuk pembaca yang juga kecil bilangannya.

Pada masa ini melalui proses perhubungan secara persendirian dan dengan berkongsi kertas kerja sahaja sudah mencukupi untuk menyedarkan mereka yang terlibat tentang penulisan yang baru diterbitkan berhubung dengan profesion ini. Pada tahun 1980-an keadaan ini telah berubah. Terdapat sebilangan besar guru bimbingan ditempatkan di sekolah-sekolah dan bilangan yang dilatih mengikuti program ijazah dan diploma sepenuh masa di universiti tempatan juga semakin bertambah. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa program di Maktab Perguruan Ilmu Khas yang melatih sebilangan besar guru bimbingan.

Setiap rancangan pendidikan seharusnya beropersi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap penuntut dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik.

Roeber, Smith dan Erickson (1955) telah menyenaraikan beberapa hak penuntut seperti berikut; setiap penuntut mempunyai hak untuk menggunakan penerangan yang tepat mengenai diri dan alam sekelilingnya, merencanakan aktivitinya di dalam suasana yang tidak bersifat kuku besi, mendapat perhatian individu dalam merancang matlamat-matlamat sendiri dan mendapat bantuan yang tersusun bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut.

Dalam usaha memenuhi hak-hak penuntut seperti yang dinyatakan, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong penuntut meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan matlamat-matlamat yang sangat-sangat mereka perlukan.

Sejarah Kaunseling


Perkembangan tahun 1900-1909 -Dalam dekad ini , 3 orang tokoh yang bergabung sebagai ketua dalam perkembangan kaunseling iaitu Frank Parson, Jesse B.Daris dan Clifford Beerrs.

Pada tahun 1906, Eli Weaver menulis buku yang bertajuk Choosing A Career. Dua tahun berikutnya iaitu pada tahun 1908,Frank Parson mempelopori pembukaan Biro Vokasional (Boston Vokasional Bereau) bertempat di Boston. Biro ini berperanan menyediakan keperluan vokasional kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari pekerjaan dan melatih guru-guru berkhidmat sebagai kaunselor vokasional. Guru-guru ini membantu memilih pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah-sekolah vokasional dan membuat peralihan dari alam persekolahan ke alam pekerjaan yang sesuai.

Setahun berikutnya (1909), buku Choosing a Vocation diterbitkan setahun selepas berliau meninggal dunia. Buku ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh kaunselor-kaunselor dan teknik yang dapat digunakan dalam proses kaunseling vokasional. Buku ini dibahagikan kepada bidang iaitu penyelidikan peribadi, penyelidikan industri dan organisasi serta pekerjaan.

Jesse B. Daris pula orang yang pertama membentuk program bimbingan yang sistematik untuk sekolah – sekolah awam. Sebagai penguasa kepada Grand Rapids, Michigan, pada tahun 1907, beliau mencadangkan guru-guru bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran bimbingan dalam kelas seminggu sekali. David percaya bimbingan yang bersesuaian membantu mengubati kesakitan dalam masyarakat Amerika.

Clifford Beers, bekas pelajar Vale, pernah mengalami Skizofrenia dan dimasukkan ke institusi sakit mental. Di situ dia dilayan dengan buruk seperti pesakit-pesakit yang lain. Selepas agak pulih, beliau menulis buku yang berjudul  A Mind That He Found Himself yang menjadi laris atau bestseller di pasaran. Buku ini menceritakan pengalaman buruknya  serta pendedahan penderitaan mereka yang dilabel sebagai pesakit mental di institusi mental. Beliau menjadikan bukunya sebagai platform kepada kemudahan-kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat reformasi ke atas rawatan pesakit mental.

Perkembangan tahun 1910-1919-3 peristiwa besar yang berlaku pada dekad ini yang memberikan impak yang mendalam pada perkembangan kaunseling.Peristiwa pertama berlaku pada tahun 1913 iaitu penubuhan National Vocational Guidance Association ( NVGA ) yang mula menerbitkan senaskah buletin pada tahun 1915. Pertubuhan ini menjadikan perintis kepada American Counseling Association ( ACA ).

Apa Itu Kaunseling?

KAUNSELING

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga seorang klien. Kaunseling sebenarnya bukan bererti memberi nasihat walaupun terdapat cadangan yang diberikan. Malahan, kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien tetapi mencari jawapan bersama.

Menurut Rogers (1951), dalam satu proses kaunseling, seorang klien akan menceritakan hal-halnya dari kejadian yang lepas dan beransur kepada yang lebih meruncing sehingga menceritakan 'saya', 'di sini' dan 'pada masa ini' ialah keadaan semasa tentang dirinya sahaja.

Mengikut Patterson (1986), mendefinisikan kaunseling adalah satu lambang yang profesional antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Tujuannya adalah membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan serta belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri.

Menurut pandangan Blocher (1974), kaunseling merupakan satu proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia bergerak balas kepada pengaruh-pengaruh alam sekelilingnya. 

Corey (1977) pula menekankan tentang proses dimana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah kepada dirinya. 

Manakala James (1982) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

BIMBINGAN

Perkataan bimbingan tidak asing dalam bidang kaunseling. Ia adalah proses yang melibatkan seorang individu yang terlatih dengan seorang individu yang memerlukan bantuan. Bimbingan melibatkan proses memberi bantuan, tunjuk ajar, nasihat, membimbing dan sebagainya untuk mencapai matlamat tertentu yang telah ditetapkan sejak awal sesi.

