Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu
tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diberikan hendaklah disimpan
agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini,
dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik
mengingat:
- HAFAL isi yang
dibaca
·
Ingatkan
perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
·
Contohnya
: Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi
terbentuk?”
- Isi DISUSUN
dengan betul
·
Sebutkan
isi yang kamu hafal
·
Ketika
menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.
- Tentukan perkara
yang perlu DIINGAT
·
Pastikan
turutan isi betul
·
Contoh:
Kamu ingin mengingat nama bulan.
·
Pastikan
kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.
- UJI kemampuan
daya ingatan
·
Di
sini kamu perlu memainkan dua watak
i-
Penyoal
ii-
Penjawab
·
Cuba
“soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
·
Jika
kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.
- Lakukan ULANG
KAJI sekerap mungkin
·
Baca,
baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
·
Pembacaan
yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan
- Cuba INGAT
semula apa yang kamu telah baca.
·
Proses
mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a-
Sebelum
tidur
b-
Selepas
tidur
·
Kaedah
ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.
- Menggunakan
Kaedah AKROSTIK
·
Menggunakan
Kepala huruf fakta membentuk ayat.
·
Contoh:
Jenis Kata:
Kata ----> Nama, Kerja,
Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang
Nana Kejar Ayam Keliling
Taman Sana
- Menggunakan
Kaedah BUNYI SEAKAN
·
Gantikan
fakta kepada bentuk cerita
Contoh: Kelas Makanan ----> Lemak,
Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral,
Protein,Karbohidrat
Mak Amin tak Lawas bila
minum Air Mineral dalam Tin
Karat
- Menggunakan
Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
·
Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
·
Contoh:
(654320789) ----> 654…320…789
- Praktikkan
Penggunaan SISTEM IRAMA
·
Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk
irama.
·
Pilih
lagu yang paling kamu gemari.
·
Ingatan
menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.
- Praktikkan
Penggunaan SISTEM GAMBAR.
·
Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu
dihafal.
·
Contoh:
Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.
- Menggunakan
KAEDAH AKRONIM.
·
Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu
perkataan yang perlu diingat.
·
Contoh: Pengelasan Haiwan ----> Reptila, Ikan,
Mamalia,
Burung, Amfibia ----> RIMBA
No comments:
Post a Comment