Bintang

salji


Tuesday, 30 October 2012

Sejarah Kaunseling


Perkembangan tahun 1900-1909 -Dalam dekad ini , 3 orang tokoh yang bergabung sebagai ketua dalam perkembangan kaunseling iaitu Frank Parson, Jesse B.Daris dan Clifford Beerrs.

Pada tahun 1906, Eli Weaver menulis buku yang bertajuk Choosing A Career. Dua tahun berikutnya iaitu pada tahun 1908,Frank Parson mempelopori pembukaan Biro Vokasional (Boston Vokasional Bereau) bertempat di Boston. Biro ini berperanan menyediakan keperluan vokasional kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari pekerjaan dan melatih guru-guru berkhidmat sebagai kaunselor vokasional. Guru-guru ini membantu memilih pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah-sekolah vokasional dan membuat peralihan dari alam persekolahan ke alam pekerjaan yang sesuai.

Setahun berikutnya (1909), buku Choosing a Vocation diterbitkan setahun selepas berliau meninggal dunia. Buku ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh kaunselor-kaunselor dan teknik yang dapat digunakan dalam proses kaunseling vokasional. Buku ini dibahagikan kepada bidang iaitu penyelidikan peribadi, penyelidikan industri dan organisasi serta pekerjaan.

Jesse B. Daris pula orang yang pertama membentuk program bimbingan yang sistematik untuk sekolah – sekolah awam. Sebagai penguasa kepada Grand Rapids, Michigan, pada tahun 1907, beliau mencadangkan guru-guru bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran bimbingan dalam kelas seminggu sekali. David percaya bimbingan yang bersesuaian membantu mengubati kesakitan dalam masyarakat Amerika.

Clifford Beers, bekas pelajar Vale, pernah mengalami Skizofrenia dan dimasukkan ke institusi sakit mental. Di situ dia dilayan dengan buruk seperti pesakit-pesakit yang lain. Selepas agak pulih, beliau menulis buku yang berjudul  A Mind That He Found Himself yang menjadi laris atau bestseller di pasaran. Buku ini menceritakan pengalaman buruknya  serta pendedahan penderitaan mereka yang dilabel sebagai pesakit mental di institusi mental. Beliau menjadikan bukunya sebagai platform kepada kemudahan-kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat reformasi ke atas rawatan pesakit mental.

Perkembangan tahun 1910-1919-3 peristiwa besar yang berlaku pada dekad ini yang memberikan impak yang mendalam pada perkembangan kaunseling.Peristiwa pertama berlaku pada tahun 1913 iaitu penubuhan National Vocational Guidance Association ( NVGA ) yang mula menerbitkan senaskah buletin pada tahun 1915. Pertubuhan ini menjadikan perintis kepada American Counseling Association ( ACA ).


Mulai tahun 1921 pula, National Vocational Guidance Buletin mula dikeluarkan secara tetap. Beberapa tahun kemudian, ia mula berkembang secara beransur-ansur dan bertukar kepada National Vocational Guidance Magazine (Majalah,1924-1933), Occupations : The Vocational Guidance Magazine ( 1933-1944), Personnel and Guidance Journal ( 1952-1984) dan akhirnya Journal of Counseling and Development ( 1984- kini ).

Perkhidmatan kaunseling dikenali dengan meluas kerana pihak tentera mula memperkenalkan ujian psikometrik, ujian psikologi, Army Alpha, Army Beta dalam pemilihan ketenteraan. Manakala, Otis Questionnaire Perang Dunia Pertama adalah peristiwa ketiga terpenting pada dekad ini. Semasa peperangan, digunakan untuk orang awam.

Perkembangan tahun 1920-1930  - Pada tahun 1920-an , perkembangan bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi semakin mantap.Pendidikan untuk kaunselor yang bermula di Universiti Harvard pada tahun 1911, menekankan bimbingan vokasional menjelang tahun 1920-an.

Satu peristiwa penting berlaku menjelang  pertengahan tahun 1920-an iaitu persijilan kaunselor-kaunselor di Boston dan New York (Lee, 1996). Peristiwa berikutnya dalam dekad ini adalah penubuhan Pusat Kaunseling keluarga dan Perkahwinan  di New York oleh Abraham dan Hannah Stone pada tahun pada tahun 1929. Sepanjang dekad ini , perkhidmatan bimbingan mendapat tempat di kalangan masyarakat Amerika. Pada masa yang sama, Perkhidmatan Vokasional mula berkurangan. Para kaunselor mula melebarkan fokus mereka melewati perkara-perkara vokasional  kepada isu-isu personaliti  seperti yang dianjurkan dalam kaunseling kerjaya.

Perkembangan tahun 1930-an - Dalam dekad ini,satu kejayaan besar dicatatkan iaitu pembangunan teori kaunseling yang pertama yang diformulasikan oleh E.G. Williamson dan rakan-rakannya termasuk John Darley dan Donald Paterson di Universiti Minnessota. Williamson  mengubah suai teori Parson dan menggunakannya ke atas pelajar-pelajar dan mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Menurut Williamson, setiap individu mempunyai trait contohnya personaliti, pencapaian sikap dan minat. Teori ini adalah teori kaunseling pertama yang dikenali sebagai Minnesota Point of View.

