Bintang

salji


Saturday, 17 November 2012

Program Jati Diri (PROJAD) di SMKTBR1


Assalamualaikum..pengalaman 2 hari bersama adik2 SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung memang menyeronokkan bagi Fina. Fina dan rakan-rakan telah menjalankan program di sana pada 22 dan 23 Oktober 2012. Nama program ini ialah Program Jati Diri (PROJAD) untuk pelajar lepasan PMR seramai 62 orang.

Program dilaksanakan di Dewan Al-Farabi SMKTBR1 yang memang terbaik la sebab ada air cond. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini memberikan kerjasama yang baik kepada kami dan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Banyak kenangan manis semasa kami berada di sana dan adik2 sekolah ini sangat baik dan memang kami tak akan lupakan sampai bila-bila. Banyak aktiviti yang telah dijalankan dan semuanya mendapat sambutan yang hebat daripada peserta. Terima kasih yang tidak terhingga Fina dan rakan-rakan ucapkan kepada pihak sekolah yang membenarkan kami untuk menjalankan program di sini.

Antara modul yang kami jalankan ialah ice breaking, potensi diri, matlamat hidup, kepimpinan, dan team building. Semuanya menarik perhatian pelajar dan mereka kelihatan enjoy dan gembira dengan kedatangan kami ke sana. 

Setibanya di sana



Pendaftaran peserta

Teori Pemusatan Insan - Carl Rogers




PENDEKATAN PEMUSATAN KLIEN
  • Manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Individu boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari.
  • Asas terapi berpusat klien ialah untuk mewujudkan suatu perhubungan empatik antara kaunselor dengan klien yang membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan, spontan dan perasaan di sini dan ketika ini.

Falsafah Dasar
  •  Memandang manusia secara positif
  • Manusia memiliki suatu kecenderungan untuk berfungsi sepenuhnya
  • Klien mengembangkan potensi dan bergerak ke arah meningkatkan kesedaran, spontan, percaya pada diri dan internal yang terarah.

Konsep Utama
  • Klien mampu sedar tentang masalahnya dan tahu cara mengatasinya
  • Kepercayaan diletakkan kpd kesanggupan klien untuk mengarahkan dirinya sendiri
  •  Kesihatan mental berlaku setelah berlaku keselaran ideal self dengan real self.
  • Masalah berlaku apabila ideal self dengan real self ada tidak kongruen.
  • Berfokus kepada masa sekarang dan dapat mengekspreskan perasaan.

Individu bermasalah ….

Manusia bermasalah kerana:
  •  Konsep kendiri rendah
  •  Ketidakkongruenan antara persepsi dan pengalaman klien

Tujuan terapi
  • Menyediakan suatu iklim yang aman dan kondusif bagi meneroka diri klien sehingga menyedari halangan diri mereka untuk berkembang dan aspek-aspek pengalaman diri yang negatif
  • Membantu klien mampu bergerak ke arah keterbukaan terhadap pengalaman dan meningkatkan kespontanan dan perasaan hidup.

Hubungan terapuetik
  • Hubungan terapis-klien sangat penting
  • Kualiti terapis seperti tulen, mesra, empati, memberikan penghargaan dan boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Hubungan yang nyata dan klien belajar memahami perasaan sendiri

Model Kaunseling Kerjaya

Kaunseling Kerjaya
  • Brown & Brook (1986) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direka bentuk untuk membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya.
  • Sidek (2002) menegaskan kaunseling kerjaya merupakan proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan.

Bagaimana Melaksanakan Kaunseling Kerjaya
  1. Proses kaunseling mesti mantap (membina hubungan sehingga penamatan
  2. Mengambil kira teori perkembangan dan pemilihan kerjaya
  3. Penerapan teori kaunseling yang tradisional.

