Bintang

salji


Sunday, 11 November 2012

Motivasi Belajar

DEFINISI
  •     ‘Kuasa’ yang menggerakkan seseorang melakukan  sesuatu untuk mencapai matlamat
  • Dorongan, minat, kehendak
  • Bernard (1965) – penggerak yang melibatkan proses membangkit
  • Mengekal dan mengawal minat
  • Slavin (1997) – motivasi seseorang individu berbeza 
  FUNGSI
  •   Energize (memberikan kuasa untuk bertindak)
  •       Direct (mendorong tingkahlaku untuk mencapai matlamat tertentu)
  •       Sustain effort (memastikan usaha tersebut bertahan)

  Jenis Motivasi

     Motivasi Intrinsik (dalaman):
  •      dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran
  •     Harter (1981) lima dimensi. cabaran ; insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu; percubaan penguasaan yang bebas; penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas; dan kriteria dalaman untuk kejayaan
  •      Penghargaan kendiri

   
Motivasi Ekstrinsik (luaran):
  •           rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah
  •  —  Ganjaran – markah, gred, pujian

    Aplikasi Motivasi Belajar:
  •      Tetapkan matlamat
  •      Tahu strategi dan teknik belajar
  •     Kaitkan aktiviti dengan minat pelajar
  •      Rangsangan positif
  •     Perasaan ingin tahu
  •     Peneguhan
  •     Pengalaman pencapaian
  •     Pembelajaran yang menyeronokkan 
  •     Taraf aspirasi

  Teori Motivasi Pencapaian

   McClelland menyatakan 3 keperluan yang penting untuk motivasi kerja
  •     Keperluan Untuk Pencapaian
  1.     Dorongan yang kuat untuk berjaya dan menyiapkan tugas
  2.     Keinginan untuk sentiasa dihadapan, menyelesaian masalah dan menjadi pelajar cemerlang
    • Dikaitkan dengan mereka yang berorientasikan tugas, memerlukan maklumbalas tentang tugas dan gemar situasi yang menawarkan tahap risiko yang sederhana
  •         Keperluan Untuk Kuasa

  1.      Keperluan untuk mengarahkan dan mengawal aktiviti orang lain dan mempunyai pengaruh
  2.      Berorientasikan status dan lebih bermotivasi untuk mendapatkan pengaruh prestij daripada menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat
  •    Keperluan Untuk Affiliasi

  1.      Keinginan untuk disukai dan diterima oleh orang lain. Merekacuba untuk mendapatkan persahabatan, mementingkan hubungan interpersonal.

  Teori Penetapan Matlamat
  •     Dikaitkan dengan Edwin Locke
  •     Menekankan menetapan matlamat yang spesifik dan matlamat yang mencabar
  •          Untuk memastikan pekerja bermotivasi, setiap matlamat mestilah jelas, spesifik, boleh dicapai dan dikira.

  Teori Keperluan Maslow
  •     Pembelajaran berkesan bergantung kepada motif pelajaran sendiri.
  •     Motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan.
  •     Keperluan = kehendak manusia untuk mensempurnakan  keadaan kekurangan, gangguan dan ketidak seimbangan dalam diri

      Konsep Asas Teori Keperluan Maslow
     
          Keperluan manusia :
  •      Keperluan fisiologi – asas (makanan, minuman, oksigen, kepuasan deria, tidur, rehat )
  •      Keperluan psikologi – keperluan sekunder (lahir dari perhubungan dan interaksi antara orang dan persekitaran – keselamatan, kasih sayang, sempurna kendiri dll.)
  Motivasi Intrinsik – kuasa dalaman yg berada dalam perkembanga fisiologikal dan psikologikal manusia.  Kuasa dalaman ini mendorong manusia mengejar kecermelangan.

  Perkaitan antara motivasi dengan hiraki keperluan – apabila individu mendapat kepuasan dlm sesuatu hiraki, keperluan kepada hiraki yg lebih tinggi berlaku secara semula jadi.

Ciri individu yang mencapai  ke peringkat tinggi:
  •  —    Boleh memahami hakikat sebenar.
  •     Mempunyai pemikiran tersendiri.
  •     Boleh menerima diri, orang lain dan alam semula jadi.
  •     Boleh mengikut aliran masa tetapi tidak kehilangan identiti sendiri.
  •     Mempunyai falsafah hidup dan moral sendiri.
  •      Mempunyai minat meluas terhadap pelbagai aktiviti sosial
  •     Mempunyai kawan karib dan suka menolong orang. 
  •          Mengamalkan demokrasi dan mempunyai sifat berjenaka.
  •     Boleh menanggung konflik di antara perasaan kegembiraan dengan kepahitan.

      Implikasi Konsep Keperluan dalam Amalan Bilik Darjah
  •     Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.
  •     Jadikan bilik darjah kondusif.
  •    Bersifat penyayang utk memenuhi keperluan kasih sayang.
  •      Memupuk nilai penghargaan kendiri serta memberi peneguhan  yg sesuai.
  •      Merancang aktiviti p&p mengikut kebolehan pelajar.
  •    Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami dan menerima diri serta terlibat aktif dalam aktiviti sosial.

No comments:

Post a Comment