Perkembangan tahun 1940-an- 3 peristiwa besar yang berlaku dalam dekad ini iaitu Teori Carl Rogers, Perang Dunia Kedua dan penyertaan kerajaan dalam kaunseling selepas peperangan. Carl Rogers menempa kemasyhuran menjelang tahun 1942 dengan penerbitan bukunya iaitu Counseling and Psycotheraphy yang menjadi saingan hebat kepada teori Williamson (pemusatan kaunselor) dan psikoanalisis oleh Sigmund Freud.

Peristiwa Perang Dunia kedua menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memerlukan lebih ramai kaunselor dan ahli psikologi bagi membantu memilih serta melatih pakar-pakar dalam ketenteraan.

Selepas tamat peperangan, Amerika Syarikat Veteran Administration ( VA ) memperuntukkan dana bagi melatih kaunselor-kaunselor dan ahli-ahli psikologi lalu menukar mereka kepada ahli psikologi kaunseling yang mana berakhir sebagai satu profesion.

Perkembangan tahun 1950-an- “If One Decade in History had to be Signed Out for the Most Proford Impact on Counselors,it Would Be The 1950’s” ( Aubrey, 1977,p.292 ). “ Sekiranya satu dekad dalam sejarah perlu dipilih sebagai dekad yang memberikan impak yang besar ke atas kaunselor-kaunselor pastilah ia dekad ke 1950-an” ( Aubrey,1977,p.292 )

American Personnel and Guidance Association ( APGA ) ditubuhkan pada tahun 1952 bertujuan mengorganisasi minat kumpulan secara formal dalam bimbingam, kaunseling dan hal-hal berkaitan personel. Pertubuhan ini menjadi perintis kepada American Counseling Association Division 17 (Psikologi Kaunseling) daripada American Counseling Association dibentuk.

National Defence Education  Act ( NDEA ) digubal. Beberapa teori baru ditemui antaranya transaksional analisis dan terapi rasional emotif. Teori- teori ini memberikan saingan kepada teori-teori sebelumnya iaitu psikoanalisis, behavioris, faktor-faktor trait dan pemusatann klien.

Perkembangan 1960-an- Penekanan diberikan pada isu-isu pembangunan dalam kaunseling. Gilbert Wrenn menerbitkan buku The Counselor in  A Changing World Leong Tyler pula menulis dengan panjang lebar yang menyentuh kaunseling dan psikologi.

Kaunseling behavioural muncul sebagai satu teori kaunseling yang kuat yang dipelopori oleh John Krumboltz melalui bukunya Revolution in Counseling pada tahun 1966. Greyston Conferens, 1964 membantu mentakrifkan psikologi kaunseling.

Perkembangan tahun 1970-an- Kepelbagaian latar-latar kaunseling. Pertubuhan Kaunseling secara mendadak di luar institusi pendidikan bermula pada dekad ini. Pusat-pusat kesihatan mental dan agensi-agensi masyarakat mula menawarkan peluang pekerjaan kepada kaunselor.

Program kemahiran membantu : Tahun 1970-an menyaksikan perkembangan program-program kemahiran  membantu yang memberi penumpuan pada kemahiran menjalankan perhubungan dan komunikasi. Dimulakan oleh Truax dan Carkhaff (1967) dan Ivey (1971),program-program yang mengajar kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Trend ini adalah versi baru daripada konsep Brewer berkaitan pendidikan sebagai bimbingan.

Pada tahun 1973, Association of Counselor Educators and Supervisors (ACES) membuat satu garis panduan yang standard bagi peringkat pensarjanaan dalam bidang kaunseling.

Perkembangan tahun 1980-an - Tahun 1980-an menyaksikan kesinambungan perkembangan perkhidmatan kaunseling sebagai satu kejayaan. Di antara perkara yang penting berlaku adalah pemiawaian dalam latihan-latihan dan pensijilan kaunselor-kaunselor, pengiktirafan kaunseling sebagai satu kerjaya, meningkatkan bidang-bidang perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada pembangunan dan perkembangan mansusia.
  1. Pembentukan Lembaga Akreditasi Kaunseling dalam Bidang Pendidikan Berkaitan atau Council for Accreditation and Delated Education Programs (CACREP).
  2. Pengukuhan Lembaga Kaunselor Kebangsaan atau National Board of Certified Councelors (NBCC)
  3. In a Different Voice oleh Carol Gilligan memfokus pada kepentingan kajian ke atas wanita dan isu-isu wanita dalam kaunseling.
Perkembangan tahun 1900- Dekad ini melihat perubahan evolusi kerjaya dalam kaunseling.Satu perubahan penting adalah pada tahun 1992 iaitu AAAD  ditukar namanya kepada American Counseling Association 
(ACA). Pada tahun 1922 juga, kaunseling diberi pengiktirafan dalam perkhidmatan kesihatan mental. Isu-isu spiritual dalam kaunseling juga dibicarakan secara terbuka. 

Perkembangan tahun 2000 hingga kini- Era yang memerlukan kaunselor berurusan dengan masalah krisis trauma dan tragedi disebabkan oleh peningkatan keganasan di sekolah dan ancaman pengganas. Dekad ini juga melihat perkembangan penggunaan teknologi dalam kaunseling. Selain itu,  ACA menjadi semakin kukuh sebagai organisasi profesional.

No comments:

Post a Comment