MODEL CARA BELAJAR DR
RITA DUNN DAN KENNETH
DUNN
PERSEKITARAN
- selesa belajar di dalam suasana yang tenang dan aman.
- suka kepada kedinginan dan nyaman suasana- ada muzik yang lembut yang menjadi latar belakang semasa anda belajar.
- memerlukan bilik yang cerah dan terang.
- tidak bermasalah belajar di luar kawasan bangunan seperti taman-taman, tepi laut, tepi sungai dan di tepi tasik.
- memilih suasana dan tempat yang paling selesa untuk belajar
EMOSI
- perlukan satu dorongan yang kuat untuk belajar.
- memerlukan dorongan keluarga dan rakan-rakan.
- perlu dicabar dan dirangsang untuk mendapatkan minat untubelajar. Dorongan mungkin berupa luaran ataupun dalaman.
- suasana dan persekitaran perlu ditingkatkan agar rasa untuk belajar timbul di dalam diri anda.
- peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, menggembirakan, melucukan semuannya memberi makna kepada anda untuk meningkatkan lagi minat anda dalam perkara yang anda pelajari.
- Kata-kata perangsang merupakan nadi penggerak untuk anda belajar.
SOSIOLOGIKAL
- perlukan rakan sokongan untuk belajar.
- kurang selesa untuk belajar sendirian. Anda perlu mendengar pendapat dan pandangan orang lain.
- perlukan rakan untuk menerangkan sesuatu perkara yang anda kurang faham. Di samping inginkan pendapat dan pandangan anda didengar oleh orang lain.
- gemar kepada suasana perbincangan, kerjasama, bersoal- jawab, mengemukakan hujah dan memberi ulasan kepada maklumat yang diterima.
- perkara penting di sini ialah orang lain adalah faktor penting untuk belajar. Tanpa mereka suasana belajar anda akan menjadi hambar. Minat belajar akan cepat hilang.
FIZIKAL
- tidak boleh duduk sahaja semasa belajar. Anda memerlukan aktiviti dan pergerakkan yang banyak.
- semasa anda belajar, mungkin anda akan melukis sesuatu, bangun mengambil air, pen, pencil dan seumpamanya.
- belajar sambil berjalan seolah-olah kurang berdisiplin tapi hakikatnya itulah cara suasana belajar
PSIKOLOGIKAL
- belajar menggunakan segala potensi yang ada dalam diri anda.
- kepelbagaian cara dan gaya mendapatkan maklumat dari pembelajaran.
- menganalisis sesuatu dengan tekun dan membuat reflektif terhadap apa yang telah dipelajari.
- menggunakan kemampuan kedua-dua otak kiri dan kanan anda untuk mendapatkan maklumat.
- membaca bermula dari yang asas kepada yang lebih kompleks.
- mengukuhkan konsep kendiri semasa membaca dan memperoleh pengalaman dari bahan bacaan.
MODEL GAYA BELAJAR KOGNITIF
KLOB 1976
- setiap individu ada gaya pembelajaran yg terdiri drp pemperosesan maklumat berdasarkan hemisfera otak berserta pengalaman dari persekitaran (experimential learning) .
- Maklumat & pengalaman dlm bentuk :Konkrit : pengetahuan melalui panca indera Abstrak : pengetahuan yang memerlukan penganalisisan dan penaakulan.
- Pemperosesan maklumat adalah dalam bentuk kontinum dari bentuk aktif seperti mencuba sesuatu kepada bentuk realitif seperti memikirkan dan melihat semula.
- Kolb (19 85 ) : nyatakan 4 Gaya Pbj ; pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konseptualisasi (pembentukan konsep) abstrak dan pengkajian aktif.
- Kolb juga menyatakan 4 kumpulan Gaya Belajar ketika murid berinteraksi dgn maklumat iaitu.konverger, diverger, asimilator dan akomodator.
MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK
Gaya VAK mengandungi tiga aspek ,
iaitu gaya pembelajaran Visual ,
Auditori dan Kinestetik.
GAYA
PEMBELAJARAN VISUAL
- belajar dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer.
- lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan
- “Visual “ tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
- selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.
GAYA
PEMBELAJARAN AUDITORI
- “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.
- boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
- dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
GAYA
PEMBELAJARAN KINESTETIK
- Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
- Mereka biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.
No comments:
Post a Comment