Model Kaunseling Kerjaya
  1. Model berdasarkan kaunseling dan Psikoterapi
  2. Model Tret dan faktor
  3. Model membuat keputusan
  4. Model Super
  5. Model Crites
  6. Model berorientasikan matlamat
  7. Model berbantukan ujian psikologi
  8. Model perkembangan
  9. Model Teori pembelajaran
  10. Model pendekatan kognitif
  11. Model pelbagai budaya

Model Berasaskan Kaunseling dan Psikoterapi

Berdasarkan teori tradisional seperti:

  1. Psikonalisis
  2. Pemusatan Insan
  3. Gestalt
  4. REBT
  5. Realiti
  6. Tingkah laku
  7. Psikologi Individu
  8. Transactional Analisis
  9. Existensial

First Time Masuk Muzium UPSI

Kali nak cerita plak masa semester 3, terdapat sekumpulan murid daripada Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung datang melawat ke UPSI. Mereka berhasrat untuk melawat ke Muzium UPSI dan Perpustakaan Tuanku Bainun. Setelah itu mereka akan bersama dengan senior Fina untuk menjalankan sedikit program. Fina merupakan salah seorang AJK dalam program bersama adik2 SKTBR1 ini tetapi Fina dan rakan-rakan yang lain hanya ditugaskan untuk membawa mereka ke Muzium UPSI sahaja kerana kami terpaksa menghadiri kuliah selepas itu.

Pada hari kejadian iaitu pada 4/10/2011, Fina memang excited la sebab Fina sendiri tak pernah masuk ke Muzium UPSI ni walaupun dah setahun bergelar pelajar UPSI, hehehe…maklum la sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan yang perlu disiapkan. Tapi sebelum ni, bangunan muzium tu pun tengah renovate, so memang tak dibenarkan sape2 pun masuk la. Baru je buka balik masa adik2 SKTBR1 ni nk datang.

Kami tunggu kehadiran adik2 ni di bus stop depan library seawal jam 7.45 pagi. Setibanya mereka di sini, destinasi permulaan mereka adalah ke muzium la. Sebelum memasuki muzium, kami diberi taklimat ringkas oleh pegawai muzium mengenai serba sedikit sejarah penubuhan dan peraturan semasa berada di dalam muzium.

Setelah memasuki muzium tersebut bersama-sama adik2 ini dan guru pengiring, Fina memang teruja dengan apa yang ada dalam muzium tersebut. Tak pernah masuk la katakan…macam2 ada seperti barangan lama seperti buku rekod pengajaran dan lain-lain lagi. Memang best la kat dalam ni..



Perbincangan dengan Kaunselor SMKTBR 1

Assalamualaikum…entri kali ni Fina saja nak kongsikan pengalaman bersama rakan-rakan dalam usaha untuk melakukan perbincangan awal dengan pihak sekolah untuk menjalankan program untuk kursus Pengurusan dan Konsultasi Sekolah. Kumpulan Fina bercadang untuk memilih SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung untuk menjalankan program yang dirancangkan. Hal ini disebabkan oleh sekolah ini lebih dekat dan mudah untuk kami ke sana. Perancangan awal kami adalah untuk menjalankan program di SMK Air Kuning, Kampar tetapi banyak halangan yang tidak dapat dielakkan. Kami terpaksa mencari sekolah lain dan kami memilih SMK Taman Bunga Raya 1. Perbincangan antara kami telah mendapat kata sepakat untuk menjalankan Program Jati Diri. Harapan kami semoga pihak sekolah dapat menerima kehadiran kami dan membenarkan kami untuk menjalankan program di sekolah tersebut.

Pada hari kejadian, Fina dan rakan-rakan iaitu Pazilah, Aini, Ain dan Zaini pergi ke SMK Taman Bunga Raya 1 untuk menjalankan perbincangan dengan kaunselor sekolah. Sampainya kami di sana, kami mendapati persekitaran sekolah tersebut sangat cantik kerana dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Sekolah ini kelihatan ceria sekali.
Kami dibawa ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling oleh sekumpulan pelajar. Wah..cantiknya bilik kaunseling sekolah ni hati Fina berkata. Rakan-rakan yang lain juga turut berkata hal yang sama. Bilik kaunseling sekolah ini sangat besar, cantik dan teraputik sekali. Maklumlah sekolahnya pun cantik kan. Selepas itu, kami memulakan perbincangan dengan kaunselor sekolah iaitu Puan Sabariah Buyung.