Menurut Gladding (2000), bimbingan merupakan proses membantu individu membuat keputusan yang penting di dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya. Menurut Suradi (1997), bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

Shetzer & Stone (1971), bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Shetzer & Stone juga mengatakan bimbingan ialah memberikan perkhidmatan kepada orang yang normal. Prosesnya pula menunjukkan satu usaha yang berterusan dan banyak langkah yang terlibat untuk mencapai matlamatnya. Menolong iaitu membantu memahami diri termasuklah memahami individu dan juga memahami identiti peribadi sendiri. Manusia meneliti alam sekeliling dengan melihat manusia di sekelilingnya, peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain. 

PSIKOTERAPI

Psikoterapi semakin penting bagi masyarakat kita hari ini. Ia adalah proses rawatan psikologi yang mendalam dan ia memberi fokus kepada perubahan personaliti dan tingkah laku yang dihujung kontinum permasalahan manusia. Psikoterapi sering tidak berlaku dalam sesi kaunseling kerana ia melibatkan rawatan terhadap kecelaruan personaliti yang serius.

Menurut Kamus Dewan (2002), psikoterapi ialah rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi. Mengikut Hamdani (2001), psikoterapi berasal dari kata psyche dan therapy. Ia bermaksud jiwa dan hati, akal dan diri atau bahagian dari diri manusia dari aspek yang lebih bersifat rohaniah.

Menurut Maznah dan Zainal (2003), psikoterapi ialah proses membantu individu bermasalah yang lebih serius. Biasanya ia mengambil masa yang lebih lama dan melibatkan peranan psikiatris yang berkemahiran dalam bidang psikologi dan perubatan.

 Manakala menurut Marks (2004), psikoterapi berfokus kepada rawatan konflik interpersonal yang memberi kesakitan atau keselesaan kepada pesakit. Ia adalah berbeza dengan Latner (1973) yang menyatakan psikoterapi ialah satu teknik yang tidak dapat ditakrif, yang digunakan untuk masala yang tidak khusus dan hasilnya tidak dapat diduga.

Selain itu, Hoehn-Saric (1964), psikoterapi sebagai satu siri interaksi kognitif dan emosi antara pesakit dan emosi yang terbina daripada interaksi member asas kepada perhubungan klien. Manakala Branch (1981), psikoterapi ialah proses dimana dua orang berinteraksi atau berusaha untuk mencapai pemahaman antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat khusus yang menuju ke arah perkembangan diri.

Hamdani (2001) pula mengatakan psikoterapi ialah perubatan penyakit dengan cara kebatinan atau penerapan teknik khusus pada penyembuhan penyakit mental atau pada kesulitan penyesuaian diri setiap hari.

Berdasarkan maksud-maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa istilah psikoterapi mencakupi pelbagai definisi yang kesemuanya dimaksudkan membantu individu yang emosinya tertanggu. Tujuannya untuk mengubah pemikiran, perilaku dan perasaan sehingga dapat mengembangkan potensi dirinya ke arah yang positif.

Life as Student

Update kali ni Fina nak perkenalkan kawan2 sekelas Fina yang sama program dengan Fina..susah senang kami tetap bersama..kami semua 27 orang dan sorang je lelaki..kesian dia takde kawan..sekarang kami semua dah semester 5..tinggal lagi 3 semester je untuk kami bersama..walau apa pun kami tetap rakan sekelas yang best dan awesome lah..!!




Inilah wajah-wajah kami semasa semester 1..masih suci murni dan nampak 
baik-baik belaka..hehe




Ni pula masa semester 2..kami buat kerja lapangan kursus 
perkembangan personaliti di Raudhatus Sakinah 




haa..sudah semester 3..ungu-ungu semuanya pakai baju counselor to be..
masa ni kami yang ajurkan program dan kami yang menjadi pesertanya di Desa Selesa..pelik tapi benar..




Wow..orennya berbaju korporat..jauh ni pegi sampai ke Terengganu untuk
 kursus penyalahgunaan dadah..

Diriku...

Nama saya Nur Shafina Binti Mohamad..tapi semua orang panggil Fina je. Asal dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Umur sekarang dah 22 tahun..dah tua jugak la..masih belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling..pada mulanya saya kurang minat sangat dengan bidang kaunseling ni tapi bila dah belajar rasa macam best pula..ada perkara yang menarik dalam kaunseling ni sebenarnya..tapi tak payah nak cerita la..assignment memang banyak  la kalau jadi student kaunseling ni..pening..tension..stress semua ada kalau tiba masa untuk melaksanakan tugasan..cukup la takat tu dulu pasal diri saya..ehhh jap2 nk tunjuk gambar family saya dan kawan2 baik saya kat UPSI.



Ni la family saya yang serba ungu ni..hehe..saya sorang je anak perempuan dalam family..
yang lagi dua orang tu adik lelaki saya. 


yang ni pulak..kawan2 baik saya kat UPSI..memang best kawan dengan diorang ni..
semua happening kalau crita topik panas dan menarik..hahaha


haa..yang ni la aini..kawan paling baik saya kat UPSI..pegi kelas sama2,,
balik sama2..balik Penang pun sama2..maklumlah kami dua orang je sama negeri dalam kelas..huhu

Thursday, 18 October 2012

Salam dari Fina

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Selamat datang ke blog Fina..InsyaAllah disini kita akan berkongsi ilmu.. nantikan update Fina yang seterusnya.. okay :)


I love B&K
Bimbingan & Kaunseling