DEFINISI
- Corey, G. (1978). Theory and Practice of Group Counseling. Tujuan kaunseling kelompok ialah pencegahan dan pengubatan. Kaunseling kelompok mempunyai satu matlamat/fokus yang tertentu seperti pembelajaran, kerjaya, masalah peribadi atau sosial. Ini mementingkan perhubungan individu yang menekankan aspek kelakuan, fikiran dan perasaan secara sedar. Biasanya kaunseling kelompok berkisar di sekeliling penyelesaian masalah. Isi dan fokus perbincangan ditentukan oleh ahli yang terdiri daripada individu yang normal. KK memberi sokongan dan simpati, yang perlu bagi membina suasana percaya-mempercayai untuk menggalakkan ahli secara sukarela berkongsi pengalaman dan pendapat. KK dijalankan di tempat yang tertentu seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, klinik dan hospital. Fungsinya ialah untuk perkembangan diri ahli dan fokusnya pada usaha mencari kekuatan dalaman diri tiap-tiap orang ahli (internal resources of strength).
- Gazda, Ducan dan Meadows (1967). KK ialah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana percaya-mempercayai., penerimaan, faham-memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Faedah terapi dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok biasanya terdiri daripada individu yang normal yang tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Ahli boleh menggunakan interaksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk meninggikan rasa faham dan penerimaan nilai dan matlamat hidup sendiri serta menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini.
- Gibson dan Mitchell (1981). Introduction to Guidance. KK boleh dianggap sebagai satu proses penyesuaian diri yang rutin atau satu kumpulan yang menyediakan pengalaman perkembangan diri ahli. Fokus KK ialah menolong ahli menghadapi masalah penyesuaian dan perkembangan diri seharian. Contoh yang diberi berdasarkan kepada perubahan kelakuan, mempertingkatkan kemahiran berhubung, mengubah sikap dan nilai, atau merancang kerjaya serta membuat keputusan dalam hidup.
- Menolong setiap ahli kelompok mengenal dan memahami diri masing-masing.
- Ahli kelompok dapat menerima diri seperti diri sendiri dan menganggap dirinya manusia berguna.
- Membina kemahiran berhubung di antara ahli kelompok agar membolehkan mereka menggunakannya di dunia luar.
- Membina kepekaan kepada keperluan orang lain. Hasilnya ia bertanggungjawab terhadap kelakuan sendiri. Menolong ahli menghargai perasaan orang lain dan ini berupaya menjalinkan rasa simpati dan empati mereka.
- Meningkatkan kebolehan mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai tujuan hidup dan ini kemudian menolong mereka dalam perhubungan di luar dan di dalam pekerjaan seharian.
- Menolong ahli kelompok membina kemahiran mendengar dengan empati. Ini membolehkan mereka memahami perasaan yang tersembunyi di sebalik kata-kata yang dikeluarkan.
- Membolehkan ahli kelompok menyatakan perasaannya dengan jujur dan tepat.
- Menolong ahli kelompok menentukan matlamat tersebut yang boleh ditukar dan dilihat melalui kelakuan mereka. Ini dapat mengikat untuk berusaha mencapai matlamat itu.
- Menolong ahli kelompok membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain. Ini menimbulkan rasa selamat apabila menjalankan tugas dan menghadapi cabaran hidup.
- Menolong ahli kelompok membina semangat dan kewibawaan mengahadapi risiko dan menunjukkan kepada mereka bahawa risiko juga mempunyai ganjaran yang tinggi. Perkembangan diri tercapai melalui berkongsi pengalaman.
INDIVIDU YANG PERLUKAN KAUNSELING KELOMPOK
Mengikut Shertzer dan Stone (1976) kaunseling kelompok ditubuhkan untuk individu seperti berikut:
- Individu yang perlu mempelajari dan memahami pelbagai jenis manusia yang berbeza-beza dan bagaimana mereka memandang sesuatu isu atau perkara.
- Individu yang perlu mempelajari bagaimana menghormati orang lain, terutama orang yang asing atau berbeza dengan diri mereka.
- Individu yang perlu mempelajari kemahiran sosial seperti kemahiran berhubung dengan orang lain dan berkomunikasi dengan berkesan.
- Individu yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk merasakan dirinya dipunyai dan dihargai.
- Individu yang boleh berbincang tentang kebimbangan mereka, nilai hidup mereka dan masalah-masalah yang mereka hadapi.
- Individu yang perlukan reaksi orang lain mengenai masalah dan kebimbangan mereka.
- Individu yang memerlukan sokongan rakan sebaya yang lebih bererti kepadanya.
- Individu yang suka melibatkan diri dalam kaunseling dan boleh memilih untuk menarik diri jika keadaan mengancam.
- Individu yang berminat untuk mendapat pengalaman dalam kelompok untuk memahami dan memotivasi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment