- Setiap negara mempunyai pelbagai etnik dan di situlah lahirnya pelbagai budaya yang berbeza kemudian terbentuknya silang budaya.
- Silang budaya wujud di mana-mana tempat atau situasi disebabkan individu yang datang dari latar belakang budaya yang berbeza. Akhirnya ia akan menimbul masalah kepada individu yang berbeza budaya tersebut jika tiada kaedah atau usaha yang diambil untuk menenangkan keadaan sekitarnya.
- Kanselor memainkan peranan yang penting untuk memahami silang budaya tersebut agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan harmoni.
- Semakin banyak golongan pelbagai budaya mendapatkan akses peluang pendidikan dan status pekerjaan yang lebih tinggi, pembimbing kerjaya yang profesional harus bersedia untuk membantu mereka.
Definisi
Budaya
- Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya "sebagai sikap, nilai, kepercayaan, dan tingkah laku yang dimiliki oleh sekelompok orang.
- Ogbu (1990) kebudayaan adalah satu pemahaman manusia secara keseluruhan kepada sosial, fizikal atau kedua-dua sekali.
Isu Kaunseling Silang Budaya
- Budaya kaunselor
Sangat penting untuk
memahami warisan budaya kita sendiri dan pandangan dunia sebelum kita mulai
memahami dan membantu orang lain (Ibrahim, 1985; Lauver, 1986) (falsafah hidup
sendiri dan kemampuan, mengitiraf perbezaan, dan pemahaman tentang kesan
komunikasi)
- Budaya Klien
- Perbezaan Individu
Klien dipengaruhi oleh
ras, etnik, asal kebangsaan, taraf hidup, tahap pendidikan, kelas sosial, dan
peranan seks
Perbezaan Budaya Kerja
- Klien memiliki nilai kerja yang berbeza, termasuk orang-orang dari latar belakang budaya yang berbeza. Nilai orientasi untuk bekerja boleh menjadi sumber konflik serius dan salah faham di tempat kerja.
Praktis
Kaunseling Silang Budaya
Sue dan Sue (1990)
menyatakan bahawa amalan kaunseling tidak boleh diterapkan secara universal
untuk penduduk yang berbeza budaya tanpa mengitiraf perbezaan tersebut. Perwatakan berikut diperlukan untuk menjadi kaunselor
budaya yang berkesan.
- Kemampuan untuk mengenali nilai dan andaian kaunselor mengenai keinginan dalam perilaku manusia.
- Pemahaman kekuatan social, politik yang telah melayani anda mempengaruhi identiti dan perspektif budaya yang berbeza
- Kemampuan untuk berkongsi pandangan dunia kliennya tanpa mengabaikan legitimasinya.
- Kebenaran eklektisisme dalam kaunseling.
Axelson (1993)
mencadangkan asas kesedaran dalam kaunseling masyarakat majmuk, termasuk kesedaran
budaya, kesedaran klien, dan kesedaran prosedur bimbingan kaunseling. Langkah
seterusnya:
- Percaya bahawa semua manusia mempunyai kemampuan seperti pemikiran, perasaan, dan perilaku.
- Berpengetahuan tentang budaya, perbezaan dan persamaan antara individu dari pelbagai kumpulan, keperluan khusus dan masalah mereka.
- Memahami bagaimana individu dimotivasi, apa yang membina peribadinya, bagaimana mereka membentuk pandangan dunianya.
- Masukkan langkah 1, 2 dan 3 semasa proses kaunseling dijalankan.
Teori Terapi Dan Kaunseling Silang Budaya
- Akibat kekurangan teori kaunseling dan amalan yang wujud mada masa kini maka mendorong kepada pengembangan (MCT).
- MCT berkembang kerana bidang kaunseling masa kini harus memiliki pemahaman budaya dan konteks sosial politik daripada perilaku klien yang hadir. Ini bertujuan untuk mengembangkan strategi-strategi intervensi yang sesuai dan menggunakan penilaian yang sesuai.
- “Multicultural Counseling and Therapy (MCT)” ini mempunyai enam bahagian dan setiap bahagian tersebut terdapat pecahan-pecahan yang menerangkan mengenai silang budaya yang bersesuaian dengan keadaan masyarakat yan boleh digunakan oleh kaunselor dalam membantu para kliennya.
Kaunselor
Silang Budaya
- Seorang kaunselor, haruslah keluar daripada sifat atau cara tradisional pada diri masing-masing.
- Kaunselor hendaklah banyak memberi perhatian pada isu-isu melibatkan budaya dan keluarga. Keperluan-keperluan ini dikatakan penting dalam keseimbangan membantu masyarakat dan diri sendiri.
- Berurusan dengan masalah manusia adalah sangat berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Oleh itu kaunselor juga harus dilatih untuk memahami budaya yang berbeza.
Prosedur kaunseling
Kelompok - 2 manual iaitu manual Kaunseling Kelompok dan
Manual Orientasi Kerjaya
- Kompenan Orientasi - berkongsi latarbelakang keluarga, menetapkan objektif dan matlamat, pelaksanaan penglibatan individu dan kumpulan.
- Penerokaan - perbincangan dalam kumpulan mengenai pengujian diri, role play menggunakan model streotype dan perbincangan kumpulan mengenai konsep kendiri berkaitan kerja.
- Kemahiran berkomunikasi dan Menjalinkan hubungan
- Menetapkan Matlamat dan Menangani Masalah
- Kemahiran bekerja yang dimiliki oleh ibu-bapa
- Maklumat Pekerjaan
- Kemahiran Dalam Temuduga
- Tanggapan dalam Dunia Pekerjaan
- Maklumat Pengguna
Pengujian Kerjaya Untuk Silang Budaya
- U.S Employment Service [USES] Pengujian Untuk Budaya Yang Berbeza
Pada awal 1970-an,
keutamaan penyelidikan lebih ke arah mencipta ujian kecergasan yang spesifik
dan orientasi prapercubaan teknik kepada kumpulan budaya. Setelah 10 tahun,
USES mengeluarkan beberapa alat ujian yang mengukur bakat untuk mengembangkan bidang pendidikan dan
program latihan pendidikan untuk golongan yang tidak berpendidikan. Penyelidik
juga telah menjamin kesahan alat ujian tersebut dan sasarannya. Ujian
pengukuran dilengkapi pentafsiran untuk golongan buta huruf, dwibahasa dan
individu tidak berpendidikan dengan peluang yang sama rata untuk menunjukkan
kebolehan.
- BOLT Basic Occupational Literacy Test
Mengukur pencapai
individu dalam pembacaan dan pengiraan. Terdapat 4 bahagian (Kosa kata,
Pemahaman, Pengiraan). Memudahkan penyelidik membangun asas pendidikan bagi keperluan kepada pekerjaan. 4 tahap
dalam pengukuran mengukur pencapaian dari grade 1 hingga 11.
- GATB General Aptitude Test Battery
Mengukur kecergasan
atau bakat (kecerdikan, verbal,
numerical, spatikal, persepsi ruang, koordinasi motor, kemahiran tangan,
kemahiran manual.) NATB adalah adalah alat ukuran sama tetapi untuk golongan
yang tidak boleh membaca.
- SATB Spesific Aptitude Test Battery
Mengukur potensi
individu. Kemahiran yang diperlukan bagi pekerjaan yang spesifik. Pembahagian
norma bagi kumpulan minoriti telah dibuat supaya alat ujian tersebut lebih
efektif.
No comments:
Post a Comment