Kali nak cerita plak masa
semester 3, terdapat sekumpulan murid daripada Sekolah Kebangsaan Taman Bunga
Raya 1, Bukit Beruntung datang melawat ke UPSI. Mereka berhasrat untuk melawat
ke Muzium UPSI dan Perpustakaan Tuanku Bainun. Setelah itu mereka akan bersama
dengan senior Fina untuk menjalankan sedikit program. Fina merupakan salah
seorang AJK dalam program bersama adik2 SKTBR1 ini tetapi Fina dan rakan-rakan
yang lain hanya ditugaskan untuk membawa mereka ke Muzium UPSI sahaja kerana
kami terpaksa menghadiri kuliah selepas itu.
Pada hari kejadian iaitu pada
4/10/2011, Fina memang excited la sebab Fina sendiri tak pernah masuk ke Muzium
UPSI ni walaupun dah setahun bergelar pelajar UPSI, hehehe…maklum la sibuk
dengan pelbagai aktiviti dan tugasan yang perlu disiapkan. Tapi sebelum ni,
bangunan muzium tu pun tengah renovate, so memang tak dibenarkan sape2 pun
masuk la. Baru je buka balik masa adik2 SKTBR1 ni nk datang.
Kami tunggu kehadiran adik2 ni
di bus stop depan library seawal jam 7.45 pagi. Setibanya mereka di sini,
destinasi permulaan mereka adalah ke muzium la. Sebelum memasuki muzium, kami
diberi taklimat ringkas oleh pegawai muzium mengenai serba sedikit sejarah
penubuhan dan peraturan semasa berada di dalam muzium.
Setelah memasuki muzium
tersebut bersama-sama adik2 ini dan guru pengiring, Fina memang teruja dengan
apa yang ada dalam muzium tersebut. Tak pernah masuk la katakan…macam2 ada
seperti barangan lama seperti buku rekod pengajaran dan lain-lain lagi. Memang best
la kat dalam ni..
Setelah selesai melawat
keseluruhan kawasan muzium, adik2 ini akan pergi ke Perpustakaan Tuanku Bainun
pula dan mereka akan diiringi oleh senior Fina untuk seterusnya. Walaupun dalam
masa yang singkat bersama adik2 ini, kenangan ini tak dapat dilupakan sebab
first time dapat masuk muzium..hihihi
No comments:
Post a Comment