PENDEKATAN PEMUSATAN KLIEN
- Manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Individu boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari.
- Asas terapi berpusat klien ialah untuk mewujudkan suatu perhubungan empatik antara kaunselor dengan klien yang membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan, spontan dan perasaan di sini dan ketika ini.
Falsafah
Dasar
- Memandang manusia secara positif
- Manusia memiliki suatu kecenderungan untuk berfungsi sepenuhnya
- Klien mengembangkan potensi dan bergerak ke arah meningkatkan kesedaran, spontan, percaya pada diri dan internal yang terarah.
Konsep
Utama
- Klien mampu sedar tentang masalahnya dan tahu cara mengatasinya
- Kepercayaan diletakkan kpd kesanggupan klien untuk mengarahkan dirinya sendiri
- Kesihatan mental berlaku setelah berlaku keselaran ideal self dengan real self.
- Masalah berlaku apabila ideal self dengan real self ada tidak kongruen.
- Berfokus kepada masa sekarang dan dapat mengekspreskan perasaan.
Individu
bermasalah ….
Manusia bermasalah kerana:
- Konsep kendiri rendah
- Ketidakkongruenan antara persepsi dan pengalaman klien
Tujuan
terapi
- Menyediakan suatu iklim yang aman dan kondusif bagi meneroka diri klien sehingga menyedari halangan diri mereka untuk berkembang dan aspek-aspek pengalaman diri yang negatif
- Membantu klien mampu bergerak ke arah keterbukaan terhadap pengalaman dan meningkatkan kespontanan dan perasaan hidup.
Hubungan
terapuetik
- Hubungan terapis-klien sangat penting
- Kualiti terapis seperti tulen, mesra, empati, memberikan penghargaan dan boleh berkomunikasi dengan baik.
- Hubungan yang nyata dan klien belajar memahami perasaan sendiri
·
Refleksi perasaan
- Sikap mendengar masalah klien dengan penuh minat dan empati
- Mengalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka di mana perasaan klien diterima dan dijelaskan.
- Perhubungan kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan
- Kepermisifan itu mengalakkan pembentukan celik akal yang menyebabkan perubahan tingkah laku
- Kaunselor meletakkan tanggungjawab pada klien untuk tindakan, pemikiran dan keputusan
- Bertoleransi, di mana kaunselor memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikr, merasa dan bertindak; dan ketiadaan struktur membenarkan klien menjelajahi perasan-perasaan secara mendalam.
- Perhubungan merupakan asas bagi pendekatan Pemusatan insan. Ia merupakan permulaan peristiwa yang paling penting.
- Perhubungan kaunselor-klien yang selamat dan saling mempercayai adalah sangat perlu di dalam perhubungan kaunseling pendekatan pemusatan insan.pendekatan pemusatan insan merupakan pendekatan yang bersifat being dalam perhubungan. Pendekatan ini cuba mengelak daripada penggunaan teknik-teknik terhadap klien.
- Tidak ada langkah-langkah atau teknik atau alat-alat yang digunakan kepada klien untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu. Sebaliknya, strategi yang banyak digunakan ialah ke arah pembentukan perhubungan experiential (Gillialand & James, 1998).
Pemaham Empati yang
Fasilitatif
- Pemahaman yang penuh empati bermaksud mempersepsikan dunia klien dari kaca mata klien dan berupaya menyampaikan mesej sedemikian kepada klien.
- Menumpukan perhatian (attending), berkomunikasi secara bahasa, pemahaman yang penuh empati, berkomunikasi secara tanpa bahasa dan penggunaan kesenyapan.
Menumpukan Perhatian
- Kaunselor tidak boleh mencapai pemahaman yang penuh empati tanpa memberikan perhatiannya kepada klien. Perhatian kaunselor kepada klien memerlukan kedua-dua sikap dan kemahiran kaunselor.
- Air muka dan kedudukan badan kaunselor boleh membantu klien sama ada pemilkiran kaunselor selaras atau tidak dengan apa yang dilahirkan dan dirasai oleh klien.
- Satu anggukan yang bersesuaian, kontak mata, senyuman, penerimaan mood klien, keserasian ekspresi, minat yang tulin kepada diri klien akan keprihatianan yang mendalam kesemuanya mengambarkan perhatian kaunselor kepada klien.