Setelah berbincang, kami telah diberi tarikh yang berkemungkinan boleh untuk menjalankan program iaitu 22 dan 23 Oktober 2012. Walau bagaimanapun, kaunselor sekolah akan memaklumkan tarikh sebenar kepada kami secepat yang mungkin. Pihak sekolah hanya membenarkan kami menjalankan program kepada pelajar tingkatan 3 sahaja kerana mereka sudah tamat peperiksaan PMR. Pelajar lain pada masa itu akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah. Kami berasa lega kerana semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. 






Harapan kami semoga sekolah ini dapat meluluskan permohonan kami untuk menjalankan program yang telah dirancang dan dapat memberikan kerjasama yang baik. :)


Kaunseling Kerjaya Silang Budaya

Pengenalan
  • Setiap negara mempunyai pelbagai etnik dan di situlah lahirnya pelbagai budaya yang berbeza kemudian terbentuknya silang budaya.
  • Silang budaya wujud di mana-mana tempat atau situasi disebabkan individu yang datang dari latar belakang budaya yang berbeza. Akhirnya ia akan menimbul masalah kepada individu yang berbeza budaya tersebut jika tiada kaedah atau usaha yang diambil untuk menenangkan keadaan sekitarnya.
  • Kanselor memainkan peranan yang penting untuk memahami silang budaya tersebut agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan harmoni.
  • Semakin banyak golongan pelbagai budaya mendapatkan akses peluang pendidikan dan status pekerjaan yang lebih tinggi, pembimbing kerjaya yang profesional harus bersedia untuk membantu mereka.
Definisi Budaya
  • Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya "sebagai sikap, nilai, kepercayaan, dan tingkah laku yang dimiliki oleh sekelompok orang.
  • Ogbu (1990) kebudayaan adalah satu pemahaman  manusia secara keseluruhan  kepada sosial, fizikal atau kedua-dua sekali.
Isu Kaunseling Silang Budaya

  1. Budaya kaunselor
Sangat penting untuk memahami warisan budaya kita sendiri dan pandangan dunia sebelum kita mulai memahami dan membantu orang lain (Ibrahim, 1985; Lauver, 1986) (falsafah hidup sendiri dan kemampuan, mengitiraf perbezaan, dan pemahaman tentang kesan komunikasi)

  1. Budaya Klien
  2. Perbezaan Individu
Klien dipengaruhi oleh ras, etnik, asal kebangsaan, taraf hidup, tahap pendidikan, kelas sosial, dan peranan seks   

Perbezaan Budaya Kerja
  • Klien memiliki nilai kerja yang berbeza, termasuk orang-orang dari latar belakang budaya yang berbeza. Nilai orientasi untuk bekerja boleh menjadi sumber konflik serius dan salah faham di tempat kerja.
Praktis Kaunseling Silang Budaya

Sue dan Sue (1990) menyatakan bahawa amalan kaunseling tidak boleh diterapkan secara universal untuk penduduk yang berbeza budaya tanpa mengitiraf perbezaan tersebut. Perwatakan  berikut diperlukan untuk menjadi kaunselor budaya yang berkesan.
  • Kemampuan untuk mengenali nilai dan andaian kaunselor mengenai keinginan  dalam perilaku manusia.
  • Pemahaman kekuatan social, politik yang telah melayani anda mempengaruhi identiti dan perspektif budaya yang berbeza
  • Kemampuan untuk berkongsi pandangan dunia kliennya tanpa mengabaikan legitimasinya.
  • Kebenaran eklektisisme dalam kaunseling.

Axelson (1993) mencadangkan asas kesedaran dalam kaunseling masyarakat majmuk, termasuk kesedaran budaya, kesedaran klien, dan kesedaran prosedur bimbingan kaunseling. Langkah seterusnya:
  • Percaya bahawa semua manusia mempunyai kemampuan seperti pemikiran, perasaan, dan perilaku.
  • Berpengetahuan tentang budaya, perbezaan dan persamaan  antara individu dari pelbagai kumpulan,  keperluan khusus dan masalah mereka.
  • Memahami bagaimana individu dimotivasi, apa yang membina peribadinya, bagaimana mereka membentuk pandangan dunianya.
  • Masukkan langkah 1, 2 dan 3 semasa proses kaunseling dijalankan.

