Bintang

salji


Wednesday, 31 October 2012

Fasa dan Proses Kaunseling


Proses kaunseling yang dijalankan ini ialah melibatkan beberapa proses yang utama. Proses-proses ini adalah terdiri daripada proses membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti masalah, membina matlamat, menyemak alternatif, mengambil tindakan, penamatan, dan susulan.

Proses Membina Hubungan

Proses yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina rapo. Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Oleh itu reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien.

Oleh itu pada tahap ini tanggungjawab seorang kaunselor pada tahap ini perlulah mewujudkan suasana yang teraputik supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien. Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada diri klien agar klien dapat membuat pendedahan tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya.

Di samping itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pemfokusan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam kaunseling. Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan kaunselor perlulah menjelaskan tujuan kaunseling ini dijalankan agar klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi olehnya.


Menilai situasi dan masalah klien adalah satu proses berterusan . kadang-kadang kaunselor mungkin mahu mengedarkan borang ringkas atau inventori untuk mendapatkan data asas bila kaunselor memulakan  kaunseling supaya kemajuannya dapat diukur . Terdapat  dua jenis penilaian :formal dan tidak formal.

Penilaian formal mengandungi pengukuran standard yang memerlukan respon pelajar . Instrumen seperti ini menyediakan norma sebagai bandingan dan membolehkan kaunselor dan klien dapat mendapat idea bagaimana seseorang berbanding dengan orang lain. Instrumen ini boleh berfokus kepada kecerdasan otak, sikap, nilai, pencapaian, minat, kebimbingan, kemahiran dan kebolehan .

Penilaian formal biasanya mengambil masa yang lebih lama daripada penilaian tidak formal. Data dikumpulkan melalui proses pentadbiran yang disediakan  dan klien kerap merasakan mereka menduduki ujian walaupun hanya inventori minat dan kerjaya.

Ujian dan inventori formal bersifat tidak peribadi dan memerlukan kaunselor yang mahir menginterpretasinya untuk mengurangkan rasa syak wasangka ,terancam dan jarak peribadi yang dihasilkan oleh kebanyakkan instrumennya. Klien telah dibiasakan tentang keadaan ujian dan bagaimana ujian ini digunakan.

Penilaian tidak formal bergantung kepada pemerhatian sendiri ,senarai semak yang mudah atau gerak hati kaunselor . Walaupun penilaian formal seperti ujian piawaian yang boleh memberi maklumat daripada penilaian tidak formal. Kritikan paling besar terhadap penilaian tidak formal ialah penilaian ini kurang kebolehankepercayaan dan keesahannya. Walaupun begitu ,kaunselor yang berpengalaman telah membina satu set norma yang peribadi dan tersendiri untuk membolehkan mereka menggunakan penilaian tidak formal dengan penuh kenyakinan . Sesetengah kaunselor telah membina norma sekolah mereka sendiri.

Penstrukturan

Penstrukturan dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi. Tahap penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan ke arah yang sedang dituju.
  1. Tujuan kaunselingSeorang kaunselor perlulah menjelaskan tentang tujuan kaunseling yang dijalan agar dapat membina hubungan dengan klien dan klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi oleh klien. Perkara ini perlu bagi memudahkan kauselor membantu klien dalam membina kemahiran dan penyelesaian masalah. Selain itu juga tujuan kaunseling ini perlu dijelaskan kepada klien adalah untuk memberikan penerangan kepada klien bahawa kaunseling adalah situasi pembelajaran yang boleh memperkembangkan langkah yang lebih efektif dalam menguasai beberapa situasi masalah yang dihadapi.
  2. Peranan kaunselor dan klien -  Dalam sesi kaunseling, kita perlu menerangkan kepada klien peranan kaunselor dan peranan klien supaya klien dpat memahami serba sedikit tentang perjalanan sesi kaunseling yang mereka hadiri. Peranan ini juga diterangkan supaya klien lebih bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakannya. 
  3. Etika kerahsiaan dalam kaunseling - Dalam sesi ini, kaunselor perlu menerangkan etika kerahsiaan kepada klien supaya dapat menarik kepercayaan klien dan klien dapat menceritakan segala apa yang ada dalam hatinya tanpa berselindung.
  4. Matlamat sesi kaunseling yang telah dijalankan - Matlamat sesi kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan kepada masalah klien sama ada ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak dapat ditanggung seorang diri atau menyediakan perubahan tingkah laku.
  5. LimitasiLimitasi adalah had-had masa yang telah ditetapkan daripada 30 hingga 45 minit. Tetapi sekiranya masalah klien tidak dapat diselesaikan maka kaunselor boleh mengadakan sesi kaunseling pada hari lain mengikut persetujuan antara kedua-dua pihak. 
Penerokaan

Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. Bukan itu sahaja melalui penerokaan ini juga, klien akan membuat penerangan atau pendedahan tentang situasi yang dihadapi olehnya.

