TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN
DAN PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan
membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung
kepada situasi, kecerdasan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca.
Berikut beberapa teknik membaca:
a) Teknik Membaca SQ3R
b) Teknik Membaca KWLH
c) Teknik Directed Reading – Thingking Activity
(DR-TA)(Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)
Teknik
Membaca SQ3R
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar
berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk
menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk
menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori oleh Robinson
(1941).
S-SURVEY (Tinjau)
- Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
- Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.
Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)
- Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
- Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
- Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
- Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
- Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan – peramalan jawapan yang paling relavan.
R-READ (Baca)
- Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
- Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
- Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan.
- Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
- Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini bererti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.
R-RECITE (Imbas kembali)
- Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
- Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
- Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.
R-REVIEW (Baca semula)
- Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
- Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
- Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.
- Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question / pertanyaan.
Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh
maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.
Teknik
Membaca KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar
boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud
pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas
proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA)
amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat
bahan / teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa
yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber
bahan yang perlu dibaca lagi.
K W L H bermaksud:
K (know) – Apa yang
sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau
topik bahan bacaan.
W (what) – Apa yang
hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang
tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa
yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau
topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana
untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana
untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.
Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam
pengajaran? Tujuannya ialah:
(i)Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang
diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
(iii) Pelajar dapat menentukan maklumat
tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah
sediakan.
(iv) Pelajar dapat mengetahui apa yang
diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).
Jadual di bawah sebagai contoh penerapan
proses membaca menggunakan teknik KWLH.
K – know
Apa yang sudah
diketahui
|
W – want
Apa yang hendak
diketahui
|
L – learned
Apa yang telah
diperoleh/dipelajari
|
H – how
Apa lagi
maklumat tambahan yang diperlukan
|
(dalam ruangan ini)
Pelajar dikehendaki mencatat
perkara/maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk/perkara yang hendak
dibincang
|
(dalam ruangan ini)
Pelajar dikehendaki mencatat
perkara/maklumat yang ingin diketahui lebih lanjut berdasarkan tajuk/perkara
yang dibaca. Catatan berdasarkan soalan
|
(dalam ruangan ini)
Pelajar dikehendaki mencatat isi penting
yang diperoleh daripada bacaan yang dibaca berdasarkan tajuk/teks yang
diberi. Pelajar menjawab soalan yang dibina sendiri
|
(dalam ruangan ini)
Pelajar dikehendaki mencatat bagaimana,
bila, dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan
teks/bahan yang diberi. Pelajar boleh membuat cadangan untuk merujuk sumber
lain
|
Teknik
Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA)( Aktiviti Membaca Berfikir
Terarah)
Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel
Stauffer, (1969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina
satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik),
lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam
pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan sari pati / isi maklumat
yang dibaca.
Tujuan teknik DR-TA:
(i)Memberi peluang kepada pelajar untuk
membaca bahan bacaan/teks secara kritis dan reflektif.
(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca
bahan bacaan/teks.
(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran
pelajar tentang topik yang akan dibaca.
(iv) Meminta pelajar mengenal pasti,
mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.
(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan
tujuan membaca.
(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan
bacaan yang dibaca oleh pelajar.
(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan,
pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.
Kelebihan teknik DR-TA
Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam
pelaksanaan pengajaran
bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah.
(i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator
semasa soal jawab, bukan penilai.
(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung
pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya
pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan.
(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca,
strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna.
(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu
konteks untuk memahami makna dalam frasa atau perkataan.
(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua
pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki.
terima kasih.... perkongsian yang amat berguna.
ReplyDelete