Choice Theory Reality Therapy

TERAPI REALITI

Pengenalan

Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965. realiti adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindakbalas dengan dunia persekitaran mereka melalui kaawalan penilaian  dalaman internal locus of evaluation. Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.

Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh  itu dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah  banyak masalah yang menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan  mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata  yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.

Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai guru, dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga menolak konsep sakit jiwa yang dipolopori oleh teori psikoanalisis.

Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.

Friday, 16 November 2012

Lawatan ke Jabatan Psikiatri, PPUKM

Assalamualaikum..entri kali ni Fina nak ceritakan sedikit bagaimana pandangan Fina terhadap isu kesihatan mental kerana sebelum ini Fina pernah mengikuti lawatan ke Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam kursus Psikologi Abnormal. Fina dan rakan-rakan bersama pensyarah iaitu Cik Amelia pergi ke sana pada 17/10/2011. Lawatan ini bertujuan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah kesihatan mental yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

PANDANGAN AWAL TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Isu kesihatan mental menjadi salah satu perkara yang membimbangkan masyarakat kita pada hari ini. Mental seseorang yang sihat tidak bermakna akan terlepas daripada sebarang penyakit mental. Hal ini amat penting untuk kita memahami maksud sebanar mental yang sihat.

Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, kesihatan mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif, afektif , emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.

Pandangan saya sebelum ini terhadap isu kesihatan mental hanyalah bertumpu kepada masalah mental semata-mata atau dalam erti kata lain iaitu ‘tidak siuman’ dan pesakitnya ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa. Selain itu, saya juga berpandangan bahawa penyakit mental ini hanya mempunyai sejenis penyakit sahaja. Pada hakikatnya, masalah ini mempunyai  dan terdiri daripada pelbagai kategori dan jenis penyakit. Contohnya, kemurungan dan schizophrenia.

Wednesday, 14 November 2012

Halatuju Profesion Kaunseling


TEKNOLOGI BARU DAN AKTIVITI ASAS KAUNSELOR
  • Teknologi baru memberikan perbendaharaan dan definisi baru bagi istilah lama. Di antara istilah yang perlu kaunselor ketahui iaitu :
        Internet
        Website (laman web)
        World wide web (www)
        Distance Education
        CD-ROMs
        The Information Highway
        List serves
        “Search Engines
        E-mail
  •  E-mel sbg sumber bagi individu untuk mendapatkan bantuan dari profesional kesihatan mental.
  • Dalam hub awal, proses penilaian boleh dilakukan terhadap klien dgn ujian berbantukan komputer, akses maklumat yg bersesuaian dgn keperluan klien, perbandingan data jika perlu.
  • Dapat memberikan banyak maklumat,cepat dan tepat serta menjimatkan masa.
  • Teknologi ini boleh diaplikasikan dengan berjaya peluang pekerjaan, pendidikan, maklumat perkerjaan, biasiswa dan kerja:
  • Di antaranya, www.counseling.org, kaunselor mendapatkan maklumat kerjaya seperti www4.usnews.com/usnews/edu/beyond/bccguide.htm; maklumat latihan dan pendidikan, www.utexas.edu/word/univ/; peluang pekerjaan spt 
  • Pencarian internet yang luas, boleh diakses dengan spesifik bagi tujuan penilailan. Banyak inventori yang boleh diperolehi spt Career Interests Game (www.missouri.edu/~cppcwww/hollands.html) serta deskripsi kerjaya  melalui Occupational Outlook Handbook (http://stats.bls.gov/ocohome.htm)
KAUNSELING DAN INTERNET
  • Terdapat beberapa keadaan kaunselor boleh merujuk dan membantu klien menggunakan internet seperti mendapatkan maklumat dan data
  • Perlu memahami tidak semua klien berkemahiran menggunakan internet.
  • Penggunaan internet berkesan di dalam kaunseling individu mengikut urutan berikut:

a)    Kenalpasti dan jelas tentang masalah klien
b)  Kenalpasti laman internet yang berpotensi untuk mendapatkan maklumat yang selamat selaras dengan keperluan klien
c)     Membuat penilaian maklumat yang selamat melalui pencarian internet
d)     Aplikasi terhadap maklumat klien
e) Menilai hasil dari sudut kepuasan klien dan juga resolusi keperluan mereka.