- Sebaliknya, terlalu banyak kontek mata, senyuman dan anggukan mungkin membawa makna ketiadaannya atau mungkin meragui dan menganggu klien. Jarak fizikal antara kaunselor-klien juga penting dalam pendekatan penumpuan insan.
- Kualiti suara yang terdiri daripada nada suara, tinggi rendah, kelembutan dan varaisi meberitahu klien darjah kesediaan kaunselor memberi perhatian kepada klien.
Berkomunikasi Secara Bahasa
Pemahaman Yang Penuh Empati
- mesej afektif dan kognitif klien dan memberitahu klien bahawa perasaan dan pemikirannya telah difahami dengan tepat oleh kaunselor pada tahap permukaan (surface) dan juga di tahap yang mendalam (deeper level).
- Klien : Saya rasa tention dengan ujian itu… Saya tak percaya yang saya tidak boleh langsung menjawabnya”
- Kaunselor : “Anda rasa terkejut dan kecewa dengan cara anda menjawab soalan peperiksaan tersebut, terutama bila anda menjangkakan anda boleh melakukannya.”
- peka kepada bukan sahaja kepada segala petanda bahasa dan disampaikan melalui beberapa cara; kedudukan badan (postur), pergerakan badan, air muka, senyuman, kerutan dahi, menggigit bibir, kontek mata dan kualiti suara.
Kesenyapan Sebagai Satu
Cara Menyatakan Pemahaman Empati
- Ada ketika-ketikanya kaunselor dan klien terlalu sibuk berfikir memikirikan mengenai apa yang telah diperkatakan dan diperhatikan. Dalam keadaan ini, kesenyapan atau silence is golden adalah sangat diperlukan bagi kedua-dua pihak untuk memproseskan makna perasaan atau pemikiran masing-masing (Raskin & Rogers).
- Oleh itu kesenyapan adalah strategi yang membolehkan berlakunya respons empati yang mendalam
- Ia membawa makna kepada klien “saya nampak bahawa anda memerlukan masa untuk menguruskan persolaan ini. Saya menghormati kebolehan anda mengendalikan dan saya sentiasa bersama anda untuk memberi sokongan bila anda memerluka “
- Klien : Dia beritahu saya yang dia boleh menghitung dengan jari beberapa kali sahaja saya mengatakan yang saya cintakanya
- Kaunselor : Anda rasa kesal apabila mengetahui yang kawan anda tu kurang yakin dengan perasaan cinta anda terhadapnya
- Klien : Ya..tetapi (tiga minit senyap yang berfikitr. Sebenarnya, saya tidak mahu melukai hatinya. Tapi… saya tak thau sama ada saya benar-benar cintakannya.. dan dia sentaisa mendesak saya…(senyap selama tiga puluh saat). Kadang-kadang saya anggap dia seperti abang saya sahaja… saya rasa ingin lari darinya.
- Kaunselor. Anda tidak pasti apa yang anda mahu sebenarnya…anda percaya apa yang anda miliki sekarang ini sebenarnya bukan sebenarnya yang anda inginkan.
- Klien : (Dua minit senyap yang berfikir). Punca semua ini adaah berbalik semasa saya kecil lagi. Saya adalah anak yang dimanjakan oleh kedua ibu bapa saya. Apa yang saya hajatkan semuanya saya dapat. Saya nak keluar bersama lelaki tersebut. Saya harus keluar bersamanya…. Sebenarnya diri saya adalah apa yang emak saya mahukan. Saya bukan diri saya yang saebenar…saya belum lagi matang. Diri saya sebenarnya adalah seorang kanak-kanak berumur 32 tahun yang belum membesar.
- Dengan kesenyapan kaunselor membenarkan klien meneroka segala aspek dirnya secara terbuka. Klien sebenarnya merasakan bahawa kaunselor bersama-samanya dan tidak pula bertujuan mengubah haluannya.
- Tingkah laku senyap kaunselor memberi peluang klien berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan dirinya dan dirinya sendiri juga yang tahu akan jawapanya.
Suasana
Untuk Perkembangan Diri
- Perhubungan Psikologi
- Tahap Kebimbangan yang Minima
- Keselarasan Kaunselor
- Penerimaan Tanpa Syarat
- Persepsi Klien
No comments:
Post a Comment