Selain itu juga, melalui penerokaan yang dijalankan, klien dapat mengetahui apa yang berlaku terhadap dirinya dan kebiasaannya situasi klien pada waktu ini adalah lebih terpengaruh oleh emosi negatif iaitu yang bermaksud pandangan dan fikiran yang sempit yang menjadikan seseorang itu keliru dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian yang diinginkan olehnya.

Sehubungan dengan itu tugas atau tanggungjawab kaunselor dalam membantu klien ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya kearah jalan penyelesaian yang diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan sokongan  serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal dan nonverbal. Menurut Charhuff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap penerokaan merupakan tahap yang penting untuk membantu diri klien bagi menghadapi sesuatu masalah serta memahami masalah tersebut dengan lebih mendalam supaya dapat membantu klien kearah perkembangan yang klien inginkan. Bagi membuat penerokaan yang berkesan,kaunselor perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran penerokaan dengan mengaplikasikan segala kemahiran dan pendekatan yang bersesuaian . Penggunaan kemahiran dan juga teknik adalah berbeza bagi setiap klien. Antar kaedah yang boleh digunakan bagi menerokai masalah ialah kemahiran menyoal. Dalam peringkat ini,soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus ,manakala soalan tertutup hanya digunakan pada situasi sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. 

Mengenal Pasti Masalah

Mengenal pasti masalah ialah tahap penerokaan yang telah mendorong klien dan kaunselor memahami isu yang dibincangkan.kaunselor perlu meneroka masalah klien sepenuhnya. Kaunselor perlu mengenal pasti masalah pokok dan masalah ranting daripada pernyataan klien bagi memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah itu. Dalam mengenal pasti masalah klien, kaunselor perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada penceritaan klien supaya dapat menentukan masalah utama klien. Selain itu,kaunselor perlu membantu klien menentukan matlamat yang ingin dicapainya dalam mengatasi masalah masalah tersebut. Matlamat yang ditetapkan perlu mengikut kemampuan dan sukarelawan oleh klien daripda matlamat itu. Sehubungan dengan itu terdapat empat faktor dalam membantu individu mengenalpasti dan menangani masalah mereka. Pertama adalah nasihat, kedua adalah kaunseling arahan, ketiga delegasi dan yang terakhir ialah kaunseling bukan arahan. Tahap mengenal pasti masalah ini amat penting kerana melalui tahap inilah kauselor dapat mengetahui masalah yang betul-betul menganggu diri kliennya.

Membina Matlamat

Matlamat sesi terbina apabila klien dan kaunselor bersetuju membuat definisi masalah klien dengan diakui oleh klien, atau klien sendiri yang membuat pengakuan terhadap matlamat yang diinginkannya sepanjang sesi ini berlansung. Oleh itu kaunselor perlu membuat pengucapan tentang definisi masalah klien dengan diakui oleh klien ataupun klien sendiri yang membuat pengakuan tersebut. Setelah masalah dikenalpasti kaunselor dan klien perlulah bersama-sama membina matlamat kaunseling yang telah diinginkan oleh klien. Matlamat kaunseling yang terbina perlulah dibina berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti oleh klien. Lazimnya, matlamat kaunseling perlu mengikut kamahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata.

Alternatif Penyelesaian

Proses semak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi daripada klien. Di sini tugas kaunselor adalah menggalakkan klien membina beberapa alternatif. Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Sehubungan dengan itu kaunselor perlulah menggariskan seberapa banyak alternatif yang telah diperolehi daripada klien. 

Selepas klien mencadangkan alternatif yang dia mampu untuk lakukan, kaunselor perlulah menghuraikan dan menilai setiap alternatif dengan mengambil kira kesan positif dan kesan negatif, kebaikan dan keburukan daripada pelaksanaan alternatif yang ingin dilakukan. Selepas itu jika klien merasakan pemilihan yang dibuatnya adalah terbaik, nilai semula alternatif yang telah dipilih oleh klien tersebut dan jika alternatif ini klien rasa boleh membantu klien menyelesaikan masalah klien akan menggunakan alternatif ini bagi menyelesaikan masalah yang telah dihadapinya selama ini. 

Sehubungan dengan itu, bagi menyemak alternatif yang dibuat. Strategi yang terperinci perlulah dilakukan agar jalan penyelesaian yang dipilih oleh klien betul-betul dapat membantu dirinya. Strategi pertama yang boleh dilakukan bagi membantu klien ialah dengan menghuraikan setiap alternatif yang telah dibuat oleh klien. Selepas itu, setiap alternatif yang diambil perlulah diwujudkan langkah bagi mencapai alternatif tersebut. Apabila langkah telah diwujudkan, setiap langkah itu perlulah dinilai daripada aspek halangan dan risiko yang bakal klien hadapi. Strategi terakhir sekali ialah kaunselor perlulah membantu klien mewujudkan cara bagi mengatasi halangan dan risiko daripada langkah yang ingin dilakukan oleh klien.