Model Gaya Belajar 2


Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford

Menurut Honey dan Mumford (1992), gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

i.              Aktivis

Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ’obses’ terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci. Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka kebiasaannya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran.
Golongan pelajar ini tidak memerlukan dorongan daripada orang lain ataupun menunggu seseorang yang akan memberi dorongan kepadanya. Mereka lebih selesa untuk mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada persekitaran dirinya sendiri. Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru dalam pembelajaran serta persekitarannya.

Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz

Prinsip Utama Bimbingan dan Kaunseling

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kementerian Pelajaran Malaysia (1984)

  1. Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan : Merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Pelajar didik atau dibimbing untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap-sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.
  2. Bimbingan dan kaunseling untuk semua pelajar: Semua pelajar mempunyai peluang mendapatkan pertolongan tanpa mengira latar belakangnya, kaum, agama dan kepercayaan
  3. Pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu. Seorang pelajar, pada keadaan tertentu memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangannya.
  4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya: Bertujuan untuk melayani  keperluan individu supaya ia berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap perkembangan.
  5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajahi tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
  6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa depan dan masa kini : Usaha bimbingan dan kaunseling untuk menjadikan pelajar lebih asertif, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakan sekarang dalam jangka masa yang panjang. 
  7. Bimbingan dan kaunseling menolong pelajar menyedari kelemahan-kelemahan sendiri dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya : Fokus untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengayaan. Tempoh masa yang diberikan perlu mencukupi untuk membenarkan klien
  8. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama : Semua pihak perlu mengembeling tenaga.
  9. Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Perlu mendapatkan maklumat pelajar.
  10. Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.
  11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalamannya.Bimbingan dan Kaunseling merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan pelajar, membantu membuat penyesuaian dan perubahan tingkah laku.
  12. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan persepaduan psikofizikal pelajar.  Pelajar tidak hanya sebagai manusia kognitif sahaja tetapi mempunyai perasaan, sikap, akal dan rohani.
  13. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan mengikut etika kaunseling yang baik. Bertujuan untuk memelihara kebajikan pelajar supaya tidak dianiaya oleh orang yang menolongnya.

Tuesday, 13 November 2012

Kemahiran Mengingat


Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diberikan hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

  1. HAFAL isi yang dibaca
·         Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
·         Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

  1. Isi DISUSUN dengan betul
·         Sebutkan isi yang kamu hafal
·         Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

  1. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
·         Pastikan turutan isi betul
·         Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
·         Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

Teknik Membaca



TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN

Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi, kecerdasan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca.

Berikut beberapa teknik membaca:

      a)   Teknik Membaca SQ3R
      b)   Teknik Membaca KWLH
   c) Teknik Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA)(Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)

Peranan Leader dalam Kaunseling Kelompok


Leader dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor. Dalam kajian Liberman, Yalom dan Miles (1973) telah mengenalpasti peranan leader yang asas iaitu:

          1.   Merangsang (stimulate) emosi
          2.   Mengambil berat
          3.   Memberi makna (meaning attribution)
          4.   Pelaksanaan tugas (executive function)

Merangsang emosi melibatkan perlakuan ketua yang berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri dan dia kerap mengambil bahagian sebagai ahli.

Mengambil berat adalah salah satu fungsi ketua yang penting kerana melibatkan faktor melindungi, menjadi sahabat dan menunjukkan kasih mesra.

Memberi makna pula ialah ketua menyediakan ahli untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan. Pada masa yang sama, dia menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima.

