Bintang

salji


Wednesday 14 November 2012

Prinsip Utama Bimbingan dan Kaunseling

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kementerian Pelajaran Malaysia (1984)

  1. Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan : Merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Pelajar didik atau dibimbing untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap-sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.
  2. Bimbingan dan kaunseling untuk semua pelajar: Semua pelajar mempunyai peluang mendapatkan pertolongan tanpa mengira latar belakangnya, kaum, agama dan kepercayaan
  3. Pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu. Seorang pelajar, pada keadaan tertentu memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangannya.
  4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya: Bertujuan untuk melayani  keperluan individu supaya ia berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap perkembangan.
  5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajahi tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
  6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa depan dan masa kini : Usaha bimbingan dan kaunseling untuk menjadikan pelajar lebih asertif, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakan sekarang dalam jangka masa yang panjang. 
  7. Bimbingan dan kaunseling menolong pelajar menyedari kelemahan-kelemahan sendiri dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya : Fokus untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengayaan. Tempoh masa yang diberikan perlu mencukupi untuk membenarkan klien
  8. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama : Semua pihak perlu mengembeling tenaga.
  9. Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Perlu mendapatkan maklumat pelajar.
  10. Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.
  11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalamannya.Bimbingan dan Kaunseling merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan pelajar, membantu membuat penyesuaian dan perubahan tingkah laku.
  12. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan persepaduan psikofizikal pelajar.  Pelajar tidak hanya sebagai manusia kognitif sahaja tetapi mempunyai perasaan, sikap, akal dan rohani.
  13. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan mengikut etika kaunseling yang baik. Bertujuan untuk memelihara kebajikan pelajar supaya tidak dianiaya oleh orang yang menolongnya.

No comments:

Post a Comment