Proses Mengambil Tindakan

Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien. Oleh itu, sesuatu pelan tindakan yang dipilih itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan. Sekiranya masih terdapat kegagalan selepas klien membuat tindakan, klien perlulah menyemak semula pelan tindakannya tersebut bagi membina pelan tindakan yang lebih menarik dan lebih realistik untuk dicapai olehnya.

Oleh itu, bagi membentuk pelan tindakan yang berjaya, pelan tindakan tersebut perlulah mencapai limitasi klien dan keupayaan, realistik dan boleh dicapai. Bukan itu sahaja pelan tindakan tersebut perlulah mudah difahami dan “fleksible” bagi menghasilkan tindakan yang positif dan boleh dilakukan sendiri oleh klien. Di samping spesifik dan konkrit, aspek melibatkan aktiviti-aktiviti pemusatan insan dan boleh diulang-diulang adalah merupakan langkah sebelum klien membuat keputusan bagi menilai samaada realistik, boleh dicapai atau refleksi terhadap apa yag klien inginkan. Selepas pelan telah dilaksanakan ke atas dunia realiti, penilaian perlulah dilakukan sekali lagi supaya tiada sebarang masalah yang timbul hasil daripada pengaplikasian tersebut. Perkara yang terakhir sekali ialah bagi memperkembangkan pelan tindakan pelbagai kos dan faedah perlulah dibincangkan agar strategi telah termasuk perbincangan terhadap risiko dan peluang untuk berjaya.

Sehubungan dengan itu apabila klien sudah bertekad untuk melakukan pelan tindakan, klien adalah digalakkan untuk melihat nilai bagi tingkah laku baru yang ingin dicuba melalui “role play, imagery, behavioural carting, and progres notes, serta homework” perlulah dilakukan dengan membuat kontrak. Dengan cara ini, klien sentiasa melihat pencanggahan apa yang dia ingin dan apa yang dia mahu lakukan. Kontrak yang dibuat ini berguna sebagai rangka rujukan klien untuk menilai hasil sesi. Sehubungan dengan itu, perbincangan yang dilakukan adalah lebih berfokus bagi melihat adakah kontrak dapat membantu dan apakah moditifikasi yang dapat dijalankan.

Penamatan

Setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlansung antara kaunselor dengan klien. Namun begitu, tindakan ini janganlah dibuat secara mengejut, kaunselor perlulah memberikan peluang untuk klien lebih bersedia dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup. Sehubungan dengan itu, sebelum sesebuah penamatan itu berlansung, matlamat kaunseling perlulah dicapai oleh klien dan klien selesa dengannya. Oleh itu rumusan menyeluruh tentang proses kaunseling perlulah dibuat oleh kaunselor agar klien labih nampak dan jelas tentang apa isu yang telah dibincangkan dalam sesi. 

Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan professional serta saya rasa penamatan telah memantapkan perubahan sedia ada yang telah dicapai dan menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah yang telah diperolehi. Bagi masa penamatan pula, sesuatu penamatan yang dibuat adalah tidak mempunyai jawapan yang jelas, oleh itu penamatan perlulah dilakukan mengikut kesesuaian diri klien tersebut samaada sudah mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri atau tidak. Proses penamatan sesi boleh dibahagikan kepada dua ,iaitu:
  1. Penamatan sesi untuk sesi lanjutanSetiap sesi kaunseling pada kebiasaannya mengambil masa 45 hingga 60 minit  seorang kaunselor sentiasa menggalakkan klien bercerita masalah dalam lingkungan masa yang ditetapkan . lebih kurang 5 minit sebelum sesi ditamatkan ,kaunselor perlu mengingatkan klien akan tempoh masa yang masih ada. Peringatan ini akan memfokuskan isu yang penting.
  2. Penamatan sesi kaunseling keseluruhan Penamatan proses kaunseling adalah peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien ataupun selepas klien merasa yakin masalah sudah selesai dan dapat mengendalikan masalah yang dihadapi secara sendirian. 

Proses Susulan

Susulan adalah merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun begitu kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah merupakan proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien inginkan. Susulan amat penting kerana dapat meneguhkan dapatan klien yang berlaku dalam proses kaunseling dan boleh membantu kaunselor dalam menilai semula pengalaman sesi yang mereka telah jalani. Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennnya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan.

Selain itu juga, susulan juga boleh dilakukan dalam 4 bentuk. Pertama ialah menjemput klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan. Kedua adalah melalui telefon, dimana klien boleh melaporkan kepada kaunselor secara verbal. Ketiga pula ialah kaunselor menghantar surat kepada klien dan bertanyakan perkembangan yang terkini dan yang terakhir sekali adalah kaunselor menghantar soal selidik klien berkenaan dengan tahap kefungsian mereka kini menerusi pos. Oleh itu dapatlah disimpulkan disini bahawa susulan amat membantu jika klien diselia kemajuannya melalui penggunaan graf dan carta dan klien bersetuju susulan diakhir sesi, akan berlaku “self monitoring” yang memberikan klien tentang bukti dan kemajuan celik akal yang konkrit terhadap keperluannya. 

No comments:

Post a Comment