Melaksanakan tugas melibatkan faktor menentukan tempat pertemuan yang sesuai, mencadang atau menentukan peraturan dan norma-norma yang harus dipatuhi oleh ahli kumpulan, menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling kelompok.
 
Mengikut Rudestam (1982) fungsi ketua sebagai pakar adalah yang tertua. Dalam setiap interaksi kumpulan, terdapat banyak peluang bagi ketua untuk membuat komen tentang interaksi yang berlaku dalam kumpulan tidak kira apa juga teknik dan kemahiran yang digunakan. Selain itu, fungsi penting ketua juga ialah menggalak dan mengembangkan interaksi di antara ahli kelompok itu. Ketua yang berjaya berkongsi fungsi kepimpinannya dengan ahli lain lebih sedia mengetepikan perasaan mereka dan menggalakkan ahli menolong di antara satu sama lain. Ketua juga mempermudah sesuatu prose situ berlaku melalui kehadirannya dalam kelompok. Ketua menggalakkan kumpulan bertindak dan mengarahkan perhatian kumpulan pada perasaan hati yang sedang dilalui dan kebimbangan yang sedang dialami.

Di samping itu, ketua juga berperanan untuk menghalang campur tangan dalam kelompok untuk melindungi hak individu dalam kumpulan. Ini digunakan supaya setiap ahli dapat menggunakan haknya untuk mengeluarkan pendapat dalam kumpulan tetapi pada masa yang sama mengekalkan haknya untuk merahsiakan sesuatu. Seterusnya ketua berperanan untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku dalam kelompok. Adalah menjadi tugas ketua untuk memastikan sengketa yang berlaku diselesaikan dalam kelompok dengan suasana yang tenteram dan tenang supaya penyelesaian dapat dicapai. 

Perbezaan antara Bimbingan Kelompok, Kaunseling Kelompok dan Kaunseling Individu

Bimbingan Kelompok
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Individu
  · Proses memban tu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini.

     ·         Melibatkan proses memberi bantuan, tunjuk ajar, nasihat, membimbing dan sebagainya untuk mencapai matlamat tertentu.
     ·         Kaunseling kelompok ialah proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Fokus kaunseling kelompok ialah menolong ahli menghadapi masalah penyesuaian dan perkembangan diri.

     ·         Kaunseling individu ialah satu perhubungan bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
     ·         Bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai.



      ·         Proses teraputik berlaku di antara kaunselor dengan beberapa orang individu dan di antara individu dengan individu lain dalam kelompok itu.
    ·         Proses teraputik terhad dan hanya berlaku di antara kaunselor dan klien sahaja
    ·        Memusatkan perhatian kepada pemberi dan pengumpul maklumat untuk kumpulan yang besar dari masa ke semasa seperti di sekolah.
   ·         Tiap-tiap individu berpeluang memainkan peranan sebagai orang yang memberi dan menerima pertolongan.
     ·         Pertolongan datang daripada pihak kaunselor sahaja.
     ·         Interaksi kaunselor dalam BK tidak begitu rapat dan terbatas kerana biasanya kumpulan ahli adalah besar.
   ·         Kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli kelompok yang lain..
    ·         Fungsi kaunselor tidak berubah
    ·         Suasana mempercayai tidak perlu dibina dalam BK terutama jika tujuannya semata-mata memberi maklumat.
   ·         Suasana selesa dan mempercayai  agak suka dibentuk kerana ahlinya terlalu ramai dan mempunyai pelbagai ragam selain rasa terancam adalah tinggi.
   ·         Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk kerana interaksi berlaku di antara dua orang individu sahaja.
     ·         Dalam BK tidak ada cabaran terhadap kaunselor untuk menggunakan kemahiran mengendalikan kumpulan.
    ·         Ahli kelompok mendapat perhatian daripada ahli-ahli yang lain dan juga daripada kaunselor.
    ·         Klien mendapat respons daripada kaunselor sahaja.
     ·         Faktor kerahsiaan sukar untuk dijamin dalam kelompok kerana ahlinya ramai.
    ·             Aspek kerahsiaan lebih senang diikat dan dipatuhi.