Leader dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor.
Dalam kajian Liberman, Yalom dan Miles (1973) telah mengenalpasti peranan
leader yang asas iaitu:
1. Merangsang (stimulate) emosi
2. Mengambil berat
3. Memberi makna (meaning attribution)
4. Pelaksanaan tugas (executive function)
Merangsang emosi melibatkan perlakuan ketua yang berani
meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri dan dia kerap mengambil bahagian
sebagai ahli.
Mengambil berat adalah salah satu fungsi ketua yang
penting kerana melibatkan faktor melindungi, menjadi sahabat dan menunjukkan
kasih mesra.
Memberi makna pula ialah ketua menyediakan ahli
untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan. Pada masa yang
sama, dia menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima.
Melaksanakan tugas melibatkan faktor menentukan tempat
pertemuan yang sesuai, mencadang atau menentukan peraturan dan norma-norma yang
harus dipatuhi oleh ahli kumpulan, menentukan matlamat, masa dan etika
kaunseling kelompok.
Mengikut
Rudestam (1982) fungsi ketua sebagai pakar adalah yang tertua. Dalam setiap
interaksi kumpulan, terdapat banyak peluang bagi ketua untuk membuat komen
tentang interaksi yang berlaku dalam kumpulan tidak kira apa juga teknik dan
kemahiran yang digunakan. Selain itu, fungsi penting ketua juga ialah menggalak
dan mengembangkan interaksi di antara ahli kelompok itu. Ketua yang berjaya berkongsi
fungsi kepimpinannya dengan ahli lain lebih sedia mengetepikan perasaan mereka
dan menggalakkan ahli menolong di antara satu sama lain. Ketua juga mempermudah
sesuatu prose situ berlaku melalui kehadirannya dalam kelompok. Ketua
menggalakkan kumpulan bertindak dan mengarahkan perhatian kumpulan pada
perasaan hati yang sedang dilalui dan kebimbangan yang sedang dialami.
Di
samping itu, ketua juga berperanan untuk menghalang campur tangan dalam
kelompok untuk melindungi hak individu dalam kumpulan. Ini digunakan supaya
setiap ahli dapat menggunakan haknya untuk mengeluarkan pendapat dalam kumpulan
tetapi pada masa yang sama mengekalkan haknya untuk merahsiakan sesuatu.
Seterusnya ketua berperanan untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku
dalam kelompok. Adalah menjadi tugas ketua untuk memastikan sengketa yang
berlaku diselesaikan dalam kelompok dengan suasana yang tenteram dan tenang
supaya penyelesaian dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment